Tempat Menarik New Zealand Part 1

New Zealand 6 Sept-17 Sept 2018 
(Auckland-Wellington)

Tiba di Auckland airport, terus check in Kiwi Airport backpackers bermalam kat situ sebelum ambil kereta area airport keesokkan harinya.

kereta book online harga untuk 3hari NZD105+84.75(insurans).

Toyota Yaris,pink kaler diorg bagi haha
Hobbiton Movie Set
(Matamata i-SITE Visitor Information Centre)
tiket masuk boleh juga book online,tapi kena sampai tepat pada waktu la ye,jadi sebab tak nak ambil risiko kitorg beli je kat kaunter. Memang cantik kawasan untuk penggambaran movie hobbit ni,ada ladang biri2 juga. Rumah2 hobbit tu rasanya takdela banyak mane tapi kawasan sekitar luas dan cantik. tiket masuk tu sekali dengan tour guide dan kita hanya meronda kawasan dalam ni lebih kurang 2 jam dan gerak by group..huhu










habis ronda sini bergerak ke Hamilton. singgah tepi jalan sebab nampak haiwan2 menarik..haha tak pernah tengok 😃

pakai winter coat ke tuuu😉


Lebih kurang 40minit perjalanan sampai la Hamilton. Sini kami check in Backpackers Central Hamilton. Sebelum tu sempat singgah ke Hamilton garden. Musim yg pergi ni musim penghujung winter nak masuk ke musim bunga.




Next day check out dan terus gerak ke Waitomo Gloworms Cave. Sesiapa yg suka masuk cave boleh la datang sini. Menariknya masuk ke gua ni menggunakan perahu  untuk tengok gloworms ni, nak ambil gambar gloworms ni plk tak boleh guna flash jadi bawakla kamera canggih kalau nak ambil gambar,sbb kamera ktrg guna handphone je jadi tak dapat nak share sini yer,kalau nak tengok sila gi sendiri😂




Tak ambil pic pakej2 jadi abaikan org yg kat depan tu ye,nak bgtau ada byk pakej combo nak masuk cave saja pun boleh..

National Park Village
Lepas tu bergerak pula ke National Park Village. Kat sini tempat kalau nak main luncur salji. Di hotel atau hostel ada ditawarkan pakej2 untuk meluncur salji. Ktrg saja pilih route masuk ke National park ni bukan sebab nak gi meluncur pun😞. Kat sini check in Howards Mountain Lodge.



view sepanjang jalan.
kalau ada masa boleh berjalan2 sekitar.
Lodge ni nampak buruk je tapi kat dalam selesa,ada heater lagi

Hari berikutnya bergerak menuju ke Wellington. Melalui route Taihape,pekan kecil yg terkenal dengan penduduk yg suka berburu.

kasut berburu di pekan Taihape.
Wellington,NZ
Brooklyn wind turbine
Sebelum hantar kereta naik ke kawasan Brooklyn wind turbine ni dulu,agak mencabar naik ke sini jalan sempit dan berbukit,kawasan rumah org. Boleh tengok banyak kawasan di Wellington ni curam atau berbukit dan ada kawasan penempatan. 

dari jauh je nampak

view from top..nampak bandar Wellington


jumpa plk dinding lukisan graffiti ni



 Hantar kereta sebelum jam 7pm di Wellington. Kat New Zealand ni boleh sewa kereta kat tempat lain dan hantar kat tempat lain asalkan ada cawangan company yg sama kat tempat yg kita nak hantar balik tu,jadi tak perlulah patah balik Auckland untuk hantar kereta kan.

Tiba di Wellington dan terus pergi check in kat Willis wellington hotel.

harga hotel ni agak berpatutan di kawasan Wellington ni.
Cuba street
Hotel ni berdekatan dengan Cuba street, ada beberapa kedai halal juga area Cuba street ni. Antara yg halal burger kat Burgerfuel,dan masa nak order tu pastikan request halal menu dan diorg akan guna bahan2,dapur dan utensils asing untuk masak burger halal.😊



Burger dia terbaik,juicy daging burger ni..sedap

Stay 1 malam je kat Wellington,esoknya pagi2 dah gerak ke airport untuk ke bahagian South pula.
sampai je airport Christchurch terus ambil kereta sewa lagi. 

Campervan untuk 2 orang
Kali ni besar sikit ktrg guna Mini Campervan kereta dia guna Toyota Estima . Kalau nak jimat pergi berdua boleh ambil jenis mini campervan ni,tapi kena tahan sejuk sikitla sebab tak ada heater,😁 tapi kalau nak,boleh tambah ambil cable yg boleh sambung ke power mase kat campersite.


ada dapur untuk masak
boleh laras untuk jadi tempat duduk
Untuk jadikan katil kena tarik besi kat tempat duduk tu dan pusing seat driver dan co driver tu..


berpeluh juga nak pusing seat depan nak jadikan katil ni haha

Ada plug usb kiri dan kanan untuk cas handphone,kamera segala.

Sebelum memulakan perjalanan yg jauh,ktrg singgah kedai Maihan untuk beli bahan2 mentah untuk masak sepanjang kat area South ni. Kedai Maihan ni ada lauk timbang dan paling murah daging kambing😍


Waze je nama kedai Maihan ni boleh jumpa. Kalau tak silap dalam 15min-20minit dari Christchurh Airport.


canned foods ni kena tengok betul2 expiry date kat kedai ni😖
minyak canola murah😍


Bersambung ke bahagian South NZ pula boleh click sini😂 Tempat menarik New Zealand Part 2





























No comments:

Post a Comment