Siem Reap, Cambodia

  Siem Reap,Cambodia 5D4N


Jumlah perbelanjaan : Lebih kurang RM1K 
Penginapan : Sourkear Boutique Hotel & Spa
Pengangkutan : Tuktuk dan Van By En Salim&Hafis

Flight ktrg jam 6.40am dan selepas 2jam tiba la kami ke Siem Reap. Hotel yg kami stay ni ada airport transfer ingatkan datang dengan van ke kereta sekali diorg angkut dengan tuktuk jugak😄. Untuk pengetahuan tuktuk  ni boleh muat 4orang la tapi kalau kurus² mcm org lidi boleh kot 5-6 org haha.

kami dalam tuktuk,nasib masih mampu si Hafis ni tarik ktrg haha😆
Sampai je kat hotel dalam jam 9 lebih ktrg terus boleh check in (ahli genius kuasa 2 kat booking.com katakan,dapatla priority👏). Jalan kat sana pula kami dah cari siap² driver tuktuk,ktrg ambil khidmat Hafis(+855 965442690) atau blh contact En Salim(+85598571840),bapa saudara Hafis sebab biasanya untuk discuss harga tuktuk dan tempat nak pergi boleh direct discuss dengan En Salim. Hafis ni plk pandai ambil gambar,tahu nak cari angle mana cantik. Ok jum tengok bawah ni tempat² yg telah kami pergi sepanjang disana.

Kampung Phluk Floating Village
Entrance fee : 20 usd (entrace+boat)
Sebenarnya banyak pilihan floating village untuk dilawati kat Siem Reap ni dan memang akan melalui Tonle Sap. Tapi kami pilih Kpg Phluk ni sebab kat sini ada naik sampan lagi ke flooded forest. Kpg Phluk ni sebenarnya agak jauh berbanding floating village yg lain dalam 45minit dari bandar.

Rumah org kampung di floating village

Rumah kat kampung Phluk memang tinggi² sebab kalau musim air naik atau hujan,air boleh naik lagi tinggi.

boat besar ronda floating village.
Flooded Forest
Small boat/sampan : 5 usd
lepas naik boat besar ronda² Kpg Phluk,boat ni akan berhenti di satu jeti kecil dan ada sampan lain untuk bawa masuk ke flooded forest ni. Kat sini bergantung juga keadaan air,kalau air tak banyak tiada sampan yg masuk sebab air surut, jadi kami agak bernasib baik air dah banyak dan bolehla tengok² dalam hutan yg banjir ni😄. Berhati² juga sepanjang sungai kat sini ada banyak buaya,tak payah nak hulur² tangan sangatla ajet² nak main air kan..duk diam² jer atas sampan tu🙌

Sampan dah ready untuk masuk ke flooded forest




buaya kat kedai makan di jetty..diorg ada sediakan menu daging buaya 👀
*kat Flooded forest ni hati2 dengan keramahan anda sebab mungkin akan ada hidden charge masa naik sampan,diorg akan minta korg belikan apa² jadi bercakap je bahasa alien bagi die tak faham sebab yg jual² tu tau speaking yela nak scam org haha💣

Lotus farm (kalau musim teratai lagi cantik)
Entrance fee : 0.50usd
Kawasan ni memang cantik ada pondok² untuk lepak² dan semestinya tempat wajib bagi yg suka bergambar mcm ktrg neh😵







Lotus ada dijual kat gerai2 tepi jalan,sedap macam kacang.
Cambodian Cultural Village
Entrance fee : 15usd
Kat dalam ni macam² ada,taman pun besar dan ada mini zoo juga. Boleh check sini Cambodian cultural Village.



Dalam wax museum

Muslim Khmer



Ada tanam sayur kat atas tu,apa nama sayur tu pun tak tahula haha


Apa nak buat dua style posing ni je tau haha
*kalau boleh elakkan weekend sebab ramai local yg masuk sebab diorg ni masuk free je semua tempat😊

Angkor Tour
Entrance fee : 1 day pass (37usd) 3 day pass (62usd)
Angkor tour memang wajib pergila dan yang paling besar ialah angkot wat (merupakan monument paling terkenal di Asia tenggara).

Ada pic sendiri kat pass masuk





Kat sini la ada dalam filem Tomb rider






Kulen National Park
Entrance fee : 20usd
Perjalanan ke Kulen National Park ni ambil masa 2 jam,dan perlu pergi dengan kereta atau van,jalan banyak batu² tak rata dan sebab Kulen ni tinggi mcm naik Cameron highland mendaki jadi confirm² tak boleh pergi dgn tuktuk takut berundur tak sampai²😆
Kat atas ni boleh ke viewpoint of Kulen mountain,Kulen waterfall,1000 Lingas dan Sleeping Buddha temple.
Kat Kulen mountain viewpoint
Dak Hafis dah terjebak pangai kakak2 yg tak berapa nak betul😅

1000 Lingas tapi sebab air lepas hujan malam tu tak nampak tinggalan lukisan dasar sungai
Tangga ke sleeping buddha,kami naik atas pastu turun sebab kat atas nak tengok sleeping buddha kena buka selipar😖
Kat Kulen waterfall.
local tengah berjalan ke sleeping buddha.

Ok bagi chance kat die pulak nak posing haha..😆
ke Kulen ni kena naik van,Abg Salim yg akan bawa sendiri ke sana.
*tempat salin baju kat Kulen waterfall, 0.50usd perperson,tempat simpan barang 1usd.

Art Centre Night Market & Pub Street
Petang atau malam² best ronda kat sini sebab meriah dan memang yang meramaikan pun tourist² la jugak, kalau nak cari baju atau kain memang banyak dijual kat sini. Cambodia ni ada pembuatan sutera sendiri jadi untuk yg nak shopping kain sutera buat raya ke apa sediakan duit usd tu banyak²
ya💖
Jambatan ke Art centre night market.


Jus buah kena tengok juga ada yang boleh add on shake with alcohol/beer,jadi cari gerai yg tak ada shake tu selamat.
*kalau nak beli souvenir seperti keychain,fridge magnet,tshirt boleh beli kat Art Centre Night Market lagi murah.(boleh tawar menawar).

The Siem Reap Backpackers Halal Restaurant

Untuk makan beberapa hari kat sana pula kami dibawa oleh Hafis kat kedai makan bapa saudara dia En Nasir (dia pun tour guide dan bawa org juga). Kedai makan ni recommended sebab masakan sedap,harga berpatutan dan yg paling penting free air sirap+teh o sejuk dengan free nasi tambah💕, Dan kalau 3 hari makan kat sana dapat free lagi satu menu,terbaikkk👍. Kedai makan ni juga berdekatan dengan masjid jadi boleh lepak lama² tak perlu rushing balik hotel😄



Yg famous kat sini 'Lembu naik bukit' ada daging dan sayur,serta sos
tomyam seafood sedap
mushroom black pepper
Ini la masakan amok namanya,sedap rasa mcm masak lemak 
kalau bab makan memang rasa tak nak balik..haha

mesti try juga fresh spring roll ni sedap!
bersama akak tuan kedai,siap tapau makan malam lagi💗
berdekatan dengan kedai makan tu dan masjid ada acik jual kepak ayam bbq n spicy sedap boleh try👌
Ok sekian dulu cerita di Siem Reap,trip yang menarik dgn local kat sana yang baik2😍

Its time to say goodbye,bye adik duk elok2 kat sana👐