Kali nak share pula percutian ke Guilin,China selama
7D6N,beberapa aktiviti ada yang ambil pakej dari hostel tempat tinggal dan ada
yang pergi sendiri. Ok kita start penjelajahan sekarang!
Day 1 (Yangshuo)
Tiba di Guilin Liangjiang Airport lebih kurang jam 10.30
pagi. Terus ke kaunter bas depan arrival gate untuk ke Yangshuo. Bas tiket
seorg 50 yuan. Kami terlepas bas jam 11 yang terdekat ada hanya bas jam 12.30.
Jadi sambil menunggu ronda2 dulu kawasan airport. Hampir jam 12.30 ke waiting
room tempat bas bertolak. Malangnya pekerja yg announce location bas nak
bergerak tu dalam bahasa cina sama juga no bas dan tempat dituju semuanya kami
tak faham..adudu..jadi nak tak nak pegi beratur (tak beratur sebenarnye diorg
berebut2 dpn pintu)kita join je la sampai turn tunjuk je tiket diorg tunjukkan
bas mana nak naik. So perjalanan ke Yangshuo dari Guilin Airport lebih kurang 1
jam 20minit.
Dari bas station ke hostel kami naik teksi sorang 20 yuan,
sebab location hostel tak tahu,beg pun
besar naik jela jimat masa. Di Yangshuo ni ktrg dudukkat hostel Yangshuo Wada
Hostel . Untuk aktiviti pertama malam tu kami reserved Liu San Jie Impression
Light Show (7.40pm). Harga yang ditawarkan hostel ni seorg 190 yuan sekali transport
pergi dan balik dari hostel.
Recommended datang sini, persembahan yang penuh warna warni
dan penceritaan yg disampaikan agak menarik walaupun bahasa tak faham 😄
![]() |
Liu San Jie Impression Light Show |
Day 2 (Yangshuo)
Pagi ini kami naik bamboo raft menyusuri Yulong River. Juga ambil trip dengan hostel
seorang 220 yuan. Perjalanan bamboo raft ni agak panjang lebih kurang 1jam
50minit. View memang tersangat awesome, ada disediakan life jacket, insyaallah
selamat.
Tengahari kami dah sampai di area hostel (Pan tao road).
Dekat sangat dengan West Street. Tapi kalau pergi West Street siang2 tak
menarik nanti kat bawah ada gambar2 di waktu malam cuma kalau nak bergambar
dengan burung cormorants ada di hujung jalan west street menuju ke arah
tepi sungai. Ada seorang pakcik bersama burung2 cormorants bersedia untuk
bergambar dalam 2yuan. pakcik tu akan balik sebelum gelap.
Berdekatan sini Pan
Tao road dan dalam kawasan West street ada restoran halal. Pan tao road kedai
tu melepasi jejantas yg nak ke west street,jalan depan lagi ada di deretan
kedai2
![]() |
Pakcik bersama burung2 Cormorants. |
![]() |
View West Street dari atas jejantas |
![]() |
recommended utk order toothpick lamb with cumin ni,sedap! |
Ok ini gambaran West street di waktu malam. Pelbagai aksi jurujual dan persembahan
menarik minat org yang dtg ke West street. Boleh la cuci mata tengok tempat
orang kan. Diorang ni mesra tengok foreigner mesti nak tanya
macam2,tapi sebab kami ni tak paham bahasa jadi just jwb ‘from Malaysia’ haha
bangga ok..
![]() |
jgn terkejut kalau jumpa nenek ni tersenyum sepanjang malam haha. |
![]() |
dalam botol susu ni ialah air buah+susu (milkshake perasa buah2 la kiranya) |
![]() |
ni kena try burger chinese (roti goreng ni sedap sgt!) |
Day 3 (Yangshuo)
Hari ini aktiviti riadah berbasikal. Disebabkan ktrg tak
berapa nak berani berbasikal dari area hostel (jalan sibuk,hon memanjang diorg
neh) jadi ktrg naik bas local no. 801 (bus stop depan west street) terus ke
Fengming Tourist Service Center(tiket 1 yuan sehala).
Kat sini ada dua cara
boleh naik bas tour untuk ronda ke Ten miles gallery area atau
berbasikal@scooter (jalan belakang sikit
dah ada banyak org sewa basikal dan juga scooter comel) sewa basikal range
dalam 20yuan seorg dan kalau bas tour
60yuan(akan berhenti di setiap location dalam Ten Miles gallery. Saya pilih
berbasikal sebab lagi puas dapat ronda2 sambil menikmati view yang superb!
![]() |
bus stop Fengming Tourist Service Center untuk balik semula ke bandar. |
Day 4 (Guilin City)
Check out dan ambil bas ke Guilin city.ktrg book van dari
hostel dan terus hantar ke bus station yang direct ke Guilin bus station.
Sampai lebih kurang 11 lebih di Ease Hostel plan nak letak luggage jer tapi
rupanya dah boleh masuk (priority early 2hr check in for Genius traveller dari
booking.com 😄)
Tengahari ambil peta dan tanya2 dekat receptionist hostel (diorg semua ni boleh speaking English,di hostel Yangshuo wada pun sama)jadi ktrg jalan kaki je ke Elephant trunk hill. Taman yang agak besar dan entrance 70yuan.
Tengahari ambil peta dan tanya2 dekat receptionist hostel (diorg semua ni boleh speaking English,di hostel Yangshuo wada pun sama)jadi ktrg jalan kaki je ke Elephant trunk hill. Taman yang agak besar dan entrance 70yuan.
Di area Xicheng Lu,lorong sebelah Xinyi Lu (Ease Hostel) ada
2 buah restoran halal. Dan area market
depan sikit pula ada jual grill lamb dan pelbagai grill pun halal juga. Restoran pertama yg dijumpai ni macam restoran mewah sikit,harga pun agak boleh tahan. tapi makanan tak kena pula dgn selera atau salah pilih menu pun mungkin juga.
Lepas makan ktrg ke four lakes,kalau dari tempat makan (xicheng lu) hanya beberapa minit jalan. Taman ni ada 4 lakes yang bersambung. Dan ada view pagoda di salah satu tasik ni. Malam pun meriah taman ni sebab kebetulan ktrg pergi tu malam miggu pula macam2 ada,makcik2 menari la,pakcik2 tengah main violin la dan segala2.
![]() |
masakan ayam cuka dgn daging masak apa dah lupa |
![]() |
Yg ni ramai org beli kat kedai ni,roti bijan. Boleh tahan rasa dia sedap jugakla. |
Lepas makan ktrg ke four lakes,kalau dari tempat makan (xicheng lu) hanya beberapa minit jalan. Taman ni ada 4 lakes yang bersambung. Dan ada view pagoda di salah satu tasik ni. Malam pun meriah taman ni sebab kebetulan ktrg pergi tu malam miggu pula macam2 ada,makcik2 menari la,pakcik2 tengah main violin la dan segala2.
Day 5 (Losheng Terrace Field)
Ktrg book trip dari hostel ke Losheng Terrace field seorg
200 yuan. Perjalanan sekitar 2 jam 50 minit sehala. Satu kereta kami bersama lagi
6 org semua foreigner yang duduk kat hostel yang sama. Di sana,driver ktrg bawa
ronda kawasan perkampungan Dazhai . Katanya itu perkampungan paling tua di
China.
Driver ni canggih dia guna apps voice translate nak bagitau kitorang
apa2,tapi translator tu pun kadang agak kelakar jugakla haha ada satu tu
‘everybody must go to toilet’lepas sorg dari ktrg cakap nak gi toilet dulu. Dah
tak pasal semua pun gerak ke toilet jugak 😅. Sebelum naik ke terrace field tu driver ni singgah
kedai makan,kat sini semua yang datangdengan bas ke ape2 trip segala akan
berhenti untuk lunch di kedai2 makan area perkampungan ni (pandai jugak diorg
suruh makan). So saya dgn Linda diet la lunch tu ktrg order air sprite je pastu
driver bagi free mineral water,kesian tengok ktrg tak nakorder kot. Nasi special perkampungan
ni ialah chicken bamboo rice (bakar macam lemang). Boleh check menu bawah ni kalau terasa nak order,yg penting no.3 😵
Ok untuk naik ke terrace field ni ada 2 cara iaitu jalan
kaki lebih kurang 1 jam sehala atau naik cable car. Cable car sehala 55
yuan,rountrip 100 yuan. Saya pilih nak naik cable car tengok scenery dari
atas,memang cantik permandangan tapi masa ktrg pergi tu padi baru lepas dituai
semula jadi tak adalah menghijau tersangat2.
Kat atas puncak bukit ni sejuk duk
lama2 pun best. Ada juga gerai2 jual macam2, perut kitorang pun dah start
menyanyi jadi ktrg lunch dgn jagung bakar,ubi bakar dan telur ayam rebus. Makan
panas2 sambil menikmati permandangan dari atas bukit memang terbaik.
Jam 4 ptg ktrg dah disuruh berkumpul untuk balik,sampai je
hostel ktrg gerak ke restoran. Untungla restoran halal dekat je dengan hostel
kan,haha.Ktrg pergi ke kedai makan berhadapan dengan restoran1st tadi, yang ni menu sedap2 dan harga berpatutan. Ok hari ke-5 akhirnya kami baru jumpa org Malaysia kat kedai makan.
Gembira yang teramat la masa tu tak tahu mana satu nak cakap dah,kecoh jap
kedai tu sebab dah lama tak jumpa org blh faham kami cakap apa kan.. Duk kejap satu family org Malaysia pula masuk,tambah lagi kecoh haha
macam jamuan open house raya pulak rasa (ktrg gi ni dalam mood Syawal lagi
haha). Ini antara menu yg di order utk beberapa kali ke kedai makan ni:
![]() |
mee tarik semestinya. |
![]() |
dumpling ori from China |
Day 6 (Crown Cave)
Hari ni ktrg ke Crown Cave yang jarak tempat ni dalam 1 jam
dari Bandar. Tiada trip dari hostel jadi kami main redah jela sendiri. Jalan
kaki ke Guilin bus station,kemudian cari bas local direct ke Crown cave. Putar2
alam jap sebb tak jumpa bas,pastu ada sorg lelaki cina ni ckap bahasa diorg.
Saya just tunjuk crown cave katanya dia boleh tunjuk, mulanya ingat dia nak
ajak pergi dengan kereta@taxi (sebab kat sana diorg memang akan pujuk kte untuk
diorg bawak jadi bersedialah). Sebab dah beberapa kali pusing jd ktrg tawakkal
jela ikut lepas confirmkan guna bahasa itik ayam untuk die tunjukkan bas.
Rupanya bas tu ade je kat depan dalam station tu tapi tulis bahasa cina la
location nye aduhai,upah org tu 10yuan
seorg haha sebab tunjuk bas. Tiket bas pula seorg 15 yuan.
Masalah lagi bila bab nakbeli tiket kat kaunter crown cave
ni. Makcik konduktor bas yg ktrg naik tu baik giler dia tolong tunjuk kat mana
kaunter nak beli tiket tapi aku sepatah haram pun tak paham bahasa dia nak oii
haha..takpe la janji acik baik tolong explain
kat ktrg walaupun tak faham.
![]() |
kaunter tiket masuk Crown Cave |
Ada beberapa cara nak masuk ke Crown cave ni iaitu
jalan kaki,naik electric car(40 yuan sehala)atau rail car (40 yuan sehala).
Tiket entrance crown cave pula 75yuan. Ktrg sebenar nak tanya apa electric car
tu konon nak try dua2 rail car dan electric car. Dah baik yang jual tiket,yg
nak beli tiket nga acik konduktor semua tak paham ktrg pun pilih pergi balik
naik rail car jela sebab yg tu mcm best je. Rupa rail car boleh click sini Rail car Jadi dalam cave tu sampai je dgn railcar ada tour guide dah tggu dgn bberapa
org pengunjung . Jalan dalam tu ikut tour guide. Sepatutnya masuk sini ada
boleh naik escalator+sampan+tram car dalam cave. Tapi ktrg hanya naik tram car
jer,escalator tgk jer..tak taula rosak ke apa tour guide cakap apa pun tak
paham jugak. Ronda dalam cave ni ambil masa dekat 2 jam juga.
Balik ktrg tggu bas dekat bus stop depan sikit dari tempat
turun tadi,harga 15yuan ke guilin bus station.
![]() |
tram dalam cave hrga sekali entrance fee |
![]() |
lift dalam gua |
Day 7 (Hari balik Malaysia)
Check out dan minta hostel book kan taxi(15yuan satu kereta)
ke Aviation hotel. Sebelah Aviation hotel ini ada station bus express ke Guilin
airport. Tambang bas 40 yuan seorg. Perlu diingat kena turun awal sebab bas
express ni ada jadual. Flight ktrg jam 12 tghari,naik bas yang jam 9.30
(perjalanan 40minit). Sampai ngam2 jam 10 lebih.
Disini beberapa tips berkenaan percutian ke Guilin:
*Roaming line telefon siap2 sebab kalau kat sini
susah nak beli simcard,diorg tak ada untuk simcard mesra foreigner,dari
pembacaan blog2 pun kata cerewet sebab ada yang paling kurang plan 1
month,pastu nak balik kena terminate balik huhu.
2 *Dapatkan maklumat2 jalan atau peta dari hostel
tempat tinggal, kalau perlu minta diorg tulis dalam bahasa cina nama tempat
yang nak dituju.
*Bersedia untuk berhadapan dgn local yang dtg
offer naik taxi atau scooter sbb kadang diorg ni boleh tahan degil cakap tak
nak pun ikut juga sampai boring.
Bajet:
Untuk entrance+transport = 1186 yuan (rm721)
Makan+ souvenier (lebih kurang)= 566yuan (rm340)
Tiket flight return+inflight meal =RM 371
Hostel Yangshuo& Guilin =233+264=rm248.50 seorg
Total RM1680
Terima kasih atas perkongsian trip. Nak tanya, apa sourvenir best kt sna.. Brg2 apa.. Berapa bajetnya..
ReplyDeletekat guilin ni byk souvenir yg macam model replica atas bamboo raft(10yuan),baju2 (40-60yuan) pun ada jugak.
Delete