SEMPORNA,SABAH




Percutian kat Semporna ni 3D2N,semua dalam pakej termasuk transport(boat),tour guide,makan,snorkelling dan tempat tidur. Asalnya tak plan pun nak pergi sini disebabkan beli tiket last minit dan ingat boleh redah sendiri mcm selalu buat tu rupanya nak ke pulau-pulau di Semporna ni better ambil pakej. Share lagi ramai pergi lagi murah. Disebabkan kali ni kami hanya berdua jadi pakej mahal sikit RM600 seorg. Tapi service tip top,dilayan bagai VIP sebab berdua je,haha gedik sangat kan..boleh tengok tempat2 di Pulau Semporna di bawah:

Pulau Timbun Mata
Kat sini kena hiking untuk tengok view lawa. Dah naik atas tengok bawah macam boleh tahan jugak nak turun,time ktrg naik sini tghari buta panas uiii haha..




Pulau Sibuan
Kat sini view pun cantik sangat. Boleh berjalan kat tengah2 antara belahan pantai kiri dan kanan,boleh snorkeling juga kat sini dan semestinya menghabiskan masa untuk berenang2 ditepian sebab tak yakin nak gi ke tengah laut haha.


air laut yg berbeza warna,berlapis cantik


Pulau Mantabuan
Kat sini sangat banyak coral yang tak perlu snorkeling pun boleh tengok,tapi awas jangan sesekali ambil dan pegang apa2 sebab ada pekerja yang sentiasa ronda dan pastikan tourist tak menganggu kehidupan coral2 tersebut.


Patrick kaler biru..comeynyerr



Permandangan sekitar.

sekitar kpg yg ada kat area Mantabuan ni

Pulau Maiga
Ok yes kat sini ktrg snorkelling,sebab apa kat sini sebab tak perlu masuk air dalam2 pun boleh nampak coral dan ikan2 yang comel2. Apa nak buat sejenis manusia yg tak reti berenang ni dia berani kat tempat cam gini jela kan hahaha..





Pulau Mabul
Pulau Mabul ni biasala semua pun pernah dengar kan,kat sini mabul paling famous dikalangan tourist tak kira local tourist atau foreign. Kat sini ade pelbagai jenis chalet,hotel atau hostel dan harga pun ada murah dan mahal. Bagi saya kat Mabul di pulau dia agak padat,ramai tourist dan agak moden dan tak menjadi pilihan untuk ktrg bermalam di sini. ktrg just singgah sekejap je.




bersiar2 dalam kawasan org tempatan Mabul

pasar tempatan



Our tour guide bersama gitar die kat mana2 pun kami buat konsert haha.

Pulau Selakan
Ok kat sini la kami bermalam. Pulau ni tak berapa famous tapi bagi kami tenang tak ramai tourist dan ktrg bermalam kat Selakan Dive Lodge. Sini kita lagi dekat dgn org2 local sbb kawasan lodge@hostel ni di kawasan penduduk setempat. Semua rumah2 diorg atas air dan kebanyakkan diorg adalah org Bajau laut. Layanan dari local dan org2 lodge tu sangat baik. 




kawasan kampung

Ni la org bajau laut yg nomad,hanya tinggal di atas boat tiada rumah. 

Biasanya petang sebelum air pasang dan ombak kuat ktrg dah balik ke hostel,jadi macam2 aktiviti boleh buat ronda2 kawasan kampung,lepak kat jeti sambil borak dgn anak2 bajau laut,boleh tengok skill terjunan diorg dan paling best dapat plk berhibur sambil melalak macam2 lagu dr original petikan guitar akustik. (Dapat plk tour guide suka main gitar pastu rajin melayan apa lagiii😆)



Tgh layan lagu Khai Bahar ni.

waktu sunrise..

layan sunset,susah nak tengok view kaler camni kan..






















No comments:

Post a Comment