DAY 3 : Bukchon
Hanok Village,Changdeokgung Palace,Gyeongbokgung Palace,Mural village, Itaewon
Ok sambungan ke hari ketiga pula kali ini start berjalan hanya berdua.
Dua org lagi dah menyerah kalah,Mc katanya dan tidur kat GH sampai tghari baru
jumpa ktrg balik. Jadi saya berdua dgn
Linda yg kental ini memulakan perjalanan kami seawal jam 7.30pg. Destinasi
kami yg 1st ialah Bukchon Hanok Village.
Lupa pula nak bagitau kat Korea ini fizikal mesti kental,kalau korg nak
tambah muscle kaki ke lagi bagus duk lama2 kat sini,jalan2 yg berbukit dan
banyak tangga memang sgt mencabar, kalau kat subway station korg jgn anggap
semua ada escalator,rasanya station2 utama jer yg ada escalator. Lift plak korg
jgn berangan nak naik la nanti ahjumma nga ahjussi sound tempek buat malu jer.
Ktrg ade jgk curi2 naik lift tu pn bila tgk line clear tak ada org haha..yg
paling sadis bila masa tgh nak pergi tggu lift tiba2 tengok ade sorg ahjumma yg
OKU kaki terhinjut2 tapi tetap naik tangga..OMG malu2 tapi ape nak buat tenaga
kaki ktrg nak pakai byk lagi kat Korea bbrpa hari ni hehe.
contoh tangga keluar Exit . |
lagi tangga..nampak tak ahjussi seluar coklat tgh naik tangga tu,dah separuh bongkok masih kuat dan tak naik lift pun. |
Ok sambung balik cara bagaimana nak ke Bukchon hanok Village:
Myeondong Sta.(LINE
4)-- Chungmuro
(Transfer)--Angguk
Sta.(LINE 3)--EXIT 2
Keluar Exit 2 tu jalan terus je sampai jumpa signboard Bukchon Hanok.
Sebenarnya tempat ini
hanya ada rumah2 yg design traditional korea dan berpenghuni. Jadi tak boleh
nak bising2 la sebab nanti boleh menganggu ketenteraman diorg. Disebabkan saya
dan Linda dtg awal pagi jadi suasana pn sgtla sunyi,cafe2 kawasan situ pn belum
buka lagi. Jom layan gambar2 yg bajet bagus tu haha.
![]() |
ahjumma baik hati tibe2 nak snapkan pic kami. |
![]() |
jumpa adik2 korea kat sini..jum welfie! |
![]() |
nmpk tak relax jer nenek tu naik tangga tinggi cmni. |
jalan berbukit camni biase je kat korea. |
Setelah berhempas pulas berjalan mengelilingi kawasan
Bukchon yg berbukit dan bertangga ni kitorg mula bergerak ke destinasi seterusnya
ke Changdeokgung Palace. Boleh menapak je nak ke palace tu. Ktrg pilih jalan
belakang lalu kat belakang pagar istana ni. Sambil jalan ktrg jumpa satu café
yg mmng utk take away jer,mcm drive thru plk bunyinya kan..
Dalam 10 minit berjalan kaki akhirnya sampai jugak kat pintu
masuk Changdeokgung Palace ni. bagi saya istana ni antara yang best perlu korg
dtg sebab dalam istana ni ada Huwon Palace iaitu ‘kawasan larangan’ merupakan taman
istana yg masih digunakan oleh famili diraja Korea. Masuk ke kawasan Huwon ni perlu ada tourist guide. Korg
boleh pilih bahasa tour guide yg korg nak,English,Korea atau japan.sbnarnya
kalau korg pening nak dpatkan tour guide ikut kesesuaian masa korg,ambil je
bahasa apa2 pon,janji dapat masuk..hehe. boleh click sini utk tgk jadual dan
book online.
Disebabkan saya dah plan itinerary dan book online time yg
sesuai jadi dptla tour guide berbahasa English
dan kami bergerak dalam kumpulan yg hampir 50org dan kebanyakkannya mat2
saleh..terasa seperti kat Europe pula.
Tour dalam Huwon ini ambil masa selama 2 jam setengah,kalau
nak chow awal pon boleh tapi sila ambil peta supaya tidak sesat . Tour guide
org korea yg fasih berbahasa English memang dia explain segala2 dan sesekali
dia bagi kami berehat sambil ambil gambar. Lajunya tour guide ktrg berjalan
sampaikan saya dgn linda ni asik tertinggal kat belakang,mat2 dan mek2 saleh
kat depan kaki panjang cpt je melangkah. Jalan kat sini pun berbukit, menaik
menurun macam naik bukit broga dah rasa. Pehh memang mencabar betul rombongan
cik kiah ni. Memang berbaloi2 masuk huwon palace ni,sebab permandangan sgt
cantik,macam dalam lukisan pun ada. Kalau korg dtg musim autumn lagi best sbb
masa tu daun2 bertukar kaler kuning dan ada yg merah.
![]() |
trek dari tali2 pintal ni ada kat laluan turun kwsn yg agak berbukit. |
Dah habis tour dalam huwon ktrg ronda2 area kawasan general
dlm Changdeokgung ni. Kat sini tak perlu tour guide korg blh bergambar dan
ronda sepuas hati.
baby2 pn nak masuk palace. |
Lepas dah puas hati meronda saya dgn linda bergerak ke
destinasi seterusnya ke Gyeongbokgung Palace. Tujuan ke sini sbb nak pergi tgk
Changing of guards ceremony yg diadakan setiap jam 11am,1pm dan last 3pm. Tapi
bergantung juga pada cuaca. Dalam perjalanan nak ke station subway perut dan
mula bunyi2 lapar. Bekal2 makanan plk tggl kt GH,jadi ktrg cuba la cari mana2
kedai makan yg boleh masuk,tapi malangnya tak ada..kuikui. pastu ktrg trjumpa
satu cafe minuman yg jual iceflakes. Jadi ktrg pn masuk dan order
iceflakes strawberry dan sebiji rice cake inti red bean. Memang terbaik
iceflakes dia.
![]() |
strawberry dia memang manis,pastu ada pacak pula aiskrim vanila kat tepi tu. |
![]() |
ni rupa kuih rice cake..kenyal je rasa. |
Dah recharge tenaga dgn lunch hari ni ktrg mula bergerak ke
subway. Boleh kurus duk Korea ni,makan mcm ni jer haha. Ok ni cara nak ke
Gyeongbokgung Palace:
Angguk
Station (LINE 3)-- Gyeongbokgung Stat.(LINE 3)
Masuk sini
ktrg lepak2 depan pintu masuk je jadi tak perlu bayar tiket lagi. Selain ada
Changing guards ceremony ada juga disediakan tempat utk pakai baju seperti
General2 Korea. Ada beberapa jenis mengikut level general. Apa lagi benda free
jadi jum try pakai!
![]() |
nak ramaikan org,siap pggil abg tourist dr Indonesia brgmbar sekali..bru meriah. |
![]() |
Yg ni pakaian Jeneral pangkat paling tinggi. |
Dah siap bergambar dan bergabung kembali nga dua org member
yg duk membuta kat GH dari pagi ktrg bergerak ke tempat seterusnya. Lain benar
beza saya nga Linda dgn dua org member lgi tu..diorg mmng nmpak segar,ktrg due
org ni dah lembik mcm kain buruk maklumla hari ni brjln bagai hiking tak tau
brp kilometre dah haha.
Ok next ke Ihwa Mural Village. Cara nak pergi ke sini:
Gyeongbokgung
(LINE 3)--Chungmuro(Transfer ke LINE 4)--Hyehwa Station (LINE 4)-EXIT 2
Boleh rujuk
gambar dlm blog click sini utk ke mural village,saya pun guna pic2 ni utk direction ke sana,tenkiu sgt berguna utk ktrg juga.
Jalan kat
sini pun sama juga mendaki bukit dan banyak tangga2. Kawasan yg masih didiami
org tempatan. Mcm tak boleh nak imagine mcm mane la diorg hari2 trun naik
tangga yg tinggi2 pastu jalan berbukit plk tu..kalau saya tinggal situ,dah
masuk rumah tak keluar2 dah..tahun depan plak keluar rumah kot haha.
![]() |
nampak tu 2 org yg lama rest kt GH tgh mendaki bukit..hehe |
![]() |
ahjumma yg nak sgt ambik gmbar kami. |
Kat mural village ni banyak lukisan dinding yg menarik2 korg
pergi sendiri la kalau nak tengok yer,saya nak tunjuk gambar tangga2 jerk kat
sini..haha
![]() |
tangga subway station hyehwa |
![]() |
dah sampai atas rasa nak sewa guesthouse area sini dah mls nak trun. |
![]() |
tingginyo laaa..hehe |
Ok jam pun dah hampir jam 6.30pm ktrg mula berjalan balik ke
subway station nak pergi makan malam kaw2 dekat Itaewon. Lapar sgt2 dah
ni..huhu.
cara nak pergi Itaewon:
Hyehwa
Station (LINE 4)--Samgakji (transfer ke LINE 6)--Itaewon (LINE 6)- EXIT 3
Nak ke
restaurant2 halal tu Keluar Exit 3 jalan je terus sampai jumpa traffic light
simpang 4 pastu belok kanan. Terus lagi sampai jumpa simpang ke-2 masuk
kiri,dan jalan terus lagi memang jumpa restaurant Sarah,Muree restaurant,dpn lagi ada
Eid restaurant dan sepanjang jalan ada beberapa restoran Arab. Kalau korg tak
pasti boleh juga ikut landmark Masjid,tanya org2 kat situ pn diorg boleh bagi
direction.
Ktrg sebenarnya pergi ke Eid rest dulu sbb katanya ada tauke yg
hensem haha..nak jugak gi tengok dia tapi rupanya restoran penuh!hukhuk..adik
waiter yg bertudung mcm student Malaysia keluar minta maaf sebab meja penuh dan
ada juga org reserved meja lepas tu. Pastu kitorg patah balik ke Muree restaurant.
Kat sini masa ktrg sampai belum ramai, ada satu meja sebelah mcm org Brunei dan
satu lagi meja pelancong dari Indonesia. Ktrg order Beef Bulgogi, Samgyetang
(sup herba ayam) dan memang dpt side dish kimchi.
![]() |
picture ihsan pakcik google. |
Dah habis melantak ktrg bergerak balik ke GH. Nak ronda2
tengok masyarakat kat Itaewon pun dah tak ada selera sebab penat seharian
berjalan dari subuh2 hari ke malam hari.
Next entry Day 4 : Nandaemun market, 63 building, KBS TV station, Hangang park
No comments:
Post a Comment