Bako National Park Sarawak


Taman Negara Bako (Bako National Park)


Kali ni ke Sarawak kita ronda² Taman Negara Bako, kat sini masih tak ramai yg datang tak tahula sebab jauh ke camne,tapi ke Korea boleh plak pegi kan 😆..hahaha ok sebab ramai yang tak berapa tau sangat pasal taman negara yang menarik ni kat bawah ni saya cerita camana rupanya.

Cara nak ke sini (dari bandar Kuching)
Boleh naik bas no.1( yang akan melalui sepanjang jalan waterfront,ada beberapa bus stop yang dia lalu,ktrg tunggu depan Hilton hotel,River majestic hotel. Tambang bas hanya Rm3.50 sehala untuk seorang dan bas ni direct ke Jeti Bako berdekatan dengan pasar Bako. Dari Jeti Bako baru ambil boat ke Taman Negara Bako.

Selain itu boleh juga sewa kereta dan drive sendiri ke sini jarak dari bandar Kuching dalam 40km.
di Jeti Bako nanti ada org yg akan bantu untuk arrange kan boat,bayaran boat rm30 (return) seorang dan akan balik guna boat yg sama jadi pakcik boat tu akan decide jam berapa akan balik semula ke Jeti Bako. Entrance Taman Bako cuma rm10 dan anda diwajibkan mendaftar diri dulu dekat office taman negara,kat sini diorang akan explain berkenaan treks/trails mana yang ada dan kalau anda perlukan tour guide juga boleh tambah bayaran. Kalau confident mcm kami boleh masuk sendiri😰


Kat sini bersepah tanda amaran ni,sebab 'air yg tenang jgn disangka tiada buaya'😵
Untuk maklumat detail treks dan trails boleh tanya dekat ranjer yang bertugas,diorang akan bagi explanation beserta peta nanti , boleh tengok kat sini juga Trails Taman Bako.
Disebabkan kami berdua cuma nak santai² dan tak bermalam kat Taman Bako jadi kami pilih trek yg paling sesuai dengan masa dan tenaga💃. Jadi kami pilih trail no.6 (trail Telok Pandan Kecil). Trail ni bukan yg paling short distance atau bukan juga yg paling mudah tapi sebab yang paling cantik view kat penghujungnya. Mengambil masa 1jam30minit sehala,trek berbukit,panjat memanjat jugakla,nak tau cuba la sendiri hahaha. Jangan lupa pakai sports attire yg sesuai,kasut hiking dan tak licin. Jom tengok laluan2 trail Telok Pandan Kecil kat bawah ni:

semua trek/trails akan lalu kawasan buaya penuh dalam tu hehe
Kat Taman Bako ni memang sungai dia banyak buaya,otw balik ke jeti masa atas boat pun ada nampak buaya,pakcik boat tu tunjuk dan perlahankan boat nak bagi tengok,elok je buaya tu duk rest kat tepi tebing pastu dekat nak lalu tu die turun balik ke sungai,nasib tak berenang tepi boat kan😅

ada trek kayu ni jugak tapi beberapa meter je la

start je dah macam takde arah tuju hahaha




oo lupa setiap trail akan ditanda dengan colour lain² pada peta,untuk trail Telok Pandan Kecil ni pula tanda dia warna kuning, jadi dalam hutan belantara tu nanti akan ada tanda warna kuning pada pokok atau batu untuk menandakan arah sepatutnya ditujui.Jangan salah masuk trail lain,sebab ada yg trail hingga 4-5jam perjalanan mau tido kat dalam hutan la korg😸. 

Kt dalam Taman Bako ni tak ramai org, dan disebabkan kami berdua je masa ni dan kalau ada pun mungkin org pilih trail lain,jadi mula² ktrg pun nervous gak sebab permulaan laluan trail tu hanya nampak pokok bertanda merah jer, yg tanda merah ni pulak untuk trail yg jarak 3-4jam. Ktrg teruskan juga naik Alhamdulillah akhirnya jumpa jugak tanda kuning😃. 2 org je dalam hutan masa tu sape tak nervous uiiii haha.

tanda kuning supaya korg tak termasuk salah trail.

dah betul dah laluan ni asik jumpa pokok tanda kuning jerr

cantik kan laluan dia?

tersembam kat sini boleh tercabut gigi😆



open space,menandakan dah sampai atas bukit

Dah sampai sini bermakna dah berjaya rempuh trek hutan selama 30min,ada lagi sejam 
ok dah meredah lebih kurang 1jam 30min (estimate time dari peta,kalau banyak rest mungkin lebihla)
tibala di penghujung trail yang boleh tengok view yg sangat AWESOME!



trun ke pesisir pantai 
Ok turun ke pantai kat bawah tu mari kite photoshoot!


nampak sea stack kat blkg tu







lawa ke tak tempat ni?..haaaa kalau tau cantik confirm sis pakai baju lawa lagi mungkin blh bawak  ala² topi Che Ta ke apa,aduhaii ingat nak redah hutan je kan hahaha. ok ada lagi sila jangan muntah 💕







Air dari pantai masuk jadi macam aliran sungai plk


ok lepas dah bergambar segala bolehla cepat2 balik semula kan. Haa yg lagi bagus trail ni pula kalau korg nak direct datang dgn boat tak payah ikut trek hutan pun boleh,tapi pandai²la negotiate dgn pakcik² boat rasanya mungkin dikira satu boat dalam rm45-rm50 satu boat kot dari office tempat registration tadi bukan dari Jeti Bako. (agak mahal kan,so redah jela hutan tu sejam lebih je😉).

Sea Stack yg memang jadi simbol Taman negara Bako ni,katanya seperti kepala ular


Dah balik ke registration office jgn lupa untuk daftar keluar pula nanti ranjer ingat kita dalam hutan lagi, kat sini sambil tggu masa boat ambil untuk balik jetty boleh ronda dulu mana tau bernasib baik dapat tengok monyet proboscis (monyet hidung panjang)

Die datang apa lagi laju memasing keluar hp,kira bernasib baik la tak perlu cari jauh2

tengok kat sape tuu??

ok jadi untuk ke sini korang kena check juga cuaca, kalau musim hujan biasanya semua trails akan ditutup,mungkin boleh call office diorg dulu sebelum pergi.

Dan nak share jugak makanan2 special kat Kuching ni,sila tengok😍

Laksa Sarawak

mee kolok special letak udang

Aiskrim gula apong terbaikk

pelbagai seafood kat Topspot food court,yg mcm kipas tu wajib try oyster pancake

nasi putih dengan terubuk masin

Kuching ni banyak hidangan dumpling,feveret kot hari2 beli💖
Sugarbun mcm KFC tapi ayam dia berempah blackpepper,kat airport Kuching ada

Ok itu sahaja perkongsian berkenaan Taman Negara Bako,TQ.


























































3 comments: