Kunming&Lijiang,China


Kunming&Lijiang 6D5N

(31Oct-06Nov 2019)


Kali ni travel ke Kunming-Lijiang ni musim autumn kat sana cuaca pun sejuk selesa untuk berjalan²
trip berdua juga dengan travel buddy so ktrg decide lebihkan masa berjalan di Lijiang sebab kat sini banyak scenery yg cantik.

Setibanya di airport Kunming jam 1.30 pagi,rest sekejap dalam 6 pagi ktrg naik domestic flight Sichuan Airlines terus ke Lijiang. Tambang domestic flight ktrg dapat RM148 sehala murah sikit dari high speed train 😍


saje nak try naik flight domestic diorg

selesa ada kerusi urut dimana² kat airport ni.
Sichuan Airlines
beratur kena awal juga untuk drop luggage dan ambil ticket
tunggu luggage: sopan je bear ni,nak bagitau sabar menunggu la kot
Setiba di Sanyi Airport,Lijiang dah ada driver tunggu ececeh gituu..(sebenarnya dah deal dengan host hotel sebab kalau naik taxi mahal sikit,jadi dia tolong carikan org yg boleh ambil ktrg dgn tambang 80yuan satu kereta (bahagi 2org) kalau taxi airport dalam 100yuan atau lebih.
Penginapan sepanjang kat Lijiang ialah Lijiang Yue Tu Inn (sangat recommended!). Owner hotel ni sangat baik dan boleh speaking English fluently. Bilik dan hotel sangat bersih,dan ada banyak kedai2 makan halal berdekatan. Cuma nak ke hotel ni ada tangga kalau ada yg tak boleh naik tangga agak susah sikitla,tapi ada jalan alternatif yg jauh sikit dari kedai2 makan halal ni.


tangga naik ke hotel 
Dapat check in awal setibanya kat hotel ni,siap ada welcoming session lagi minum chinese tea bersama owner hotel,teh pun dia ada jual kalau ada yg nak beli.

cawan teh nampak kecik tp xtau la brp kali die topup kan😂




teh dari bunga purple tu mahal sikit.
berdua tapi ambil bilik utk 4org (2 double beds) sebab nak tido dengan selesa,perangai😆
Lepas dah settle minum teh,dapat masuk bilik rest,pastu keluar mencari lunch dan meronda kawasan sekitar,apa yang best kat Lijiang boleh scroll lagi ke bawah😎.


berbekalkan map dari hotel
makan dulu sebelum jalan😉
Black Dragon Pool (Entrance fee 80yuan)


Black dragon pool ni dibina tahun 1737 pada zaman Dinasti Qing lagi,berlatar belakang kan view of Jade Dragon Snow Mountain dan mempunyai tasik dan beberapa binaan pagoda.










Lijiang Old Town (free entrance)
Kat sini boleh tengok binaan yg masih lama kekal macam kedai² dan kat sini banyak juga port² menarik untuk bergambar rasa macam dalam cerita kungfu dulu².






kedai belakang tu fastfood restaurant,Starbuck,Pizza hut,McD dan KFC
McD kat sini
kawasan old town ni besar,byk blh ronda. 



wood wheel



 Nampak macam tak ada org kan?..hahaha pandai² la korg hadap nanti bila dah sampai sini😆

Jade Dragon Snow Mountain

Untuk ke sini ktrg book pakej dengan owner hotel awal², maksudnya masa kat Malaysia lagi saya dah wechat dengan dia dan bgtau tarikh nak pergi ke JDSM ni. (Rasa cam budak² wechat plk kan,haha) Pakej tu dia akan cari tour guide bersama transport+tiket masuk+cable car naik ke snow mountain+lunch(yg ni depend,ktrg tak ambil sebab tak tahu halal ke tak,malas nak pikir bawak pisang je lunch sana😂). Harga pakej untuk ke JDSM ni ktrg dapat 465yuan seorang.  Walk in ke kaunter cable car boleh tapi bergantung nasib sebab memang sini tourist spot jadi tiket selalu habis.

Peak Snow Mountain



kaunter tiket cable car ke peak snow mountain
 


1st time sis tengok snow depan mata huhu
view dari dalam cable car


kat tingkap dah jadi ais


Dapat juga merasa salji😍


Nasib tak berapa baik sebab hari tu tak dapat jalan naik ke atas lagi sebab ditutup cuaca agak berangin jadi duk posing depan2 kat luar tu jela,janji ada snow kan haha. tapi bukan senang nak posing ye kat mana2 pun penuh local tourist dan foreign tourist aduyaiii😪

ramai model kat belakang😆
kalau tak elak, pic korg jd mcm ni la🙈
macam semut merah.
Lepas turun dari Peak snow mountain ni ktrg naik bas yg akan ke Blue moon valley.
bus stop tempat naik cable car tadi




Blue Moon Valley 




















Ronda² sini kawasan dia besar, kalau cekalkan hati dapatla spot bergambar yang cantik²😄. Nampak macam tenang je kan tak ada orang sebenarnya ramai macam semut,bertabahla ye untuk yg nak ke sini.

Hari ketiga di Lijiang ni pula ktrg ambil lagi satu pakej ke Tiger Leaping Gorge. Kat China ni kalau nak senang nak pergi tempat jauh boleh ambil pakej melalu hotel,sebab kat sini language barrier dia tersangat mencabar dan kalau naik public transport tu boleh makan masa. Harga pakej seorg 383yuan dan sama juga ktrg tak ambil lunch(kali ni bawak telur rebus nga jagung rebus pulak haha). Ok boleh terus scroll kalau berminat nak tahu..

Yangtze River Scenic Spot
Ktrg sebenarnya tak expect langsung pakej ni termasuk ke tempat ni,biasalah tak faham bahasa kan😙. Bila dah sampai driver tu ikut sekali dia jadi guide juga dan bawak ktrg ke tempat electric car(mcm kereta kat pdg golf),turun dari situ ada keretapi comel pulak tengah tunggu. Kat sini tourist tak ramai sgt mungkin tempat baru kot.

Scenic train,slow jer dia bawak nak tengok permandangan.
permandangan pokok2 je
viewpoint belakang dah nampak jambatan gantung 
Selepas turun dari keretapi tu driver selaku guide tu bawa ktrg ke view point,lantai dia transparent boleh nampak pokok segala kat bawah,sini kalau ada yg gayat pun rasanya ok lagi kot. lepas posing kat sini,dibawa pula ke tempat seterusnya. Jalan² tengok kat depan rupanya cabaran dia kena melalui jambatan gantung (suspension bridge) ada 3 semuanya,yg 1st tu jambatan gantung biasa je tapi tinggi juga la (sebab dah biasa naik kat Sabah n Sarawak jadi bg sis no hal punyalah!). Lepas yg tu,jambatan kedua dan ketiga tgk kat bawah owhh transparent/glass lantai dia ye hahaha member dah buat muka tapi dah sebab tak ada Jalan lain dan memang route dia kena ikut jugak. Ni 1st time juga naik jambatan gantung yg bergerak dan bergoyang sambil boleh nampak bawah,untuk org yg tak gayat macam saya rasa seronok jela,tapi kalau korg gayat pikirla 2-3 kali sebelum ke sini,nanti nangis plk haha.


on the way ke route jambatan gantung.
tinggi tak?..memang tinggi pun haha


boleh nampak bawah.
 Melepasi ketiga²jambatan gantung tu,nak turun ke bawah bukan dengan tangga ye,kena slide macam gambar dalam terowong kat bawah ni,slide cuma pakai gloves dan  sejenis seluar yg diorg sediakan (ada getah supaya tak gelongsor laju sangat). Best ok slide ni haha cubala kalau nak tahu.


terowong tu nanti tempat slide turun
macam gelongsor tapi tinggi jugakla ,ni dah dekat nak sampai baru blh keluar hp haha..best😻
ni ada org tgh turun nak pegang kamera sndiri susah sebab takut terbabas haha
Dah habis slide ktrg dibawa lalu kawasan terusan dan ada kincir air semua,kawasan ni memang nature dia masih terjaga.





member da penat gigil naik jambatan la ni ambil pic jadi kabur haha😝
Kami ni follow je guide ni bawa ikut route dalam Yangzte ni tanpa tahu apa next nak lalui,yela sebab tak berapa nak faham kan haha,kami ada communicate guna wechat(dia taip guna bahasa dia so boleh click translate terus). Tapi jenuh juga dia pun nak menaip je kan so follow je la💆.Umpama surprise gitu tak tahu apa tetiba je ada depan mata.
Ok next surprise pulak, ada lagiiii kali ni tetiba pula kena naik banana boat hahaha,acik die😲,sis punyala pakai shawl segala cantik² kunun, sekali dia suruh naik banana boat,laju je keluar handphone tanya kat wechat 'Are we gonna be flip over and wet?. Guide tu senyum buat isyarat tangan kata tak,uishh nervous betul ke tak dia ni ntah. Bila turun kat tepi tu banana boat datang rupanya diorg dah cantum 2 banana boat lepas tu siap ada enjin,kiranya jadi boat jela nasib baik huhu..

banana boat berenjin dah sampai
ronda guna banana boat pulak
kelakar juga tapi seronok la dengan surprise² yg ada😃
Dah settle semua electric car datang ambil kat daratan dan bawa ke tempat kereta semula,habis dah route dia.
Sebelum dihantar balik tu ada tempat berposing diorg stop sekejap
Dalam electric car.
Tiger Leaping Gorge
Lepas tu kami bergerak Tiger leaping gorge. Kat sini biasanya org akan singgah ke Shangrila sebab dah sempadan,tapi kami hanya ke tiger leaping gorge je.

turun sampai bawah ni boleh tengok canyon yang air die deras teramat









Hari seterusnya ktrg bergerak ke Kunming, naik high speed train(2jam50min) harga sehala 220yuan. Ktrg book tiket dekat satu kaunter tiket area Lijiang. Kalau dari hotel ktrg stay tu berjalan dalam 10minit (minta org hotel tunjuk dalam map). Beli kat kaunter diorg akan cas 1 tiket 5yuan je(book awal lagi better takut tak dapat tiket dgn masa yg sesuai).

tempat beli tiket train.
Train station kat Lijiang




ruang kaki yg selesa
ada pramugari dlm train jugak😙
Setibanya di Kunming,ambil taxi ke hotel. Hotel seterusnya ni jarak tak jauh sangat dgn airport,sebab ktrg plan nak jalan sungguh² ke Kunming yg ada 2 hari ni (last day Kunming flight jam 2.30pagi balik KL). Hotel ni Zhaoxiangju hotel Changshui sangat tidak recommended!.Ktrg delay check in tak dapat masuk bilik hampir sejam lebih sebab masalah komunikasi,yg sambut ktrg masa tu makcik,dia dah kejut anak dia(yg jaga hotel tu) dan bolehla sikit speaking english bangun tapi tak nak bangun tidur(waktu lepas asar ko tidur beriya sangat pehall wei!!😠),geram pulak kan lepas tu ktrg minta juga nak masuk bilik dan bagitau dah booked bilik yg macam mana,makcik tu bagi masuk dulu sebab dah tunggu lama.

Settle naik rest segala ktrg turun balik untuk pergi cari makan. Lepas makan tu ke kaunter hotel lagi kali ni baru anak dia ada, sebelum tu dah ada tanya makcik tu pasal pakej ke Stone forest sebab malas nak pening² naik public transport,diorg call org yg biasa buat pakej tapi org tu kata dia tak nak bawa ktrg nanti banyak masalah sebab kitorg tak tahu bahasa cina,pastu siap cakap susah pergi sana sendiri..haihhh terhina pulak rasa, takpa la ingat ktrg tak tahu pergi sendiri ke😤. Dtg China ni kalau tak blood pressure naik tak sah hahaha..sabar²😵

Stone forest (Entrance fee 130yuan+25 electric car)
Kepada makcik dan anak dia kat hotel Zhaoxiangju tu,kalau ada baca blog ni sila ambil perhatian, ktrg boleh jela pergi sendiri ke Stone forest tu mari sini nak bagitau macam mana :

*Walau dimana area Kunming pun korang berada boleh google cara ke Kunming Eastern Bus Station

Dari hotel ktrg ada 2 cara untuk ke Kunming Eastern Bus Station,naik bas no.011 ke subway station Dabanqiao atau terus naik taxi je.
Sebab tak jauh dari hotel ktrg datang sini naik taxi jer.
*Kat Kunming Eastern Bus Station ni ada bas direct ke Stone forest,ya ampun senang betul haha.(perjalanan ke Stone forest tu dalam 1jam30min).


berhadapan dengan Eastern bas station tu ada subway station.
kat luar station bas tu dah nampak tulisan kat atas ni.
mata tu rajin² la tengok signboard ke apa ye.
Dah sampai ada Asyima(panggilan utk perempuan kat kawasan stone forest)naik untuk explain ofkos sis tak paham haha)

*Ada banyak lagi cara ke sini,boleh juga naik bas direct dari airport,atau naik train tapi kena cari sendiri la ye mcm mana💁
Kat dalam Stone forest ni korang boleh pilih nak jalan sendiri atau bersama guide,ktrg pilih untuk ambil guide (english speaking guide ada), untuk guide english hanya ada 5org je kira nasib la ada yg available tak.Tambahan 100yuan untuk guide,ktrg berdua jadi sorg 50yuan.Ronda dalam ni pula sekurangnya ambil masa 2jam. Ambil guide die akan bawa ronda tempat yg ada spot menarik lagipun ktrg perlu kejar masa sebab malam tu flight balik KL😅








base bawah tu kecil je,macam mana batu besar ni boleh tak tergolek?


yg ni ada yg dah jatuh 




ni guide ktrg kat stone forest,banyak sejarah dan info boleh dapat.
electric car ni yang digunakan dalam ni.
Dah habis meronda pergi la semula ke tempat bas express tadi dan beli tiket balik ke kunming.


Di Kunming ktrg sempat meronda area berdekatan jela,tengok pasar dan cari makanan halal. Kat Kunming dan Lijiang ni memang senang nak cari kedai makanan halal,banyak. Kalau kat Guilin agak susah nak cari kedai makan halal. nak tahu pasal Guilin boleh click sini Guilin,China

pasar berdekatan hotel ktrg
jumpa kedai roti halal


kalau datang China ni memang kena try sup daging atau kambing sedap😋
dumpling semestinya.
kedai makan area Lijiang dekat je antara satu sama lain senang nak pilih


portion besar ni saya share je dgn member
 pilihan grill ni biasanya diorg perap dengan cili kering pedas dan mmng best!
bila keluar menu tanpa gambar💃
Bila ada kedai makan yg menu dia tanpa gambar mcm pic atas tu,ktrg pun keluarkan translator (camera/pic translator) tapi translate jadi kelakar semua menu macam tak relate pulak dengan makanan,hahaha boleh tahan macam berperang la jugak nak order sampai tukang masak,pekerja semua keluar nak explain,siap saya ikut gi dapur lagi nak tengok bahan², lawak betul last² ada customer yg tahu speaking english dtg tolong, ikut dia ke meja dan terhasil la menu makanan ktrg hari tu😘 

daging cincang+mushroom
kentang goreng with chilli
Ok dah habis penjelajahan di sini,ada beberapa tips nak share untuk ke Kunming dan Lijiang atau ke China:
  • Sana diorg block Google,Fb,IG dan beberapa apps yg kita selalu guna jadi download Vpn atau roaming ataupun beli je simcard dari Malaysia siap² (saya beli simcard Tune talk kat klook so boleh guna semua tak perlu download vpn dah)
  • Download siap² apps Wechat dari Malaysia-untuk memudahkan communicate dengan org kat sana.
  • Boleh bawa makanan untuk breakfast sahaja,makanan kat sini senang nak cari halal (kebanyakkan kedai makan buka dalam jam 11am@12pm). 
  • Pastikan kat Hp anda juga ada translator voice atau camera (nanti nak order makanan pun berguna)-Ktrg dah guna translator kt hp untuk baca tulisan menu pun tetap tak faham,translate jadi ntah ape2 jadi good luck la ye😂
  • Tips lain macam pakaian semua korg check weather sebelum pergi,pastu kaji siap² macam mana nak pergi ke satu² tempat kalau perlu book awal tiket contoh cable car kat Jade Dragon Snow Mountain tu boleh cuba deal dengan host hotel tempat korg nak duduk nanti. 
Ok sekian dulu untuk cerita di Kunming&Lijiang😃 untuk entry tempat lain² boleh tengok kat Home




















































No comments:

Post a Comment