Kota Kinabalu 2022

 Kota Kinabalu


Sambungan dari entry kundasang. Kat KK ni saya duduk kat Promenade services apartment ambil dalam snap untuk 5 malam sebab masa beli tiket tu beli dari Snap lagi murah. Walaupun hanya 2 malam je duk kat KK dan terpaksa tambah duit untuk bayar hotel lain di Kundasang tetap murah dari beli tiket flight sahaja. Cuma service apartment ni takla semegah hotel mewah tapi okla bersih,lokasi strategik  dan banyak kedai makan kat bawah apartment. 

Ok dah sampai KK kitorang hantar kereta sewa sebab di KK ni kitorang akan naik grab jer. So destinasi pertama di KK ialah mencari makan malam iaitu seafood!

Todak Waterfront Hawker Center
Dibuka jam 5pm hingga tgh malam. Kat sini banyak gerai2 dan get ready jela akan dipujuk rayu oleh peniaga2 kat situ untuk pilih seafood dan makan kat kedai diorg. Niat dihati nak pusing2 satu kawasan tu dulu tapi hari 1st ke sini tak sampai separuh jalan dah termakan pujuk hahaha lemah!.






yg ni memang terbaik fresh latok cicah dgn sambal belacan pulak sedapnyerr

lobster masak butter tapi terlalu garing plak dia..

ikan kerapu masak stim halia

ketam masak cili

untuk lobster tu dapat dlm rm60 seekor ngam la untuk 2 org makan. Dan kepada sesapa yg belum pernah cuba latok mesti kena try sedap ya ampun😋.

Manukan &Mamutik Island
Sekadar nak menghabiskan masa kat KK sebelum balik KL so kami amik pakej island hoping ke 2 pulau ni. Kat jetty tu nanti korg boleh pilih mana company yg nak,banyak dan kalau masuk tu kena tahan telinga jela jerit2 nanti diorang panggil korang nak mintak ambik pakej dgn diorg.

Manukan Island
kali ni ktrg cuba aktiviti yang baru iaitu Sea Walking. bayaran untuk seorng RM150 tetapi berbaloi sangat dapat tengok ikan2 di dasar laut. Sea Walking ni sesuai untuk org yang tak pandai menyelam haha..akan ada conduct dan dijaga oleh penyelam2 pro yang akan sentiasa memastikan kita jalan ikut track yg dipasang tali kat dasar laut tu. Helmet tu berat dalam 46kg dan bila dah pakai tu terus je korang tenggelam ke dasar. Pengalaman yg cukup menarik untuk dicuba😊


lepas aktiviti Sea Walking, kami bergerak ke aktiviti seterusnya pula Parasailing. Yang ni ramai dah cuba kan,memang seronok dan yang pasti diorang akan pastikan angin cukup baik hari tu untuk bawak korang terbang tinggi. 


balik dari aktiviti parasailing boleh buat hal sendiri,kalau nak snorkeling pun boleh,nak cari makan pun boleh.
Disebabkan ktrg ambil 2 pulau so kami bergerak pula ke pulau Mamutik. Kat sini tak ada aktiviti dibuat selain snorkeling atau bersantai2 sahaja. Antara pulau yg bagi saya sangat cantik dan kalau nak tengok biawak pun banyak kat sini😆





petang tunggu boat datang jemput untuk balik ke daratan dan memburu seafood lagi kat todak waterfront.
Nak share juga makanan best kat area bawah tempat kami menginap di Promenade Services Apartment,ada gerai soto,ayam penyet mie ayam dan beberapa gerai makanan lain. So kami sempatla try soto ayam makassar dan bakso memang terbaik,kalau korang menginap berdekatan area sini boleh cuba makan.