Bromo,Surabaya

Bromo-Ijen-Batu-Malang-Surabaya,Indonesia 6 Hari (2016)




Percutian ke Bromo ni ambil pakej+supir sekali, memang lagi senang ada supir sebab satu2 perjalanan tu jarak agak jauh. Disebabkan ktrg ambil pakej jadi location yg ktrg pergi semua dah disusun dan mengikut perbincangan. Antara tempat yg ktrg pergi seperti dibawah:

Lepas makan dinner terus dibawa ronda kedai2. Ktrg tak membeli byk ada 2-3 org dari kami je yg beli sepasang telekung sorg. Supir ktrg Pak Agus kata lepas ronda kedai tu dia akan bawa melawat kubur..kubur pula malam2,haha mengikut Pak Agus kubur tu adalah kubur org2 berpengaruh kat Surabaya tu,ktrg pergi je tapi memang meriah rupanya kat sana malam2, rasanya tak datang pun tak pe kot.

 Suroboyo Carnival



Next ktrg singgah kat Suroboyo Carnival,tak sempat nak masuk dan main2 game dalam tu sebab ktrg akan bergerak ke Mount Bromo. Perjalanan ke Bromo agak jauh hampir 3jam (tidur dalam kereta la jawabnya)

Mount Bromo

lepas tengok sunrise,sejuk Ya ampun..

Utk sampai ke sini boleh naik kuda atau berjalan kaki

 


kat atas yg nampak kecik2 org naik tangga tu nak tengok kawah bromo yg masih aktif

asap dari kawah yg masih aktif
 
nampak org kecik je dari atas ni😏

Pasir berbisik (Berdekatan mount Bromo)

Kat sini kalau semua senyap boleh dengar angin macam suara org berbisik. Berdekatan dengan kawasan Mount Bromo,ktrg singgah sebelum balik.



Bukit Teletubbies



Next destination bergerak ke Mount Ijen pula. Jarak dalam 6jam..pishang jugakla dalam kereta,
ktrg book untuk tidur sekejap kat guesthouse sebelum hiking kat Ijen. Kawah Ijen ni ada blue fire dan perlu hiking dalam 2 jam setengah untuk sampai ke kawasan blue fire. Kami sempat tengok tapi disebabkan kamera tak berapa nak canggih jadi untuk sesiapa yang nak tengok kena la hiking sendiri ya😁


laluan batu2 agak mencabar


turun bawah sini untuk tengok blue fire,kena lalu jalan batu seperti org belakang tgh memanjat😓


kalau asap berkepul gini confirmla masik aktif kawah ni kan..


permandangan memang cantik
Air Terjun Coban Rondo




Labyrinth (Maze)




Batu Secret Zoo  
Mulanya memang tak berapa berminat pun nak masuk zoo kat sini,lagipun kat Batu ni ada macam2 contohnya Muzium Satwa,Green park,Secret Zoo dan beberapa lagi semuanya tiket masuk berlainan dan tempat pun berdekatan antara satu sama lain. Tapi disebabkan recommended by Pak Wong tokey pakej ktrg tu jadi ktrg pilih masuk zoo. Kalau bawa kanak2 memang sesuai masuk sini.

harimau betul ni dalam Batu secret zoo,nak bergambar kena bayar

berjalan atas sarang pakcik belang,hanya cermin memisahkan kita💀

Depan muzium satwa
kecik je ni replica bahtera Nabi Nuh


yg ni hotel kat kawasan Batu ni,kat dalam katanya cantik dan agak mewah,kalau malam2 boleh dengar harimau mengaum lagi😨

Wisata Petik Apel
Boleh petik sebanyak yg boleh tapi akan ditimbang dan bayar.



Rumah warna warni ni lalu je sebab kejar masa.

Pantai Papuma
Banyak sebenarnya pantai kat area Batu Malang ni,tapi sebabkan masa terhad jadi kitorg minta supir bawakkan ke pantai yang paling cantik,jadi dia pilih tempat ni,memang cantik😤







Muzium Angkot
Dalam ni best sebab ada pameran kenderaan2 lama, boleh merasai pengalaman bajet2 jadi pilot,juga ada sampan yg bawa menyusuri sungai kecik dalam ni,overall tempat ni best sila la pergi.





salah satu permainan yg ada tapi nak naik kena bayar

Ala2 floating market dalam muzium angkot

Paragliding Di Malang
Korang mesti try paragliding kat sini,sebab lagi murah dari kat Malaysia siap ada dapat sijil lagi,nak naik ke kawasan paragliding ni kena naik motor sewa yg memang dah tggu kat bawah.

Ready nak terjun

yeayy i'm flying😃


Dapat sijil keberanian haha gituu

Ok ni pula gambar2 makanan yg sempat dicuba disana😍

bakso sedap kat bandar Surabaya

Yg ni Mie Neraka nama dia pedas nak mati haha..Nama kedai Mie Akhirat😵

yg ni hidangan ikan bakar,hitam tu bukan hangus tapi kicap

terbaik menikmati goreng pisang panas dgn kopi susu panas kat tanjakan Bromo yg super sejuk

Lobster masak sweet sour kot

Nasi bebek penyet (itik)

kuih nama terang bulan inti penuh (kita panggil apam balik) 
 Bolehla start cari tiket ke Surabaya sekarang, makin banyak tempat menarik menanti anda😎