Guilin,China 7D6N

Guilin,China 26 June-2 July 2018



Kali nak share pula percutian ke Guilin,China selama 7D6N,beberapa aktiviti ada yang ambil pakej dari hostel tempat tinggal dan ada yang pergi sendiri. Ok kita start penjelajahan sekarang!

Day 1 (Yangshuo)

Tiba di Guilin Liangjiang Airport lebih kurang jam 10.30 pagi. Terus ke kaunter bas depan arrival gate untuk ke Yangshuo. Bas tiket seorg 50 yuan. Kami terlepas bas jam 11 yang terdekat ada hanya bas jam 12.30. Jadi sambil menunggu ronda2 dulu kawasan airport. Hampir jam 12.30 ke waiting room tempat bas bertolak. Malangnya pekerja yg announce location bas nak bergerak tu dalam bahasa cina sama juga no bas dan tempat dituju semuanya kami tak faham..adudu..jadi nak tak nak pegi beratur (tak beratur sebenarnye diorg berebut2 dpn pintu)kita join je la sampai turn tunjuk je tiket diorg tunjukkan bas mana nak naik. So perjalanan ke Yangshuo dari Guilin Airport lebih kurang 1 jam 20minit.
  

Dari bas station ke hostel kami naik teksi sorang 20 yuan, sebab location hostel  tak tahu,beg pun besar naik jela jimat masa. Di Yangshuo ni ktrg dudukkat hostel Yangshuo Wada Hostel . Untuk aktiviti pertama malam tu kami reserved Liu San Jie Impression Light Show (7.40pm). Harga yang ditawarkan hostel ni seorg 190 yuan sekali transport pergi dan balik dari hostel.

Liu San Jie Impression Light Show
Recommended datang sini, persembahan yang penuh warna warni dan penceritaan yg disampaikan agak menarik walaupun bahasa tak faham 😄

Day 2 (Yangshuo)

Pagi ini kami naik bamboo raft menyusuri  Yulong River. Juga ambil trip dengan hostel seorang 220 yuan. Perjalanan bamboo raft ni agak panjang lebih kurang 1jam 50minit. View memang tersangat awesome, ada disediakan life jacket, insyaallah selamat.




Tengahari kami dah sampai di area hostel (Pan tao road). Dekat sangat dengan West Street. Tapi kalau pergi West Street siang2 tak menarik nanti kat bawah ada gambar2 di waktu malam cuma kalau nak bergambar dengan burung  cormorants ada di hujung jalan west street menuju ke arah tepi sungai. Ada seorang pakcik bersama burung2 cormorants bersedia untuk bergambar dalam 2yuan. pakcik tu akan balik sebelum gelap.


Pakcik bersama burung2 Cormorants.
 Berdekatan sini Pan Tao road dan dalam kawasan West street ada restoran halal. Pan tao road kedai tu melepasi jejantas yg nak ke west street,jalan depan lagi ada di deretan kedai2
View West Street dari atas jejantas



recommended utk order toothpick lamb with cumin ni,sedap!
Ok ini gambaran West street di waktu malam. Pelbagai aksi jurujual dan persembahan menarik minat org yang dtg ke West street. Boleh la cuci mata tengok tempat orang kan. Diorang ni mesra tengok foreigner mesti nak tanya macam2,tapi sebab kami ni tak paham bahasa jadi just jwb ‘from Malaysia’ haha bangga ok..


jgn terkejut kalau jumpa nenek ni tersenyum sepanjang malam haha.

dalam botol susu ni ialah air buah+susu (milkshake perasa buah2 la kiranya)
kat West Street ni pun ada kedai makan halal,lupa nama jalan apa tapi kedai tu bersebelahan dengan kedai Suncome :


ni kena try burger chinese (roti goreng ni sedap sgt!)



Day 3 (Yangshuo)

Hari ini aktiviti riadah berbasikal. Disebabkan ktrg tak berapa nak berani berbasikal dari area hostel (jalan sibuk,hon memanjang diorg neh) jadi ktrg naik bas local no. 801 (bus stop depan west street) terus ke Fengming Tourist Service Center(tiket 1 yuan sehala). 


bus stop Fengming Tourist Service Center untuk balik semula ke bandar.
Kat sini ada dua cara boleh naik bas tour untuk ronda ke Ten miles gallery area atau berbasikal@scooter  (jalan belakang sikit dah ada banyak org sewa basikal dan juga scooter comel) sewa basikal range dalam 20yuan seorg  dan kalau bas tour 60yuan(akan berhenti di setiap location dalam Ten Miles gallery. Saya pilih berbasikal sebab lagi puas dapat ronda2 sambil menikmati view yang superb!





Day 4 (Guilin City)

Check out dan ambil bas ke Guilin city.ktrg book van dari hostel dan terus hantar ke bus station yang direct ke Guilin bus station. Sampai lebih kurang 11 lebih di Ease Hostel plan nak letak luggage jer tapi rupanya dah boleh masuk (priority early 2hr check in for Genius traveller dari booking.com 😄)



Tengahari ambil peta dan tanya2 dekat receptionist hostel (diorg semua ni boleh speaking English,di hostel Yangshuo wada pun sama)jadi ktrg jalan kaki je ke Elephant trunk hill. Taman yang agak besar dan entrance 70yuan. 



Di area Xicheng Lu,lorong sebelah Xinyi Lu (Ease Hostel) ada 2 buah  restoran halal. Dan area market depan sikit pula ada jual grill lamb dan pelbagai grill pun halal juga. Restoran pertama yg dijumpai ni macam restoran mewah sikit,harga pun agak boleh tahan. tapi makanan tak kena pula dgn selera atau salah pilih menu pun mungkin juga.




masakan ayam cuka dgn daging masak apa dah lupa


Yg ni ramai org beli kat kedai ni,roti bijan. Boleh tahan rasa dia sedap jugakla.

Lepas makan ktrg ke four lakes,kalau dari tempat makan (xicheng lu) hanya beberapa minit jalan. Taman ni ada 4 lakes yang bersambung. Dan ada view pagoda di salah satu tasik ni. Malam pun meriah taman ni sebab kebetulan ktrg pergi tu malam miggu pula macam2 ada,makcik2 menari la,pakcik2 tengah main violin la dan segala2.





Day 5 (Losheng Terrace Field)

Ktrg book trip dari hostel ke Losheng Terrace field seorg 200 yuan. Perjalanan sekitar 2 jam 50 minit sehala. Satu kereta kami bersama lagi 6 org semua foreigner yang duduk kat hostel yang sama. Di sana,driver ktrg bawa ronda kawasan perkampungan Dazhai . Katanya itu perkampungan paling tua di China.





Driver ni canggih dia guna apps voice translate nak bagitau kitorang apa2,tapi translator tu pun kadang agak kelakar jugakla haha ada satu tu ‘everybody must go to toilet’lepas sorg dari ktrg cakap nak gi toilet dulu. Dah tak pasal semua pun gerak ke toilet jugak 😅. Sebelum naik ke terrace field tu driver ni singgah kedai makan,kat sini semua yang datangdengan bas ke ape2 trip segala akan berhenti untuk lunch di kedai2 makan area perkampungan ni (pandai jugak diorg suruh makan). So saya dgn Linda diet la lunch tu ktrg order air sprite je pastu driver bagi free mineral water,kesian tengok ktrg  tak nakorder kot. Nasi special perkampungan ni ialah chicken bamboo rice (bakar macam lemang). Boleh check menu bawah ni kalau terasa nak order,yg penting no.3 😵

  

Ok untuk naik ke terrace field ni ada 2 cara iaitu jalan kaki lebih kurang 1 jam sehala atau naik cable car. Cable car sehala 55 yuan,rountrip 100 yuan. Saya pilih nak naik cable car tengok scenery dari atas,memang cantik permandangan tapi masa ktrg pergi tu padi baru lepas dituai semula jadi tak adalah menghijau tersangat2.





 Kat atas puncak bukit ni sejuk duk lama2 pun best. Ada juga gerai2 jual macam2, perut kitorang pun dah start menyanyi jadi ktrg lunch dgn jagung bakar,ubi bakar dan telur ayam rebus. Makan panas2 sambil menikmati permandangan dari atas bukit memang terbaik.



Jam 4 ptg ktrg dah disuruh berkumpul untuk balik,sampai je hostel ktrg gerak ke restoran. Untungla restoran halal dekat je dengan hostel kan,haha.Ktrg pergi ke kedai makan berhadapan dengan restoran1st tadi, yang ni menu sedap2 dan harga berpatutan. Ok hari ke-5 akhirnya kami baru jumpa org Malaysia kat kedai makan. Gembira yang teramat la masa tu tak tahu mana satu nak cakap dah,kecoh jap kedai tu sebab dah lama tak jumpa org blh faham kami cakap apa kan.. Duk kejap satu family org Malaysia pula masuk,tambah lagi kecoh haha macam jamuan open house raya pulak rasa (ktrg gi ni dalam mood Syawal lagi haha). Ini antara menu yg di order utk beberapa kali ke kedai makan ni:

perhatian ayam dia mcm ayam kpg liat,tapi masakan ni best.

mee tarik semestinya.
dumpling ori from China

Day 6 (Crown Cave)
Hari ni ktrg ke Crown Cave yang jarak tempat ni dalam 1 jam dari Bandar. Tiada trip dari hostel jadi kami main redah jela sendiri. Jalan kaki ke Guilin bus station,kemudian cari bas local direct ke Crown cave. Putar2 alam jap sebb tak jumpa bas,pastu ada sorg lelaki cina ni ckap bahasa diorg. Saya just tunjuk crown cave katanya dia boleh tunjuk, mulanya ingat dia nak ajak pergi dengan kereta@taxi (sebab kat sana diorg memang akan pujuk kte untuk diorg bawak jadi bersedialah). Sebab dah beberapa kali pusing jd ktrg tawakkal jela ikut lepas confirmkan guna bahasa itik ayam untuk die tunjukkan bas. Rupanya bas tu ade je kat depan dalam station tu tapi tulis bahasa cina la location nye aduhai,upah org tu  10yuan seorg haha sebab tunjuk bas. Tiket bas pula seorg 15 yuan.

Masalah lagi bila bab nakbeli tiket kat kaunter crown cave ni. Makcik konduktor bas yg ktrg naik tu baik giler dia tolong tunjuk kat mana kaunter nak beli tiket tapi aku sepatah haram pun tak paham bahasa dia nak oii haha..takpe  la janji acik baik tolong explain kat ktrg walaupun tak faham. 

kaunter tiket masuk Crown Cave
Ada beberapa cara nak masuk ke Crown cave ni iaitu jalan kaki,naik electric car(40 yuan sehala)atau rail car (40 yuan sehala). Tiket entrance crown cave pula 75yuan. Ktrg sebenar nak tanya apa electric car tu konon nak try dua2 rail car dan electric car. Dah baik yang jual tiket,yg nak beli tiket nga acik konduktor semua tak paham ktrg pun pilih pergi balik naik rail car jela sebab yg tu mcm best je. Rupa rail car boleh click sini Rail car Jadi dalam cave tu sampai je dgn railcar ada tour guide dah tggu dgn bberapa org pengunjung . Jalan dalam tu ikut tour guide. Sepatutnya masuk sini ada boleh naik escalator+sampan+tram car dalam cave. Tapi ktrg hanya naik tram car jer,escalator tgk jer..tak taula rosak ke apa tour guide cakap apa pun tak paham jugak. Ronda dalam cave ni ambil masa dekat 2 jam juga.
Balik ktrg tggu bas dekat bus stop depan sikit dari tempat turun tadi,harga 15yuan ke guilin bus station.

tram dalam cave hrga sekali entrance fee

lift dalam gua

Day 7 (Hari balik Malaysia)

Check out dan minta hostel book kan taxi(15yuan satu kereta) ke Aviation hotel. Sebelah Aviation hotel ini ada station bus express ke Guilin airport. Tambang bas 40 yuan seorg. Perlu diingat kena turun awal sebab bas express ni ada jadual. Flight ktrg jam 12 tghari,naik bas yang jam 9.30 (perjalanan 40minit). Sampai ngam2 jam 10 lebih.


Disini beberapa tips berkenaan percutian ke Guilin:

*Roaming line telefon siap2 sebab kalau kat sini susah nak beli simcard,diorg tak ada untuk simcard mesra foreigner,dari pembacaan blog2 pun kata cerewet sebab ada yang paling kurang plan 1 month,pastu nak balik kena terminate balik huhu.
2   *Dapatkan maklumat2 jalan atau peta dari hostel tempat tinggal, kalau perlu minta diorg tulis dalam bahasa cina nama tempat yang nak dituju.
     *Bersedia untuk berhadapan dgn local yang dtg offer naik taxi atau scooter sbb kadang diorg ni boleh tahan degil cakap tak nak pun ikut juga sampai boring.

Bajet:
Untuk entrance+transport = 1186 yuan (rm721)
Makan+ souvenier (lebih kurang)= 566yuan (rm340)
Tiket flight return+inflight meal =RM 371
Hostel Yangshuo& Guilin =233+264=rm248.50 seorg
Total RM1680