Tempat makan best di Ipoh

 

Sempena musim covid yang tak habis-habis lagi ni kita meronda mencari makan di utara Malaysia jela๐Ÿ˜˜.Ipoh menjadi pilihan untuk kami jalan-jalan  cari makan memandangkan banyak tempat makan best disana. Saya share disini tempat makan sempat kami pergi, ok tak perlu banyak cerita ajumm tengok lokasi dan apa antara makanan best di Ipoh!

Restoran New Hollywood 
Tempat makan ni seperti food court, pelbagai makanan menarik dari makanan melayu,cina dan india. Antaranya nasi lemak, mee kari, mee udang, char kue tiaw,roti bakar dan banyak lagi laa..

Jgn lupa try fried yong tau fu sedap digoreng garing.
Pastikan anda datang pagi ke sini sebab banyak hidangan untuk sarapan. tapi kalau musim cuti memang gigih jugala untuk beratur nak masuk kedai ni.

Canning Dim Sum
Restoran Dim sum ni bersebelahan dengan restoran New Hollywood. Kiranya kalau tak ada apa nak buat lepas breakfast kat New Hollywood boleh terus ke Canning dim sum๐Ÿ˜‚,melampau kan..
Pelbagai jenis dim sum disediakan disini, dari yang masak stim sampai la yang bergoreng. Pekerja dia akan bawa dulang yg penuh ke setiap meja dan kita boleh pilih nak makan yang mana. Bukan sekali dia datang,berkali2 sampai korang dah tak mampu nak letak sebab meja dah penuh.๐Ÿ™† 



favourite bun -custard+salted egg bun
Ipoh Hainan Chicken Rice
Antara menu popular bila dah sampai Ipoh ialah nasi ayam. Nasi ayam kat sini dimasak ala2 chinese style atau baba nyonya,sesiapa tak pernah rasa bolehla singgah.

Ayam boleh pilih banyak jenis masakan,roasted,stim,lemon 
Disebabkan kami datang berempat jadi kami ambil set dapat free lemon chicken dan tauhu goreng crispy. Best yang amat tauhu tu recommended to try!๐Ÿ˜‹

Laksa Saranghae
Kalau sebut laksa utara memang ramai yang dah pernah makan,ada kat merata-rata negeri dah org jual kan, tapi kat sini special dia ada telur sarang yg dimakan bersama laksa. Boleh pilih nak telur rebus biasa atau telur sarang. Sedap! tengok gambar pun dah terliur๐Ÿ˜.



Mee Udang Ketam Sempoii Diraja
Restoran ni dibuka petang ke malam, menu utama mee udang yang dimasak dengan seafood. Ada juga menu-menu lain kalau korang nak cuba. Harga makanan disini agak berpatutan dan pemilik kedai dia tersangatla baik dan ramah. Boleh datang dan rasa sendiri mee udang sempoi di kedai ini.


Yg ni special ketam+udang

Tetiba order milo dinousour,cam budak2๐Ÿ˜„

Soda gembira 
Greentown Dim Sum Cafe
Untuk penggemar dim sum macam kami ni kalau hari-hari makan dim sum pun tak apa jadi kami singgah pula ke kedai ni. Konsep order kat sini berlainan dari Canning, disini pilih dari buku menu dan order,bagus juga untuk org yg pantang tengok makanan sedap depan mata kan tak adalah semua nak ambil๐Ÿ˜   



Itu saja setakat yg mampu kami pergi untuk 3hari di Ipoh,next time boleh ronda2 cari makan kat sana lagi.๐Ÿ˜





No comments:

Post a Comment