Kota Kinabalu 2022

 Kota Kinabalu


Sambungan dari entry kundasang. Kat KK ni saya duduk kat Promenade services apartment ambil dalam snap untuk 5 malam sebab masa beli tiket tu beli dari Snap lagi murah. Walaupun hanya 2 malam je duk kat KK dan terpaksa tambah duit untuk bayar hotel lain di Kundasang tetap murah dari beli tiket flight sahaja. Cuma service apartment ni takla semegah hotel mewah tapi okla bersih,lokasi strategik  dan banyak kedai makan kat bawah apartment. 

Ok dah sampai KK kitorang hantar kereta sewa sebab di KK ni kitorang akan naik grab jer. So destinasi pertama di KK ialah mencari makan malam iaitu seafood!

Todak Waterfront Hawker Center
Dibuka jam 5pm hingga tgh malam. Kat sini banyak gerai2 dan get ready jela akan dipujuk rayu oleh peniaga2 kat situ untuk pilih seafood dan makan kat kedai diorg. Niat dihati nak pusing2 satu kawasan tu dulu tapi hari 1st ke sini tak sampai separuh jalan dah termakan pujuk hahaha lemah!.






yg ni memang terbaik fresh latok cicah dgn sambal belacan pulak sedapnyerr

lobster masak butter tapi terlalu garing plak dia..

ikan kerapu masak stim halia

ketam masak cili

untuk lobster tu dapat dlm rm60 seekor ngam la untuk 2 org makan. Dan kepada sesapa yg belum pernah cuba latok mesti kena try sedap ya ampun😋.

Manukan &Mamutik Island
Sekadar nak menghabiskan masa kat KK sebelum balik KL so kami amik pakej island hoping ke 2 pulau ni. Kat jetty tu nanti korg boleh pilih mana company yg nak,banyak dan kalau masuk tu kena tahan telinga jela jerit2 nanti diorang panggil korang nak mintak ambik pakej dgn diorg.

Manukan Island
kali ni ktrg cuba aktiviti yang baru iaitu Sea Walking. bayaran untuk seorng RM150 tetapi berbaloi sangat dapat tengok ikan2 di dasar laut. Sea Walking ni sesuai untuk org yang tak pandai menyelam haha..akan ada conduct dan dijaga oleh penyelam2 pro yang akan sentiasa memastikan kita jalan ikut track yg dipasang tali kat dasar laut tu. Helmet tu berat dalam 46kg dan bila dah pakai tu terus je korang tenggelam ke dasar. Pengalaman yg cukup menarik untuk dicuba😊


lepas aktiviti Sea Walking, kami bergerak ke aktiviti seterusnya pula Parasailing. Yang ni ramai dah cuba kan,memang seronok dan yang pasti diorang akan pastikan angin cukup baik hari tu untuk bawak korang terbang tinggi. 


balik dari aktiviti parasailing boleh buat hal sendiri,kalau nak snorkeling pun boleh,nak cari makan pun boleh.
Disebabkan ktrg ambil 2 pulau so kami bergerak pula ke pulau Mamutik. Kat sini tak ada aktiviti dibuat selain snorkeling atau bersantai2 sahaja. Antara pulau yg bagi saya sangat cantik dan kalau nak tengok biawak pun banyak kat sini😆





petang tunggu boat datang jemput untuk balik ke daratan dan memburu seafood lagi kat todak waterfront.
Nak share juga makanan best kat area bawah tempat kami menginap di Promenade Services Apartment,ada gerai soto,ayam penyet mie ayam dan beberapa gerai makanan lain. So kami sempatla try soto ayam makassar dan bakso memang terbaik,kalau korang menginap berdekatan area sini boleh cuba makan.











 



Tempat Menarik di Kundasang,Sabah

Kundasang,Sabah Feb 2022

                          
Kembali lagi kita u olls,blog bergambar sambil bercerita seperti penglipur lara haha. Percutian ala2 oversea sebab confirm kena naik flight nak datang sini tak ada pula jalan darat kalau feri ada la kot, ada ke?.

Okla malas nak banyak sembang sebab busy melampau sejak wfh neh,tapi sebab macam ramai plak duk jengukblog sis jadi rasa bersemangat nak update pasal travel ke Sabah ni😁. Alkisahnya sebabkan cuti raya cina tahun ni cam panjang sikit so kita pun belila tiket ke Kota Kinabalu,ngam sekarang dah tak perlu result pcr dan masuk ke Sabah cuma perlu isi borang declaration online. Jadi percutian 6 hari ni mana nak pergi dan apa aktiviti yang dapat buat kt sana?

Ke KK ni saya ambik flight pagi sampai dalam jam 10 lebih,sebabkan jadual dan itinerary sendiri kata nak terus ke Kundasang so, kita tunggu orang dtg hantar kereta sewa. Untuk kereta saya dapat kereta Bezza,kalau sesapa rasa nak nombor contact pm tepi la yer. Rezeki dapat sewa dari diorg ni sebab lebihan jam tu dia tak kira,cuma kira berapa hari kita sewa je, contohnya saya dah bagitau nak sewa
3hari dan 3jam (sebab bajet time nak balik dari kundasang ke KK),tuan dia kata yg 3 jam tu tak perlu bayar,eh kalau tempat lain kena cas 1jam RM15 tauuu💁.Tapi kalau korg tak dapat mcm ni, sis tak tahula yer,rezeki masingkan haha.

Lokan Bakar Tuaran
Haih awaltempat dah mention tempat makan la plak haha. Kita singgah sini dulu sebab tuaran ni laluan nak ke Kundasang. Bolehla singgah makan lokan bakar dan air kelapa muda yang fresh. Kat sini kelapa besarye boleh share 2 org minum. Waze je lokan bakar memang geraikat sini sepanjang jalan jual lokan yang dibakar dengan sos perapan. Pilih aje longgokan yang mana ikut saiz nanti akan dibakar.


lokan fresh sebab area sini dekat dengan laut


Kalau sesapa yang 1st time nak ke Kundasang boleh jgk singgah area Tamparuli, boleh naik jambatan gantung kat Tamparuli, lepas tu ada juga rumah terbalik. Tapi kali ni saya tak singgah la sebab sebelum ni dah pergi semua tu,member yang pergi skali kali ni pun dah pergi jadi kami terus je naik ke Kundasang. 

Perjalanan dari KK ke Kundasang lebih kurang 2jam lebih,kalau nak naik sini better sewa kereta yang cc tinggi sikitla 1.0L atau 1.3L tu boleh aje cuma tak boleh naik ramai2 la, kan ade yang kena turun tolak kereta masa naik bukit hahaha.

Pekan Kundasang.
Pekan yang sentiasa sibuk,banyak kedaimakan,gerai buah-buahan dan pada hari minggu pula ada pasar tani atau pasar malam (tak pasti la pasar apa tapi ada jual makanan la 😆)




memang byk yg jual chicken wing kt sini.

Kat Kundasang saya bermalam di Dream World Resort. View kat resort ni memang cun sangatla lagi pun dekat sangat dengan Sosodikon hill, manapun boleh nampak dengan jelas puncak gunung kinabalu. Kalau nak tau review pasal resort ni sebenarnya tak adalah gah sangat sebab resort ni dah lama,cuma masih boleh kata selesa dan staff yang friendly. 

Permandangan dari bilik



kalau malamtak banyak tempat yg boleh pergi lagipun kedai makan banyak yg tutup dalam 8.30mlm atau 9mlm.

Hooga Cafe & Kundasang Farm Ville
Ada satu cafe hipster yg jadi tourist attraction kat sini,agak meriah tempat ni memang sesuai untuk bersantai dan kat belakang cafe ni ada farm ville bayaran masuk rm13 seorg kalau masuk waktu malam. Tapi memang tempat ni cantik kalau masuk malam sebab dihiasi lampu2   
ada tanaman sayur dan strawberry juga

lantai cermin kat bawah ada lampu liplap


kat bas ni ade jual aiskrim

Desa Cattle Dairy Farm
Sini la tempat wajib kalau datang ke Kundasang. Dan tips nak datang sini kena datang pagi
Buat masa sekarang ni untuk ke sini boleh booking tiket online pilih slot pagi atau petang. Boleh click link ni Desa Dairy Online Ticket. Kalau cuaca elok, pagi sebelum jam 9am sangat sesuai untuk bergambar dengan puncak kinabalu sebab biasanya jam 9am ke atas dah start berkabus dan tak nampak gunung dah yg nampak hanya lembuhaha,baik pegi posing dengan lembu kat ladang pakcik makcik yg ada kat kampung kan😆. Ayuh tengok sis posing..




dah start berkabus,ada mcm ala2 kat NZ tak?



pilihan susu segar dan yogurt

kalau belum breakfast boleh beli susu dan ada juga roti dan pizza kat sini.

tgk tu tangan dah penuh shopping susu segar haha

yg ni masa sebelum pagar buka.


Alpaca Club
Yang ni tarikan agak baru dibuka sesuai untuk yg bawa kanak.Masuk ke sini ada tempoh masa dalam 30minit sahaja  (brgantung kepada masa tu ramai ke tak) untuk bergambar dan bagi makan kat alpaca ni. Dan biasanya yg nama Rose akan duk luar kandang untuk korg posing mungkin sebab dia paling jinak kot. Lokasi tempat ni berdekatan dengan Desa Cattle kiranya lepas pergi sana boleh singgah Alpaca Club ni pula.




ni la Rose..mata tu pakai celak meriah kalah i olls tau😁

pandai posing dah pakai celak tak kan taknak tengok kamera kan haha

Mesilou Highland Strawberry Farm & Cafe
Tempat ni tak besar sangat tapi yang menarik sebab ada cafe boleh lepak petangsambil minum strawberry shake atau aiskrim dan makan cheesecake strawberry sambil menikmati angin sejuk sepoibahasa. 





hirisan strawberry kat atas tu meriah die letak

aiskrim strawberry
Sosodikon Hill Kundasang
kalau nak datang sini boleh datang waktu pagi kalau datang masa sunrise lagi cun. Tempat ni akan dibuka jam 6pagi-6ptg ada bayaran dikenakan dewasa dalam RM3 je kalau tak salah. Walaupun namanya Hill tapi trail dia tak la terlalu extreme,kanakpun boleh datang. Perjalanan ikut trail dalam 10-20minit je kalau santai2. Sosodikon Hill ni berdekatan juga dengan Desa cattle dan Alpaca club dan dekat yg amat dengan Dream World Resort.

puncak yg diliputi awan memutih


tak boleh bukak mata ehh silau cahaya matahari




Laluan masuk nak ke entrance Sosodikon Hill ni sehala,disebabkan dekat dengan resort saya jalan kaki jela,walaupun dah separuh jalan baru sedar yang jalan sangat menurun,jawab dia bila nak balik semula ke resort nanti nak menapak gigih jugakla umpama hiking lagi sekali.😅 Tapi nasib baik view gunung tu tersergam indah depan mata,jalan punya jalan sampai jugala walau rasa sado jap kaki tu haha.


jalan nak balik ke resort
Lupa nak bagitau Dream world resort ni ramai juga yang singgah untuk bergambar walaupun tak menginap disini boleh singgah dan posing. Jom la tengok gambar sis sambung posing lepas balik hiking tu😁
boleh nampak Sosodikon Hill dari atas ni


lipat tudung byk sgt tu da rupe akak vietnam,tak pe janji fokus view blkg tu ok😁

ni depan bilik kat resort
Magical Garden,Ranau
Kalau banyak masa boleh la singgah sini dan tempat ni baru juga dibuka. Ada juga tarikan lain berdekatan Magical garden ni iaitu Arnab village dan Floating garden. Boleh juga beli tiket combination untuk 3 tempat ni murahla sikit. Tapi sis hanya masuk magical garden je sebab tak berapa nak minat tempatmacam ni,sekadar datang menjenguk kata orang haha. 

tak nak lepas payung tu sebab panas teramat dan boleh sewa payung kat entrance


Ranau Rabbit Farm
Yang ni tak sama dengan Arnab village tadi sebab tempat dia agak jauh sikit, tapi sebab tempat dia agak lapang dan boleh nampak gunung ganang macam cantik jugakla. Boleh beli makanan arnab kat kaunter untuk bermesra dengan arnabkat situ. Tujuan saya datang sini sebenarnya bukan nak main dengan arnab tu sangat haha tapi sebab kat sebelah farm ni ada skybike. Skybike ni juga antara tarikkan terbaru di Ranau.









naik basikal ni dua hala yer tak macam zipwire naik dan turun tempat lain2

Mont K Skybike
Bayaran nak naik Mont K Skybike ni RM90 dan free entrance kat rabbit farm sebelah tu. Sis first time try naik ni, sebab sebelum ni tengok yang ada pun kat Indonesia, sis tak mampu jauh sangat nak pergi pun💁. Sebelum berlepas tu,diorang briefing sikitpasal ketinggian dan keselamatan segala,dan baru tahu rupanya kena kayuh jugak ye basikal tu kalau tak memang tak bergerak. Agak bergoyang juga  sebab ikut keadaan angin,kalau angin kuat lagi kuat la bergoyang plus kita duk kayuh basikal tu pulak haha..ok kalau teringin nak tengok sis buat sarkas boleh click sini Mont K Skybike

Restoran Selera Kebun.
Kat Kundasang ni ada beberapa kedai makan yang saya suggest untuk dicuba antaranya Restoran Selera Kebun. Kat sini boleh rasa makanan tempatan Sabah kalau tak silap makanan khas orang kadazan-dusun iaitu Nasi Linopot.



macam nasi dagang tapi bukan die..

Pilihan laukdalam set nasi linopot ni ada beberapa jenis antaranya daging salai,ayam masak lada putih dan banyak lagi,kalau nak set nasi putih pun ada. Sebelum balik sempat tapau kat kedai ni bakso,boleh tahan juga sedap dia.

Restoran Alarab Biryani House
kat kedai ni memang ramai orang sebab ada pelbagai menu terutama sekali untuk breakfast. Restoran ni kat area pekan kundasang. Nasi special yang kena cuba iaitu nasi lemak ayam palekko. Masak ayam palekko ni katanya masakan khas bugis,sedap boleh try nanti bila ke sini!.


kitorang tapau jer nasi lemak dan dimsum sebabkan dan nak bergerak turun ke KK. Tapi sebelum sampai ke KK kitorang menyimpang sekejap ke Kota Belud nak pergi picnic makan nasi lemak ayam palekko ni kat Sungai Polumpung.




makan sambil tengok org mandi😁

ok setakat ni dulu cerita di Kundasang nanti sis sambung tempat menarik di KK pula di next entry😄