Kundasang,Sabah Feb 2022
Kembali lagi kita u olls,blog bergambar sambil bercerita seperti penglipur lara haha. Percutian ala2 oversea sebab confirm kena naik flight nak datang sini tak ada pula jalan darat kalau feri ada la kot, ada ke?.
Okla malas nak banyak sembang sebab busy melampau sejak wfh neh,tapi sebab macam ramai plak duk jenguk2 blog sis jadi rasa bersemangat nak update pasal travel ke Sabah ni😁. Alkisahnya sebabkan cuti raya cina tahun ni cam panjang sikit so kita pun belila tiket ke Kota Kinabalu,ngam sekarang dah tak perlu result pcr dan masuk ke Sabah cuma perlu isi borang declaration online. Jadi percutian 6 hari ni mana nak pergi dan apa aktiviti yang dapat buat kt sana?
Ke KK ni saya ambik flight pagi sampai dalam jam 10 lebih,sebabkan jadual dan itinerary sendiri kata nak terus ke Kundasang so, kita tunggu orang dtg hantar kereta sewa. Untuk kereta saya dapat kereta Bezza,kalau sesapa rasa nak nombor contact pm tepi la yer. Rezeki dapat sewa dari diorg ni sebab lebihan jam tu dia tak kira,cuma kira berapa hari kita sewa je, contohnya saya dah bagitau nak sewa
3hari dan 3jam (sebab bajet time nak balik dari kundasang ke KK),tuan dia kata yg 3 jam tu tak perlu bayar,eh kalau tempat lain kena cas 1jam RM15 tauuu💁.Tapi kalau korg tak dapat mcm ni, sis tak tahula yer,rezeki masing2 kan haha.
Lokan Bakar Tuaran
Haih awal2 tempat dah mention tempat makan la plak haha. Kita singgah sini dulu sebab tuaran ni laluan nak ke Kundasang. Bolehla singgah makan lokan bakar dan air kelapa muda yang fresh. Kat sini kelapa besar2 ye boleh share 2 org minum. Waze je lokan bakar memang gerai2 kat sini sepanjang jalan jual lokan yang dibakar dengan sos perapan. Pilih aje longgokan yang mana ikut saiz nanti akan dibakar.
lokan fresh sebab area sini dekat dengan laut |
Kalau sesapa yang 1st time nak ke Kundasang boleh jgk singgah area Tamparuli, boleh naik jambatan gantung kat Tamparuli, lepas tu ada juga rumah terbalik. Tapi kali ni saya tak singgah la sebab sebelum ni dah pergi semua tu,member yang pergi skali kali ni pun dah pergi jadi kami terus je naik ke Kundasang.
Perjalanan dari KK ke Kundasang lebih kurang 2jam lebih,kalau nak naik sini better sewa kereta yang cc tinggi sikitla 1.0L atau 1.3L tu boleh aje cuma tak boleh naik ramai2 la, kan ade yang kena turun tolak kereta masa naik bukit hahaha.
Pekan Kundasang.
Pekan yang sentiasa sibuk,banyak kedai2 makan,gerai buah-buahan dan pada hari minggu pula ada pasar tani atau pasar malam (tak pasti la pasar apa tapi ada jual makanan la 😆)
memang byk yg jual chicken wing kt sini. |
Kat Kundasang saya bermalam di Dream World Resort. View kat resort ni memang cun sangatla lagi pun dekat sangat dengan Sosodikon hill, mana2 pun boleh nampak dengan jelas puncak gunung kinabalu. Kalau nak tau review pasal resort ni sebenarnya tak adalah gah sangat sebab resort ni dah lama,cuma masih boleh kata selesa dan staff yang friendly.
Permandangan dari bilik |
Hooga Cafe & Kundasang Farm Ville
Ada satu cafe hipster yg jadi tourist attraction kat sini,agak meriah tempat ni memang sesuai untuk bersantai dan kat belakang cafe ni ada farm ville bayaran masuk rm13 seorg kalau masuk waktu malam. Tapi memang tempat ni cantik kalau masuk malam sebab dihiasi lampu2
ada tanaman sayur dan strawberry juga |
lantai cermin kat bawah ada lampu liplap |
Desa Cattle Dairy Farm
Sini la tempat wajib kalau datang ke Kundasang. Dan tips nak datang sini kena datang pagi2
Buat masa sekarang ni untuk ke sini boleh booking tiket online pilih slot pagi atau petang. Boleh click link ni Desa Dairy Online Ticket. Kalau cuaca elok, pagi sebelum jam 9am sangat sesuai untuk bergambar dengan puncak kinabalu sebab biasanya jam 9am ke atas dah start berkabus dan tak nampak gunung dah yg nampak hanya lembu2 haha,baik pegi posing dengan lembu kat ladang pakcik makcik yg ada kat kampung kan😆. Ayuh tengok sis posing..
dah start berkabus,ada mcm ala2 kat NZ tak? |
pilihan susu segar dan yogurt |
kalau belum breakfast boleh beli susu dan ada juga roti dan pizza kat sini. |
Yang ni tarikan agak baru dibuka sesuai untuk yg bawa kanak2 .Masuk ke sini ada tempoh masa dalam 30minit sahaja (brgantung kepada masa tu ramai ke tak) untuk bergambar dan bagi makan kat alpaca ni. Dan biasanya yg nama Rose akan duk luar kandang untuk korg posing mungkin sebab dia paling jinak kot. Lokasi tempat ni berdekatan dengan Desa Cattle kiranya lepas pergi sana boleh singgah Alpaca Club ni pula.
ni la Rose..mata tu pakai celak meriah kalah i olls tau😁 |
pandai posing dah pakai celak tak kan taknak tengok kamera kan haha |
Mesilou Highland Strawberry Farm & Cafe
Tempat ni tak besar sangat tapi yang menarik sebab ada cafe boleh lepak petang2 sambil minum strawberry shake atau aiskrim dan makan cheesecake strawberry sambil menikmati angin sejuk sepoi2 bahasa.
hirisan strawberry kat atas tu meriah die letak |
aiskrim strawberry |
Sosodikon Hill Kundasang
kalau nak datang sini boleh datang waktu pagi kalau datang masa sunrise lagi cun. Tempat ni akan dibuka jam 6pagi-6ptg ada bayaran dikenakan dewasa dalam RM3 je kalau tak salah. Walaupun namanya Hill tapi trail dia tak la terlalu extreme,kanak2 pun boleh datang. Perjalanan ikut trail dalam 10-20minit je kalau santai2. Sosodikon Hill ni berdekatan juga dengan Desa cattle dan Alpaca club dan dekat yg amat dengan Dream World Resort.
puncak yg diliputi awan memutih |
tak boleh bukak mata ehh silau cahaya matahari |
jalan nak balik ke resort |
ni depan bilik kat resort |
Kalau banyak masa boleh la singgah sini dan tempat ni baru juga dibuka. Ada juga tarikan lain berdekatan Magical garden ni iaitu Arnab village dan Floating garden. Boleh juga beli tiket combination untuk 3 tempat ni murahla sikit. Tapi sis hanya masuk magical garden je sebab tak berapa nak minat tempat2 macam ni,sekadar datang menjenguk kata orang haha.
tak nak lepas payung tu sebab panas teramat dan boleh sewa payung kat entrance |
Ranau Rabbit Farm
Yang ni tak sama dengan Arnab village tadi sebab tempat dia agak jauh sikit, tapi sebab tempat dia agak lapang dan boleh nampak gunung ganang macam cantik jugakla. Boleh beli makanan arnab kat kaunter untuk bermesra dengan arnab2 kat situ. Tujuan saya datang sini sebenarnya bukan nak main dengan arnab tu sangat haha tapi sebab kat sebelah farm ni ada skybike. Skybike ni juga antara tarikkan terbaru di Ranau.
naik basikal ni dua hala yer tak macam zipwire naik dan turun tempat lain2 |
Mont K Skybike
Bayaran nak naik Mont K Skybike ni RM90 dan free entrance kat rabbit farm sebelah tu. Sis first time try naik ni, sebab sebelum ni tengok yang ada pun kat Indonesia, sis tak mampu jauh sangat nak pergi pun💁. Sebelum berlepas tu,diorang briefing sikit2 pasal ketinggian dan keselamatan segala,dan baru tahu rupanya kena kayuh jugak ye basikal tu kalau tak memang tak bergerak. Agak bergoyang juga sebab ikut keadaan angin,kalau angin kuat lagi kuat la bergoyang plus kita duk kayuh basikal tu pulak haha..ok kalau teringin nak tengok sis buat sarkas boleh click sini Mont K Skybike
Restoran Selera Kebun.
Kat Kundasang ni ada beberapa kedai makan yang saya suggest untuk dicuba antaranya Restoran Selera Kebun. Kat sini boleh rasa makanan tempatan Sabah kalau tak silap makanan khas orang kadazan-dusun iaitu Nasi Linopot.
macam nasi dagang tapi bukan die.. |
Pilihan lauk2 dalam set nasi linopot ni ada beberapa jenis antaranya daging salai,ayam masak lada putih dan banyak lagi,kalau nak set nasi putih pun ada. Sebelum balik sempat tapau kat kedai ni bakso,boleh tahan juga sedap dia.
Restoran Alarab Biryani House
kat kedai ni memang ramai orang sebab ada pelbagai menu terutama sekali untuk breakfast. Restoran ni kat area pekan kundasang. Nasi special yang kena cuba iaitu nasi lemak ayam palekko. Masak ayam palekko ni katanya masakan khas bugis,sedap boleh try nanti bila ke sini!.
No comments:
Post a Comment