DAY 1 (TOKYO)
Ueno
Park (Park Exit)
Kat sini taman dia agak besar dan menjadi
salah satu park yg ramai dikunjungi terutama pada musim luruh, tujuannya pakat
nak tengok pokok-pokok yg pelbagai warna dan sgt sesuai untuk lepak-lepak cuci
mata.
![]() |
kata autumn kan kena la ade daun kuning ni.. |
Lepas puas meronda di Ueno Park, kami bergerak pula ke Odaiba,sebenarnya saya terus ke sini sebab nak tengok persembahan live yg diadakan kat sana Dream Yosacoy Festival (check masa kt Malaysia lagi events yg menarik baru susun itinerary yer) boleh check events kt link ini Japan Events
Odaiba ni memang besar ada Statue of
Liberty,Gundam,Toyota showroom, odaiba park dan banyak lagi. Nak ronda sini
paling kurang diperlukan min 2jam.
![]() |
dalam pameran Toyota |
![]() |
saje nak promote mineral water perasa teh ais ni sedap |
![]() |
Statue of liberty Japan |
Balik semula ke belah sini,sepatutnya kalau tak ada event kt Odaiba korg blh terus ke sini dari Ueno Park sebab dah tak jauh. Takeshita street adalah tempat yg agak sesak dgn remaja2 atau jadi tumpuan tourist sebab nak tengok orang2 yg berpakaian cosplay,macam2 fesyen ada, disini juga banyak kedai2 dan paling best ada Daiso yg agak besar dan korg boleh shopping souvenir dlm Daiso ni. Jgn lupa beli pen bullet train semua harga 100yen. Kat hujung deretan kedai juga ada jual biskut kapal yg murah. Berdekatan dgn Takeshita street ni juga ada kedai Luke’s Lobster yg ramai sebut2 tu, bertabah jela untuk beratur beli roti lobster tu..haha
![]() |
Takeshita street sesak dgn org ramai |
Akihabara
Sebelum balik ke hostel petang tu kami ke
Akihabara. Kat sini best datang waktu malam sebab meriah bebenar dgn lampu2 dan
paparan iklan dibangunan2 yang memang happening. Untuk gamers dan peminat
patung2(watak2 kartun pggil apa ntah) kat sini sangat banyak kedai2 terbuka
untuk anda. Ada juga kedai BIC camera yg jual kedai Gshock (pilihan byk dan byk
cawangan). Lepas ronda balik hostel.
DAY 2 (TOKYO)
Kawaguchiko, Mount Fuji (naik bas di Tokyo Station Yaesu South Exit)
Saya pilih bas sebab boleh jimat masa dan
direct ke station Kawaguchiko. Tiket dah reserved dari Malaysia secara online
boleh click highway bus atau bus online perjalanan adalah 2 jam jadi boleh tengok view sepanjang
perjalanan, kalau tak tidur la kan. Bas akan berhenti di beberapa station
seperti pilihan tiket yg kita beli jadi check destinasi mana nak turun. Kami
direct turun di station Kawaguchiko sebab nak ronda dan tengok Mount Fuji.
Omni Bus (bas ronda2) semuanya
ada 3 Line(route yg berbeza). Boleh refer map dalam link ni Omni bus dan boleh susun korg nak ronda2 area
mana. Pass paling minimum 2 hari valid untuk guna ikut bas warna route yg
dibeli. Saya beli pass green dan red route. Tempat2 yg dipilih termasuk Kachi
Kachi Mount (naik ropeway),Saiko iyaashi no dan Lake Kawaguchiko. Ok boleh tengok
gambar2 kat bawah ni :
Kachi2 Mountain Ropeway
![]() |
nampak tak org beratur panjang nak naik ropeway tu jd sila la dtg awal pagi |
![]() |
View dari atas ropeway |
Saiko Iyashi no
Disini korg boleh sewa kimono dan baju ninja untuk lelaki. Sewa kimono 1000Y Dengan view yg cantik memng superb! Dan jgn lupa juga try Fuji apple yg ada jual kat pintu masuk,manis dan juicy tak rugi beli harga 300Y sebiji π.
Disini korg boleh sewa kimono dan baju ninja untuk lelaki. Sewa kimono 1000Y Dengan view yg cantik memng superb! Dan jgn lupa juga try Fuji apple yg ada jual kat pintu masuk,manis dan juicy tak rugi beli harga 300Y sebiji π.
![]() |
tu dia tulis pun bahasa melayu dah,tak beli lagi tak taulaπ |
DAY 3 (Tokyo)
Tsukiji Market (Tsukiji Station)
Kat sini boleh cuci mata tengok street food dan pasar diorang. Boleh juga tengok diorg buat sushi dgn ikan2 segar. Boleh tahan ramai juga la orang ke sini baik local ataupun tourist.
![]() |
besar kepala ikan ni..badan die dah kena buat sushi |
Ginza (Jalan kaki)
Nak dijadikan cerita lepas ronda di Tsukiji
Market tu, check google maps tgk Ginza dlm 15 minit jalan kaki. Apa lagi
menapakla kitorg dgn harapan nak tengok tempat org2 kaya Jepun shopping. Tapi
aduhai jauh sungguh, akhirnya sampai juga. Kat Ginza ni banyak butik2 terkenal
mcm Gucci, Chanel, Bvlgari dan lain2. So kami pegi cuci mata je la.
![]() |
Dipamerkan dalam kedai area Ginza |
Shibuya (Shibuya Station-Hachiko Exit)
Tujuan utama ke Shibuya ni memang
sekadar nak join lintas2 jalan kat Shibuya crossing tu je. Beberapa kali buat2
busy lintas jalan ke hulur ke hilir sampai puas hati pastu ktrg ke statue of
Hachiko. Ramai kot org nak bergambar dgn statue Hachiko ni,jadi pandai2 la
menyelit. Kat area Shibuya ni pun sebenarnya banyak kedai2 juga seperti H&M,
Uniqlo dll tapi ktrg tak singgah pun sibuk duk lintas jalan je haha.
Shinjuku Gyoen National Garden (Shinjuku
Gyoemmae Station-Exit 1)
Destinasi
seterusnya saya ke Shinjuku Gyoen, tujuan untuk masuk park sebab kalau pergi
musim luruh tempat ni patut masuk dalam list. Masuk last ke taman ni jam 4 petang,
spend masa lama sikit kat sini untuk ronda2 taman yang agak besar dan
boleh juga lepak2 bawah pokok sambil cuci mata π.
Halal Ramen Ouka
Perut dah berbunyi jadi kita singgah makan
ramen dulu. Antara yang recommended juga kedai ramen ni sebab makanan dia best,
pekerja yg ramah (student kat Japan dari Malaysia dan Indonesia). Restoran ini
tutup jam 10 malam.
Laox Shinjuku
Sebelum balik ke hostel, kami singgah dulu di
Laox. Kat sini ada jual makanan2 halal juga. Kalau ada yang nak cari green tea
pun ada banyak pilihan. Bolehla datang jenguk2 kat sini,muslim friendly dan ada
juga disediakan tempat solat.
Asakusa- Nakamise Street ( Asakusa Station - Exit 4)
Lepas check out dari Planetyze hostel kami
ke Nakamise street di Asakusa. Jalan sekitar kawasan dan di hujung Nakamise
street ada satu temple besar, Sensoji Temple. Area sini juga boleh naik beca
abg sado yg hensem..tapi ktrg tak naik pun mahal jugak jadi kami cuci mata
tengok diorg tarik beca jela,haha. Kalau rajin berjalan sikit melalui tepi2
taman,sepanjang jalan tu boleh nampak Tokyo Skytree, disebabkan ktrg tak pergi
ke Tokyo Skytree jadila bergambar kat situ.
![]() |
Asakusa (Nakamise street) |
![]() |
katanya ramai tak dapat bergambar sini sbb penuh,tp time sy nak begambar semua xjadi lalu mcm bgi laluan plk kan haha |
Seterusnya saya ke Hibiya park pula, sebenarnya tak ada dalam itinerary pun tapi disebabkan masih banyak lagi masa jadi kami ke sini. Park ni tak terlalu besar macam kt Shinjuku Gyoen National Garden tapi bolehla pusing2 nak tgk’daun gugur dihatiku’.
Lepas
habis ronda ke sekitar Hibiya ktrg balik hostel ambil luggage yg disimpan dan
terus bergerak ke airport. Next destination Osaka,here we come!!. Selain dari
flight boleh naik bullet train, atau train biasa atau bas bergantung pada
harga,masa,dan kesesuaian korg. Masa beli tiket flight domestic Peach airlines ni harga
lebih kurang 4000y. Tiket promo sentiasa ada dan lagi murah kalau rajin cari.
bersambung di entry Osaka&Kyoto
bersambung di entry Osaka&Kyoto
sk715 fake bags online dd086
ReplyDelete