Makan Ketam kat Japan!




Osaka-Kyoto (Winter 29 Jan-3 Feb)


Untuk kali kedua pergi Japan ni hanya ronda Osaka dan Kyoto. Memandangkan dah terjanji dengan owner guesthouse masa gi Kyoto last time nak pergi makan ketam sama² jadi kena lah tunaikan janji kan. Katanya musim winter ketam banyak dan isi sedap. Dan kali ni pergi sorg je ala² macam balik kampung je rasanya😄

Osaka :
Tiba kat Kansai Airport dalam jam 10.30mlm,Alhamdulillah kat bahagian imigresen lepas dengan jayanya,cuma abg imigresen ni tanya datang berapa org, cakap pergi sorang dia senyum je.
Malam tu terus ambil train pergi check in Shin Imamiya Hotel. Ambil capsule room for single, agak privacy jgk sebab kalau book capsule single jadi sebilik seorang.

Org yg rent katil atas tu pintu die kat bilik sebelah,tak nampak pun each other

Ada tv juga
Esok pagi check out dan simpan luggage kat lobby hotel. Letak luggage free je (hotel ni hotel bajet jgn nak imagine mewah sgt).  Gerak ke Namba Station untuk cari lunch sambil ambil sim card(beli dari klook).
Lunch steak set : location Bulls Restaurant OCAT

steak set for lunch
Ambil luggage dan gerak ke Kyoto.Ronda²  dalam Station Kyoto dulu, station besar sebelum ni tak habis ronda.




Next gerak ke Nishiki market,tempat yg patut pergi bila sampai Kyoto. Boleh makan seafood (sotong grill,scallop,udang atau sushi).




grill scallops disumbat telur ikan
tamago (ada telur puyuh dalam kepala sotong)
Dah habis meronda check in Kiwa guesthouse.Owner guesthouse Wakiko-san ni la yg mengajak pergi makan ketam,so dah berjanji untuk pergi sama² sekali dengan 2 lagi kawan² dia keesokkan harinya. Wakiko-san ni dah umur 50an dan dia layan macam anak dia..alahai dapat mak angkat jepun pulak..haha😂


Sea of Japan (nearest to Amano Hashidate)
Perjalanan 2 jam lebih dari Kyoto city, acik²  ni siap sewa kereta untuk bawa tetamu khas ni gi makan ketam. Ok sebabkan ramai yg tanya berapa harga untuk makan² ketam ni (saja tak nak bagitau kt fb n insta takut kena kecam haha),harga untuk seorg set lunch ni 11,800 yen lebih kurang RM434 seorg. Jumlah yg boleh makan lebih kurang 4 ekor ketam yg besar tu seorang😍 . Jenis masakan stim,rebus,grill,shabu² (steamboat). Sila tengok gambar dibawah😁

get ready nak kena potong ye ketam2
mentah pun ada (try jugakla walaupun nak telan mcm nak pengsan rasa)

masak stim
grill otak..ehhh otak ke??

Shabu-shabu
Zose (rice with eggs)
ni haaa bapak besar lepas makan rasa insaf jap

bahan untuk masuk dalam shabu2

Puas hati dapat makan ketam jepun😋 Dan 1st time lepas makan ketam rasa macam dah tak nak makan lagi buat beberapa bulan (katanyaaa..)

Lepas makan ketam,ktrg bergerak ke Amano Hashidate,ada satu tempat viewpoint yang boleh tengok laut. Tapi hujan pula masa pergi tu jadi sempat jalan sekerat je pastu melepak dgn acik² ni kat kedai kopi. 



tak nampak background sebab hujan 


Mengopi dgn acik2 bawang hahaha..
Sebelum bertolak balik ke bandar, acik² ni singgah ke beberapa pasaraya untuk beli seafood fresh,kata diorg murah dan fresh seafood kat area sini.

ikan segar
ikan kecik ranggup tanpa goreng ole² untuk mak❤
Rasa telur ikan ni jer,rasa masin² meletup dalam mulut..sedap😊
follow jgn tak follow😆
Kyoto
Masih berada di Kyoto dan kali ni bercuti sambil santai² je lagipun nak posing pun tak ada photographer..haha tu jela yg tak best bila travel solo kan. Hari ni ke Gion sebab sebelum ini tak sempat pergi,hasil peta dan no.bus ke sana sampaila juga,boleh tahan ramai tourist ke sini,banyak temple area Gion ni. Berjalan turun naik bukit dengan harapan hilang sikit sejuk,Temperature time tu dalam 4-5℃ waktu nak masuk tengahari.




Ramai ok orang kat sini (muka stress😖)



Lepas berjalan kat Gion balik semula ke arah Toji, masuk ke Aeon situ tengok² mana tau ada berkenan,kat sini jumpa serbuk minuman coklat van houten,apa lagi boleh bancuh kat Malaysia nanti kalau rindu nak minum coklat van houten kan.

Tambah susu pekat sikit terus sama cam dalam botol tu.
Singgah pula kat Toji temple,sebab dari jauh macam besar kawasan dia mungkin ada spot menarik jadi apa lagi bayar masuk sini dalam 800 yen. Dalam Toji temple ni ada beberapa temple lama,ada yang telah dibina tahun 1486 (renovate balik lepas kebakaran) dan dalam ni spot utama adalah pagoda 5 tingkat yg menjadi lambang Kyoto.

ni dia pagoda 



mata berair sejuk yg amat dalam 2-3℃ dah petang² macam ni
tepi tasik masih dalam Toji temple
Lama jugak kat sini lagipun masa siang jadi pendek suhu pun makin sejuk jadi beransurla bawa diri pulang,handphone pun dah mati sebab kesejukkan gamaknya,bateri boleh kog tetiba nasib la tahu mcm mana nak balik guesthouse haha.
Depan lorong nak masuk ke guesthouse ada kedai serbaneka, jadi beli makanan untuk dinner kat sini jela.


yg ni telur separuh masak
grill fish dengan telur rebus ni memang jd pilihan 
Kyoto International Manga Museum
Tujuan ke sini semata² nak tengok buku manga yg original dari Japan. Kalau kat Malaysia dah dialih bahasakan ke bahasa melayu macam doraemon,conan,slam dunk dan macam² lagi. Di museum ni pengunjung boleh ambil dan baca di sudut yg disediakan. Susunan buku² disusun mengikut tahun penerbitan,besar jugak tempat ni sakan jugakla meronda. Macam mana nak pergi sini?..Turun kat station Karasuma Oike (Karasuma Line). Ok kalau nak tengok dan baca (kalau boleh baca tulisan Jepun la) boleh cuba pergi ke sana,entrance fee 800 yen seorg.




manga yang paling awal
kronologi terhasilnya penerbitan manga di Japan
Naruto famous kat Malaysia
dah lama cerita si robot ni wujud yer..
manga paling tebal kat sini
Lagi beberapa gambar makanan yg ada di Japan dan boleh dimakan disana selain air coklat Van houten😍


Halal Ramen Ayam-ya Kyoto
Kedai makan Ayam-ya ni dah memang popular dikalangan org² Malaysia yang ke Japan, memang sedap makanan kat sini dan bolehla cuba ramen halal original dari sini kan.


Creo-ru Takoyaki
Takoyaki halal boleh beli kat Dotonbori,Osaka, sedap dan makan panas² memang terbaik😉

diorg yg buat takoyaki ni dah boleh cakap melayu sikit²😊


Luke's Lobster
Yg ni agak mahal tapi sedap juga, roti yang diletak isi lobster,ketam atau udang fresh. Boleh pilih salah satu jenis atau nak cuba semua boleh ambil combo tiga2 jenis inti terus..sedap sangat!😋 

inti die penuh,dari kiri isi ketam,lobster dan udang
Setakat ini jela dulu cerita di Japan, kalau nak tengok tempat² lain di area Tokyo,Osaka dan Kyoto boleh jenguk entry sebelum ni😉 click Tokyo dan Osaka&Kyoto




























No comments:

Post a Comment