Tempat Menarik New Zealand Part 2

New Zealand (South)


Moeraki Boulders Beach
Perjalanan kat bahagian South,NZ ni bermula dengan Moeraki Boulders Beach. Pelbagai saiz batu2 berbentuk bulat ada kat sini dan menjadi antara tarikan menarik. 

nampak tak ada Jalur Gemilang kat jalan nak masuk ke sini









mcm telur dinosour pun ade jgk 
Katiki Point Lighthouse
Kawasan ni berdekatan dengan Moeraki Boulders Beach, dicadangkan datang pada waktu petang dan kemungkinan kalau nasib baik dapat tengok penguins mendarat kat area pesisir pantai kat situ. Tapi masa ktrg pegi tak muncul pulak😐







kat belakang board ni je lighthouse dia

toilet pun bentuk lighthouse
Utk bermalam ktrg singgah di campsite Moeraki Village Holiday Park. Kebanyakkan campersite memang ada tempat mandi dan toilet serta ada disediakan juga dapur. Kalau kat Malaysia ni lebih kurang R&R la ada kemudahan disediakan. Bayaran untuk sewa tapak bagi satu malam bergantung pada tapak Powersite(sambung power ke caravan) atau Non powersite (untuk kereta biasa atau campervan kami yg tak guna power).

view kat campersite
masak dinner..amboi posing member pun haha
Queenstown
Hari kedua di sini ktrg bergerak pula ke Queenstown. Berhajatnya nak naik zipline kat AJ Hackett Bungy Camp tapi nasib kurang baik hari tu hujan dan aktiviti zipline kena stop sekejap,disebabkan tak nak buang masa ktrg terus bergerak ke Glenorchy.

Cherry blossom dah meriah kat tepi2 jalan area Queenstown
Lake Wakatipu.
Sebelum ke Glenorchy singgah dulu di Lake Wakatipu. Memang sini main singgah2 je semua kadang2 nampak view tepi jalan yg cantik pun boleh berhenti 3-4 kali sebelum sampai ke destinasi.

nasib ade cik itik yg sudi posing






Glenorchy.
View memang terbaik kat sini,Glenorchy hanya pekan kecil tapi memang ada view yg sangat awesome!








Ok malam tu ktrg stay kat Mrs Wooly Camp Glenorchy. Kat sini pun ada campsite tapi memandangkan hari tu hujan dan cuaca agak sejuk so ktrg ambil bilik. Berjumpa dgn boss dia sendiri(tak tahula kalo itu owner dia) yg melayan ktrg pada masa tu dan dia bagi diskaun lagi. Bilik yg die bagi pun bilik untuk 4org tapi hanya ktrg berdua je guna. View kat Mrs Wooly Camp Glenorchy ni pun dah cukup awesome.




bahagian dapur. Semua lengkap.




View depan bilik 


Hari berikutnya turun balik dan singgah di beberapa tempat yang menarik.

Waitiki district






On the way ke Clay Cliffs






Clay Cliffs








Next kami ke campersite Twizel.




Kucing NZ bulu mcm karpet..besar plk tu kucing ni geramnye nak bwk balik Malaysia 
Esok sambung lagi bergerak sambil meronda dan seperti biasa singgah tempat2 cantik. 😎





ikan salmon fresh banyak kat sini



Lake Pukaki (view masa tu terbaik) 😍










 Lepas dapat view yg awesome kat Lake Pukaki, teruskan perjalanan ke Lake Tekapo pula,kat sini lepak lama sikit sambil picnic.



  











 lepas makan ronda kat Lake Tekapo bridge



Last campersite utk bermalam ktrg singgah kat Geraldine sebelum bergerak balik ke Christchurch.
menghabiskan semua bahan mentah kat dalam peti ais sebab keesokkan hari terus hantar campervan kat Christchurh.




bebola lamb dgn chicken fillet crispy..haha
Christchurh

Disebabkan hari masa sampai tu tak sempat ronda2 bandar Christchurh,jadi sebelum hantar campervan ktrg singgah dulu kawasan bandar Christchurh.

cherry blossom kat tepi2 jalan je ni
jumpa kedai H&M besar jugak..
Aiskrim ni ada tanda halal,walaupun sejuk beli jugak sebab excited jumpa aiskrim halal😎

lepas ronda sekejap hantar campervan area airport, naik uber dan ke Jucy Snooze,bermalam kat sana sebelum fly ke Sydney esoknya.



tempat berehat sambil minum2 kopi


capsule style
Jucy Snooze ni berdekatan dengan Christchurh Airport,boleh jalan kaki je. Keesokkannya pagi2 buta dengan backpack ktrg gerak ke airport untuk balik. Ktrg tak pilih untuk ke Auckland semula mcm org biasa buat (Airasia direct Auckland - KL) tapi pilih untuk ke Sydney (jetstar airways) singgah sehari untuk ronda bandar Sydney😁 dan balik ke KL naik Airasia. (kalau ada yg nak singgah mcm ni jgn lupa apply visa masuk Australia ye).

Dan berakhirla penjelajahan untuk New Zealand kali ni, kalau ada rezeki Insya Allah boleh repeat lagi😍
Route sepanjang perjalanan ktrg kat NZ