Resepi Laksa Utara Kuah Pekat

 

Hai Salam PKP semua, masih lagi dalam Fasa 1 di KL tak boleh la nak keluar jalan ke mana2 lagi,duk terperap jela dekat rumah. Apapun saya dah settle vaksin dua dos yer tak sabar nak pergi meronda nehhh..

Ok dah sebab tak ada apa nak buat weekend kita pun mula la rajin2 kan diri memasak,boleh je nak order delivery kan laju je sampai depan rumah,tapi saja la nak asah bakat memasak sebab dulu selain berangan nak jadi ahli kajibumi la,doktor gigi la sis nak jadi chef haha..dahla merapu nampak tak banyak masa sangat neh💁

Jom tengok resepi dan cara memasak laksa utara,yg ni versi laksa penang kot..ntahla saya pun tak tahu beza laksa utara kedah,penang atau perak tu. Resepi ni dikongsi oleh macamorg pastu sebab kadangtak rajin nak tulis resepi masa org cakap,last2 bercampur aduk semua dengan resepi org lainhaha. Tapi setakat ni bila sis buat laksa guna resepi ni ramai yang kata sedap,kuah pekat..terima kasih kpd yg pernah bagi resepi.

Bahan-bahan yg diperlukan:

1kg laksa
4-5 ekor saiz sedeharna Ikan kembung atau selayang (direbus dengan garam+gula melaka+ asam keping)
air rebusan ikan
2 ulas besar atau 5 ulas kecil bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang bunga kantan
sedikit bawang holland
segengam daun kesom
1 batang serai (ketuk)
cili giling atau cili kering(dikisar)
belacan
garam dan gula

Ikan yg telah direbus diasingkan dengan tulang dan kepala ikan, dan pastikan tulang dan air rebusan tu jgn dibuang sebab akan dimasukkan ke dalam kuah laksa. 

air rebusan ikan kalau dibuang neh tak ada la sebahagian nikmat sedap kuah laksa😆

buat dua bahagian ikan rebus ni

satu bahagian di kisar halus dan satu lagi biarkan isi dia ketul2

tulang pun ada function tau..kisar hancur tulang ikan ni termasuk kepala ikan 

make sure kena tapis dulu yer dan air dia kita simpan untuk masuk dalam kuah juga

lepas tapis tadi sisa2 tulang ni bolehla buang..

Ok next kisarkan pula bawang merah,bawang putih,bawang holland 


Lepas tu bunga kantan pula, bahagikan 2 bahagian juga dan satu bahagian dikisar hancur supaya kuah lagi sedap dan pekat.
bunga kantan harga kayangan huhu beli kat aeon je semua bahan


kisar halus satu batang bunga kantan lagi satu potong utk masuk dalam kuah

Dah siap kisar semua bahan iaitu ikan,bawang,bunga kantan,air tulang ikan bolehla start masak. Masukkan air rebusan ikan dan semua bahanyang telah dikisar tadi. Lepas tu masukkan serai yg diketuk sebatang pun dah cukup tujuan orang kata nak bagi hilang bau hanyir ikan. 


masukkan bunga kantan dan daun kesom

belacan secubit atau ikut selera. Belacan sis ni kiut sebab kawan dari Sabah yg bagi

masukkan asam keping kalau jenis besar letak 2 keping cukup dah sebab air rebusan ikan sebelum ni pun dah ada rasa masam 

jangan dilupa cili giling yang ni ikut tahap kepedasan masingsaya letak dlm 3 sudu jer

nampak tak kuah dah pekat😊

last sekali baru masukkan ikan ketul2 ni

Lepas semua bahan dah ada dalam periuk jangan lupa masukkan garam dan gula ikut citarasa masing2 Saya punya kuah ni memang tak masukkan ajinomoto atau sebarang perasa jadi kalau anda suka makan kuah yang ada ajinomoto dipersilakan tambah, nanti tak lalu makan pulakk kan😂.

Bahan2 untuk dimakan bersama laksa bolehla sediakan telur rebus,timun,cili api,bawang hiris dan daun salad.

masa ni salad dah habis dalam peti😅

Dan akhirnya siapla hidangan laksa utara kita, sekian terima kasih.







Ketam masak salted egg

 

Resepi seterusnya ketam masak telur masin. Kalau nak buat udang atau ayam pun guna resepi yang sama dan sgt ringkas sahaja bahan-bahan dia.

bahan-bahan:
Ketam/Udang/Ayam
telur masin
butter
bawang putih
cili api
daun kari
susu pekat 
 
cara membuatnya..
Salutkan ketam/udang dengan serbuk lada putih dan tepung jagung sikit. Kemudian goreng. Dah masak ketepikan dan sediakan bahan seterusnya.


Bahan utama iaitu telur masin tu ambil kuning telur sahaja,kalau nak campur sikit yg putih sebab tak nak membazir pun boleh. pastikan ia dihancurkan boleh ditumbuk atau cincang. 
Lepas tu boleh la masukkan butter dan mulakan tumis bawang putih seulas yg telah dicincang halus. 

masukkan semua bahan-bahan, cili api,daun kari dan telur masin.
                                       
kemudian bolehla masukkan sedikit garam dan sesudu susu pekat. kalau lebih suka kuah yg banyak bolehla tambah susu segar sikit. Tapi sis lebih suka yang tak banyak sangat kuah
Bila dah cukup rasa masin,manis pedas sikit-sikit,bolehla masukkan ketam/udang yg telah digoreng tadi dan siap!😋

Senang sangat neh resepi..selamat mencuba😄


Resepi Sup Bebola Ikan tenggiri

 

Memandangkan sis mengutamakan untuk memasak makanan yg sihat jadi kat sini nak share satu menu yg menjadi salah satu makanan favourite,iaitu sup bebola ikan tenggiri. Sangat senang nak masak sup ni,boleh tengok bahan dan cara2 memasaknya di bawah.

Bahan-bahan:
Ikan tenggiri (1-2keping)
Bawang putih
Serbuk lada putih
Minyak bijan
Kiub ayam
Garam
Tepung jagung
Sayur bayam
Mee kering (terpulang nak guna mee jenis mana)

Ok cara nak membuat bebola ikan semestinya kena ada ikan😆.Asingkan isi dari tulang dia lepas tu tumbuk je guna lesung,kalau nak blend pun boleh asalkan isi ikan hancur dan senang nak jadikan bebola.
Kenapa ikan tenggiri? sebab sis suka makan ikan2 kayangan mcm ni haha😝..terpulangla korg nak buat bebola ikan ape pun yang penting kena rajin asingkan tulang..haa mesti duk pikir ikan tenggiri ni jugakla jawab die paling mudah nk asingkan tulang kan..

ini dia rupa isi ikan yg dah ditumbuk atau blend.
lepas dah blend isi ikan tadi boleh la masukkan sedikit bawang putih(seulas kecik atau half je). Kalau tak nak letak dalam isi ikan ni pun ok jer. Kemudian masukkan garam dan serbuk lada putih.

nampak bawang putih versi pemalas ketul2 tu haha
Last sekali untuk bebola ikan ni letak tepung jagung sikit, jangan banyak sangat nanti bebola jadi keras,
pandaiagak kalo 2 kpg ikan tu dalam half sudu besar. Itu je, senang kan?

tak apa melekat tu biasa,kalau susah nak bulatkan guna sudu je
Ok next step didihkan air untuk buat sup. Masukkan isi ikan yg dah sebati tadi sikit2 dan bulatkan,kalau tak berapa nak bulat tu biasa nama pun homemade kan😁. biarkan beberapa ketika sehingga bebola tu masak kemudian masukkan secubit kiub ayam dan garam (ajinomoto sis tak masukkan memandangkan kiub ayam tu pun dah mengandungi perasa). masukkan pula serbuk lada putih ke dalam kuah sup.

serbuk lada putih dan garam secukup rasa.
Last sekali,bila sup semua dah sedap dan siap barula masukkan sayur bayam (guna baby spinach) kira 1 minit terus toskan sayur bayam dan asingkan supaya zat sayur tu tak hilang😁. Letak minyak bijan sikit dan siapla sup bebola ikan tenggiri!.

sis suka makan baby bayam macam ni 
Sebelum dihidang boleh celur mee kejap dan nanti nak makan boleh masukkan ke dalam mangkuk sup. Kalau nak makan dengan bihun ke kuetiaw pun boleh. Dan jangan lupa juga sediakan minyak bawang putih (goreng bawang putih yg di cincang halus).

contoh sayur dan mee yang dah siap dicelur

bawang putih yg digoreng kekuningan

boleh buat cili kicap ni juga untuk yang suka makan pedas.
Masukkan dalam satu mangkuk dan siap untuk dimakan!
masa pic celur tadi mee bentuk lain,dah hidang bentuk lain pulak..biasa la magic sekali sekala😂.

untuk resepi homemade bibimbap boleh click Bibimbap

Bibimbap homemade

 

Bila dah pkp berulang-ulang ni,macam2 la tekak rasa nak makan kan, jadi dengan masa yg banyak kat rumah yela work from home dah setahun lebih neh jadi kita try buat bibimbap. Sangat mudah cara buat seperti dibawah:

Bahan-bahan:
Nasi putih
Daging atau ayam 
Telur 
Timun
Cendawan
Carrot
Bayam
Taugeh (sis tak beli hari tu guna apa yg ada je)
Sos Gochujang


Untuk daging,perap sekejap dgn biji lada hitam (tumbuk),kicap manis  dan sos tiram lepas tu grill atas frying pan letak olive oil sikit.
 
Bahan2 sayuran pula boleh parut atau hiris nipis kemudian goreng juga sekejap dengan olive oil atau boleh di celur sekejap. Pastikan dimasak asing jangan dicampur semua bahan,belum masanya lagi untuk campur😁. Selepas bahan2 sayuran dimasak boleh letakkan minyak bijan sikit.

kalau tak letak pun tak apa ikut selera memasing.

Jangan dilupa goreng telur mata 
Ok untuk nasi pula ada yg letak minyak bijan sikit tapi sis letak minyak kelapa sebab tadi kat sayuran dah ada minyak bijan. letak sekadar nak bagi ada aroma wangi kat nasi.

minyak kelapa dara ngkoo..bukan nak promote, kalu suka blh letak apa2 brand pun 

Sos pula sis guna yang ni atau boleh cari yg sos bibimbap brand sama. Ada dijual kat family mart atau jaya grocer

Ok dah boleh susun Bibimbap kita dan kalau boleh guna mangkuk atau bekas bulat barula korea kan😎
mulakan dengan nasi, telur kat tengah2 dan kemudian daging,sos gochujang dan sayur di sekeliling bekas. Siap!

boleh tabur biji bijan (sis xdok minyak je adaaa😚)

So bila nak makan gaul kan semua yang ada dalam mangkuk tu..sekali tengok macam nasi goreng plk haha.. 
healthy food dan makanan bajet rendah kata orang haha

Untuk resepi sup bebola tenggiri boleh click Click here.






Resepi Dumpling

Dumpling homemade


Hi semua sebab kan musim covid ni sis dah tukar profesion jadi chef plk,sebab sampai sekarang wfh jadi banyak masa nak main masak2😁. Kat sini saja la nak share resepi dan cara buat dumpling yang mudah dan sedap. kalau beli kat kedai berapa ketul je dapat haga pun boleh tahan. Ok boleh tengok apakah resepi dan cara membuatnya kat bawah ini.

bahan-bahan:
Kulit dumpling (beli siap jerr)
Isi ayam& isi udang (cincang @ kisar kasar)
Daun bawang (potong)
Bawang holland (dikisar)
Minyak bijan
Serbuk lada putih
Garam
Tepung jagung

Mari kita teruskan dengan cara membuatnya,supaya lebih menarik sis sertakan gambar sekali 😃

1. Mesti ada kulit dumpling, saya biasa beli dua jenis ini yg gyoza atau dumpling skin biasa. Banyak dijual kat supermarket aeon,jaya grocer dan seumpamanya, cari kat bahagian tauhu atau makanan steamboat ye. Kalau pandai mencanai tepung boleh buat kulit dumpling sendiri tapi dah ada benda senang kannn..haha


2. Daging ayam& udang yang dikisar kasar. Yg ni terpulang kat selera memasing kalau nak inti hanya isi ayam, daging lembu atau seafood. Saya suka campur sikit dengan isi udang sebab isi udang ni boleh menjadikan inti dumpling juicy dan tak terlalu kering.


3. Cincang atau potong halus daun bawang. Untuk bahan lain juga terpulang apa yg ada dalam peti ais memasing haha,boleh campur carrot,sengkuang atau apa saje. 
sis tak boleh tak ada cili api,dan kebetulan masa ni ada cendawan jadi campur sekalila.

4. Masukkan sesudu makan minyak bijan dan perasakan dengan sedikit garam serta serbuk lada putih. kalau ada bawang besar atau bawang holland yang dah dikisar kat dlm peti ais tu blh masukkan sekali,saya masukkan sesudu untuk menjadikan inti lagi sedap!


5. Gaulkan semua bahan yg dipotong dengan isi ayam&udang tadi.


6. Masukkan sedikit tepung jagung (jangan terlalu banyak nanti inti kering) cukup untuk bagi inti dumpling ni melekat je.

kacau sekata dan inti siap!

7. Untuk melekatkan kulit dumpling lepas letakkan inti sapu air biasa di bahagian yg nak di kelim(mcm karipap plk,atau lipat tak taulah istilah apa nak panggil😂) Bentukkan ikut kemahiran masing2..



                             
 
apa2 bentuk yg jadi pun tak apa asalkan bahagia😍..
 
Akhirnya boleh la masak dumpling ni,goreng,masak sup ataupun kukus.                            

setelah dikukus

yg digoreng..kalau guna gyoza skin ni kalau nak goreng kena api slow sebab cepat garing.

Dimasak sup bersama bebola tenggiri,nak tau resipi bebola tenggiri? tunggu rajin nak menulis lain kali plak.. 

Ok bolehla cuba cara mudah untuk buat dumpling seperti diatas, semoga rajin membuatnya😁