Ketam masak salted egg

 

Resepi seterusnya ketam masak telur masin. Kalau nak buat udang atau ayam pun guna resepi yang sama dan sgt ringkas sahaja bahan-bahan dia.

bahan-bahan:
Ketam/Udang/Ayam
telur masin
butter
bawang putih
cili api
daun kari
susu pekat 
 
cara membuatnya..
Salutkan ketam/udang dengan serbuk lada putih dan tepung jagung sikit. Kemudian goreng. Dah masak ketepikan dan sediakan bahan seterusnya.


Bahan utama iaitu telur masin tu ambil kuning telur sahaja,kalau nak campur sikit yg putih sebab tak nak membazir pun boleh. pastikan ia dihancurkan boleh ditumbuk atau cincang. 
Lepas tu boleh la masukkan butter dan mulakan tumis bawang putih seulas yg telah dicincang halus. 

masukkan semua bahan-bahan, cili api,daun kari dan telur masin.
                                       
kemudian bolehla masukkan sedikit garam dan sesudu susu pekat. kalau lebih suka kuah yg banyak bolehla tambah susu segar sikit. Tapi sis lebih suka yang tak banyak sangat kuah
Bila dah cukup rasa masin,manis pedas sikit-sikit,bolehla masukkan ketam/udang yg telah digoreng tadi dan siap!😋

Senang sangat neh resepi..selamat mencuba😄


Resepi Sup Bebola Ikan tenggiri

 

Memandangkan sis mengutamakan untuk memasak makanan yg sihat jadi kat sini nak share satu menu yg menjadi salah satu makanan favourite,iaitu sup bebola ikan tenggiri. Sangat senang nak masak sup ni,boleh tengok bahan dan cara2 memasaknya di bawah.

Bahan-bahan:
Ikan tenggiri (1-2keping)
Bawang putih
Serbuk lada putih
Minyak bijan
Kiub ayam
Garam
Tepung jagung
Sayur bayam
Mee kering (terpulang nak guna mee jenis mana)

Ok cara nak membuat bebola ikan semestinya kena ada ikan😆.Asingkan isi dari tulang dia lepas tu tumbuk je guna lesung,kalau nak blend pun boleh asalkan isi ikan hancur dan senang nak jadikan bebola.
Kenapa ikan tenggiri? sebab sis suka makan ikan2 kayangan mcm ni haha😝..terpulangla korg nak buat bebola ikan ape pun yang penting kena rajin asingkan tulang..haa mesti duk pikir ikan tenggiri ni jugakla jawab die paling mudah nk asingkan tulang kan..

ini dia rupa isi ikan yg dah ditumbuk atau blend.
lepas dah blend isi ikan tadi boleh la masukkan sedikit bawang putih(seulas kecik atau half je). Kalau tak nak letak dalam isi ikan ni pun ok jer. Kemudian masukkan garam dan serbuk lada putih.

nampak bawang putih versi pemalas ketul2 tu haha
Last sekali untuk bebola ikan ni letak tepung jagung sikit, jangan banyak sangat nanti bebola jadi keras,
pandaiagak kalo 2 kpg ikan tu dalam half sudu besar. Itu je, senang kan?

tak apa melekat tu biasa,kalau susah nak bulatkan guna sudu je
Ok next step didihkan air untuk buat sup. Masukkan isi ikan yg dah sebati tadi sikit2 dan bulatkan,kalau tak berapa nak bulat tu biasa nama pun homemade kan😁. biarkan beberapa ketika sehingga bebola tu masak kemudian masukkan secubit kiub ayam dan garam (ajinomoto sis tak masukkan memandangkan kiub ayam tu pun dah mengandungi perasa). masukkan pula serbuk lada putih ke dalam kuah sup.

serbuk lada putih dan garam secukup rasa.
Last sekali,bila sup semua dah sedap dan siap barula masukkan sayur bayam (guna baby spinach) kira 1 minit terus toskan sayur bayam dan asingkan supaya zat sayur tu tak hilang😁. Letak minyak bijan sikit dan siapla sup bebola ikan tenggiri!.

sis suka makan baby bayam macam ni 
Sebelum dihidang boleh celur mee kejap dan nanti nak makan boleh masukkan ke dalam mangkuk sup. Kalau nak makan dengan bihun ke kuetiaw pun boleh. Dan jangan lupa juga sediakan minyak bawang putih (goreng bawang putih yg di cincang halus).

contoh sayur dan mee yang dah siap dicelur

bawang putih yg digoreng kekuningan

boleh buat cili kicap ni juga untuk yang suka makan pedas.
Masukkan dalam satu mangkuk dan siap untuk dimakan!
masa pic celur tadi mee bentuk lain,dah hidang bentuk lain pulak..biasa la magic sekali sekala😂.

untuk resepi homemade bibimbap boleh click Bibimbap

Bibimbap homemade

 

Bila dah pkp berulang-ulang ni,macam2 la tekak rasa nak makan kan, jadi dengan masa yg banyak kat rumah yela work from home dah setahun lebih neh jadi kita try buat bibimbap. Sangat mudah cara buat seperti dibawah:

Bahan-bahan:
Nasi putih
Daging atau ayam 
Telur 
Timun
Cendawan
Carrot
Bayam
Taugeh (sis tak beli hari tu guna apa yg ada je)
Sos Gochujang


Untuk daging,perap sekejap dgn biji lada hitam (tumbuk),kicap manis  dan sos tiram lepas tu grill atas frying pan letak olive oil sikit.
 
Bahan2 sayuran pula boleh parut atau hiris nipis kemudian goreng juga sekejap dengan olive oil atau boleh di celur sekejap. Pastikan dimasak asing jangan dicampur semua bahan,belum masanya lagi untuk campur😁. Selepas bahan2 sayuran dimasak boleh letakkan minyak bijan sikit.

kalau tak letak pun tak apa ikut selera memasing.

Jangan dilupa goreng telur mata 
Ok untuk nasi pula ada yg letak minyak bijan sikit tapi sis letak minyak kelapa sebab tadi kat sayuran dah ada minyak bijan. letak sekadar nak bagi ada aroma wangi kat nasi.

minyak kelapa dara ngkoo..bukan nak promote, kalu suka blh letak apa2 brand pun 

Sos pula sis guna yang ni atau boleh cari yg sos bibimbap brand sama. Ada dijual kat family mart atau jaya grocer

Ok dah boleh susun Bibimbap kita dan kalau boleh guna mangkuk atau bekas bulat barula korea kan😎
mulakan dengan nasi, telur kat tengah2 dan kemudian daging,sos gochujang dan sayur di sekeliling bekas. Siap!

boleh tabur biji bijan (sis xdok minyak je adaaa😚)

So bila nak makan gaul kan semua yang ada dalam mangkuk tu..sekali tengok macam nasi goreng plk haha.. 
healthy food dan makanan bajet rendah kata orang haha

Untuk resepi sup bebola tenggiri boleh click Click here.