Iceland

 South of Iceland March 2020


Trip ke Iceland kali ni pergi bertiga dan kami transit di UK. Sempat juga meronda untuk 2 hari di area UK. Dari Malaysia saya menaiki flight Emirates transit di Dubai, berseorangan sebab kawan 2 org lagi memang dah sampai UK awal lagi, disebabkan salah seorang ada presentation study dia kat sana.

Ok dari London ke Iceland kami menaiki flight Easyjet direct ke Iceland (Keflavik) Airport. Tujuan kami nak cover bahagian South Iceland setakat yang termampu lagipun masa kami pergi ni pandemic covid-19 sudah mula merebak ke banyak negara. Langkah2 penjagaan memang kami perlu sediakan dari hand sanitizer,spray sanitizer pun bawa untuk spray kat seat flight,barang2 dan juga bilik hotel. Rasanya masa tu kebanyakkan orang kat Malaysia pun belum ramai yg pakai mask apa lagi hand sanitizer pun tak ramai yg ada. Sebab saya sendiri pun start pakai mask masa nak ke airport KLIA😅

Ok dah jom cerita pasal Iceland ✈

Matawang yang digunakan Iceland adalah Iceland Kronur (ISK) atau disebut Icelandic Krona (tudiaaa nervous dengan nama matawang ni kan👻)

The best moment bila flight dah hampir mendarat,ada beberapa snowflakes mula melekat di tingkap flight, mulanya saya ingat cermin retak haha tapi nasib baik sebelum ini pernah tengok kat google bentuk2 snowflakes yang wujud, ya memang excited sangat!





berdasarkan google,snowflakes ni jenis 'simple star'

Kalau dapat tengok ice flakes yg mcm kartun frozen tu lagi best kot.😀

Setibanya di airport,kami terus ambil kereta dan bergerak menuju ke destinasi. Sebelum itu kami singgah dulu untuk beli barang2 makanan untuk 5 hari di Iceland ni di pasaraya Bonus. Hanya beli sayur sayuran,kentang dan bawang,nampak vegetarian tak kami? haha. Sambal ikan bilis member dah bawak siap2 tu la penyelamat kepada selera kan.

Walaupun gambar logo pasaraya ni cik oink oink tapi ada jual juga product halal disini.

Seljalandfoss Waterfall. 

Tempat 1st yang kami singgah di Seljalandfoss waterfall. Kat sini la salah satu lokasi penggambaran filem Dilwale dan kalau pergi musim winter suasana waterfall nampak lagi menarik kalau tak mesti korang akan kate “Kat Malaysia pun adeee”.😆


bukan tido tapi pedih mata angin kuat haha


Air terjun ni memang mengalir ye tak beku pun.


Selepas itu kami terus menuju ke arah kawasan Skogafoss dan akan bermalam di salah satu guesthouse disini. Tempat paling terbaik untuk stay dengan view gunung ganang yg sangat cantik!.









makan sambil menikmati view kat luar yang cantik.

Sólheimasandur Plane Wreck

Hari berikutnya selepas breakfast sambil menghadap view yang super cantik kami check out dan bergerak ke area Sólheimasandur. Untuk sampai ke tempat plane crash tu perlu berjalan kaki sejauh 4km sehala. Tapi jangan risau untuk yg tak mampu berjalan jauh sekarang sudah ada shuttle untuk bawa dengan bayaran sehala 1.800 (ISK) kami decide untuk berjalan kaki walaupun sejuk berangin yang amat,bila lagi nak merasa kan.

macam padang jarak padang terkukur..tak nampak apapun selain putih salji.

yeayyy dah nampak pesawat.

Kat sini juga menjadi salah satu lokasi filem Dilwale atau disebut Gerua,ntah apa tu Gerua sebab sis sendiri pun tak pernah tengok cerita Dilwale ni,kalau tengok tak pernah habis dah tertido hahaha.

shuttle dari parking ke crash plane.

Reynisfjara Black Sand Beach 

Lepas berjalan dalam sejuk beku tu kami bergerak ke black sand beach. Antara destinasi popular juga dikalangan tourist,masa kami sampai air laut kuat sangat jadi tak berapa berani nak ke tepi pantai untuk bergambar,sebab ada juga amaran supaya tidak terlalu dekat dengan kawasan pantai, airnya boleh tetiba berubah jadi kuat,so berhati-hati jela. Pasir dipantai ni memang bewarna hitam,dan disebabkan masih musim sejuk jadi ada ais yg masih melekat di beberapa kawasan.

 


kawasan sekitar black sand beach

Petang check in dan bermalam di kawasan Hof.

view dari dalam bilik😍



kalau teringin nak buat teh ais bolehla ambil kan..😂

Diamond Beach

Lagi tempat yang wajib pergi kalau dah sampai bahagian South of Iceland. Pecahan2 ais yg terjadi, menjadikan permandangan sangat berbeza dan yang ni kat Malaysia tak ada yer melainkan berlaku dalam peti ais yg ada frost hahaha.




Geysir Hot Spring

Kat sini boleh tengok ada beberapa letusan mata air dari bawah tanah terjadi,tapi kena sabar menunggu sebab dalam 10-15min ada letusan macam air pancut dari bawah tanah terjadi,dan boleh tahan besar juga kawasan dia. Gambar jarang nak jadi kat sini sebab setiap kali keluar terkejut pulak,masa tunggu sampai naik beku aim kamera kat tempat berasap yg kemungkinan nak meletus tu.





Check in malam tu pula area Selfoss
kawasan sekeliling guesthouse ni dipenuhi salji tebal memang seronok nak guling2 dalam salji kan😁

dari parking kereta ke bilik,salji paras lutut gaisss😁


Aurora Borealis.

Akhirnya yg paling ditunggu2 muncul juga malam tu,memang impian kami nak tengok aurora di bumi Iceland ni,tapi disebabkan sepanjang beberapa hari kat situ setiap hari salji turun dan langit mendung memang susah juga la untuk aurora muncul. Alhamdulillah di area Selfoss ni tetiba rezeki kami malam tu langit clear siap ada nampak sunset lagi petang tu. Jadi muncul lah juga aurora yg ditunggu2,walaupun tak terlalu meriah tapi 1st time tengok depan mata..i'm speechless😙

sunset menampakkan diri.


💗



Selain itu banyak sangat tempat2 cantik untuk dinikmati kat tepi2 jalan je, memang kami banyak singgah2 dan bergambar. Kalau bukan sebab cuaca yg sejuk masa tu temperature dari -4 hingga cecah ke -12 mungkin boleh picnic kat tepi jalan je. Tapi memang tak mampu lama2 la lepas singgah terus berlari masuk kereta.








snow fall tengah lebat turun😘

Hari last kami menginap di Reykavik dan meronda kawasan bandar sambil menghabiskan beberapa keping lagi duit Krona,tak mau bawak balik la sebab nama dia menakutkan hahaha. memang kami tak tukar banyak pun duit Iceland ni sebab banyak yang dah bayar guna kredit kad seperti kereta,guesthouse dan flight hanya belanja beli barang masak,minyak kereta atau beli apa2 di convenient store.




sempat juga kami singgah di kedai seafood dan merasa fish n chip kat sana. 




Itu sahaja cerita di Iceland, banyak lagi tak sempat cover sebab hanya sebahagian kecil je sempat pergi. apa pun balik kuarantin diri tak jumpa orang selama 14hari 😂 lagipun Malaysia pun dah mula PKP 2 hari sebelum kami mendarat di KL,alhamdulillah semua dipermudahkan..dapat surat kuarantin diri pada masa tu belum lagi kena pakai gelang pink. lagipun border international juga sudah mula ditutup hanya yang ada pasport Malaysia sahaja boleh terbang ke Malaysia.

 Will gonna miss this moments so much!..