Hatyai & Songkhla


 Tempat-tempat menarik di Hatyai & Songkhla



Penceritaan dan gambaran seterusnya berkenaan  tempat-tempat menarik di Hatyai dan Songkhla yang boleh dikunjungi. Kalau cuti tak banyak korg boleh pegi dalam 3 hari 2 malam jer atau pegi hari minggu pun dah cukup πŸ‘€. Cara mcm mana nak masuk Hatyai guna kereta jgn tanya sis yer, sebab saya tak pernah masuk dgn kereta,selalu pegi dgn flight (nak jimat masa cari makan kat sana!).
Ok mari tengok tempat2 best kat sana, ampunkan saya kalau ade yg terliur tengok gambar makanan2 ye..memang itu tujuan blog ni pun bagi korg terliur haha πŸ˜†

1. Pasar Malam Hatyai City (area Hotel Lee Garden Plaza)
Ada macam2 gerai makanan kat area sini, tapi kalau datang malam minggu lagi meriah dan banyak gerai. Kalau weekdays pun ada gerai2 makanan tapi tak banyak sangat. tapi macam biasala pandai2 pilihla ye gerai muslim sebab bercampur jugak dgn bukan muslim.


udang galah tu kalau nak beli diorg panaskan semula

pulut mangga yg memang famous kt sini

ayam goreng tu boleh juga makan dengan pulut atau beli ayam je.

macam2 kerabu boleh beli.

2. Restoran Salma (Jalan kaki 2min dari Hotel Lee Garden Plaza)
Kat restoran ni hidangan paling best ialah tomyam,memang terbaik!. Lauk2 lain pun sedap dan kalau datang 3-4 org memang sesuai untuk makan sini harga pun berpatutan. Time sesuai datang waktu lunch sebab kebanyakkan street food ke pasar malam ke beroperasi start petang ke malam.

Datang Salma restaurant ni memang kena cuba tomyam. ada juga dijual pes tomyam kt kedai ni

kerabu seafood,pedas2 masam.

Yg ni pun terbaik, ketam masak kari

yg pasti duk Hatyai ni kalau tak minum Teh ais atau green tea mmng tak sah la dtg Thailand kan
3. Centara Hotel (depan Hotel Lee Garden Plaza)
Nampak macam standard kan makan kat sini. .haha,jangan risau bukan masuk hotel tapi makan kat tepi hotel ni je, memang gerai ni dibuka oleh hotel centara ni. Menu recommended kat sini ialah roti canai pisang. Ada juga beberapa jenis roti canai dan makanan lain dan biasanya sesuai kalau nak makan untuk breakfast.


roti canai+teh ais..
4. Chang Puak Camp (tempat gajah)
Kat sini korg boleh bagi gajah makan,bergambar dengan gajah dan ada aktiviti naik gajah juga. tak payahla naik gajah tu kalau boleh kesian pula tengok gajah kena pukul,recommended dtg sini untuk org yg tak pernah tengok gajah je atau bawa kanak2 bagila hiburan kat diorg sikit asyik makan je kan. 😁

kalau kanak2 memang happy camni laπŸ˜†

nak bagi gajah makan pun geli..ank sapola ni teruk haha

5. Municipal Park Hatyai Cable Car.
kalau tak nak naik cable car pun boleh naik sini dan boleh tengok permandangan bandar Hatyai dari atas bukit. Juga ada patung buddha yang besar kat atas ni,sesuai untuk org yang tak pernah tengok patung buddha besar2 kan. Bagi yang ada masa dan duit lebih boleh naik cable car recommend juga untuk org yg tak pernah naik cable car haha. Cable car ni menuju ke sebuah lagi temple kat bukit sebelah, dan temple ni agak bising dengan bunyi mercun sebab difahamkan kat situ sesiapa nak sampaikan hajat boleh buat,lagi besar hajat lagi panjangla mercun yg dibakar πŸ‘€. kalau bawa baby rasanya tak sesuai kot sbb kuat jugakla bunyi mercun tu.

cable car.

kuil selepas sampai dari cable car.

kat kuil yg boleh buat hajat.

layan view sambil ditiup angin sepoi2 bahasa..kat sini tak perlu naik cable car

banyak lagi patung2 di sekitar,boleh masuk dan bergambar.

6. Khlonghae Floating market (menghala ke Songkhla)
Operation hours floating market ni dari 3pm ke malam, setiap rabu dan khamis tutup kalau tak silap. kat sini memang dah jadi tempat wajib dikunjungi kalau ke Hatyai. selain dari makanan yg dijual kat perahu ade jugak gerai2 makanan kat bahagian atas. Hati2 kat sini banyak anjing berkeliaran,kalau tak nak berebut makanan dgn anjing pandai2la korg cari pertahanan ye..haha✋



bubur nasi sedap dari kat McD tuuu..haha

mesti cuba yg ni ikan tengiri goreng dgn daun ape tu tak pasti plak tapi sedap

somtam tumbuk secara 'live'

kuih telur

boleh beli air dalam bekas ni.dan bekas bwk blk buat souvenir


pulut mangga dimana2

7. Masjid Central Songkhla (tengah jalan nak ke Songkhla)
kalau nak pergi ke Songkhla tu boleh singgah masjid ni. Masjid ni merupakan masjid yg terbesar disini. View cantik kalau datang time sunrise atau sunset.





halal restaurant di simpang jalan nak masuk masjid

8. Songkhla City
Tarikan di area Songkhla city ni ada beberapa lukisan dinding dan korg boleh ronda2 jalan kaki ke sekitar bandar. Bangunan2 kedai lama sesetengahnya masih beroperasi dan agak menarik juga untuk cuci mata.




masjid di pekan Songhkla

9. Samilla Beach
Tempat yg terkenal dgn patung duyung emas. Duyung tu berada dekat dengan kawasan tepi pantai dan perlu beratur untuk ambil gambar dengan duyung ni yer. Sambil2 tunggu kawan2 beratur tu boleh ronda2 kawasan pantai Samilla yang cantik ni.





boleh naik kuda juga sekitar pantai
berhampiran dengan pantai yg ada duyung ni ada satu lagi patung famous dipanggil 'The great serpent nag'. Patung kepala naga,katanya ada beberapa bahagian badan naga ni yg terpisah dan berada di tempat berlainan. Kalau rajin boleh cari bahagian2 badan yg lain2 tu.



10. Songkhla Aquarium
Kalau nak masuk sini pastikan masuk masa ada 'Unseen Show'. Show ni agak menarik sebab ada org yg berenang dalam akuarium dan buat persembahan bersama ikan2 dan juga penyu. Kalau masuk masa tak ada show biasa je tempat ni.

sebelum show start ronda2 tgk ikan dulu

Unseen Show nama diberi.


comel signboard toilet pun haha

11. Asean Night Bazaar
Dalam market ada pelbagai barang2 dijual. Kat tingkat bawah ada baju2,beg,kasut dan macam2 la lagi. Kat tingkat atas pula ada gerai2 makanan. Haaa yang ni yg kita cari..haha..








12. Khlonghae Seafood Buffet Hatyai
buffet ala2 steamboat dan grill ni ada berdekatan area floating market juga dalam 10minit jugakla. sangat meriah makanan2 yg ada kat restoran ni. Harga seorg dalam THB 290 adalah lebih kurang RM33. Murah dan berbaloi datang sebab banyak pilihan makanan,seafood segar2 dan ada juga makanan yg dah siap masak.

grill dan steambot

udang galah segar2 kat sini

pilihan lauk untuk grill yg dah siap perap

susah nak dapat yg ni kat kedai steamboat Malaysia ni

tu dia macam nak bawak blk masak jer haha
dessert boleh buat bubur atau makan dengan ais

ikan bakar pun ada,yg ni diperap dgn garam.
13. Dimsum Chabura
Kedai dimsum ni hanya bukak dari jam 6am-2pm. Jadi boleh makan kat sini sebagai breakfast atau early lunchπŸ˜ƒ. Pelbagai pilihan dimsum ada,korg boleh pilih yg mana berkenan kat hati pastu letak nombor dan pembantu kedai akan panaskan secara stim. Sedap dimakan panas2. Harga satu pinggan kecik tu dalam THB 15- THB 20.


muka happy dpt makan..😝

pilih2 jangan tak pilih

ni yg dah sedia utk dimakan..penuh meja uiii..

Setakat ni itu jela tempat2 di Hatyai dan Songkhla yg dah dijejaki. Bab kata org2 yg dah pergi sana memang cari makan jela, kat kedai 7e dia pun banyak makanan2 best halal dan boleh cuba.

Air susu pisang..sedap sama macam banana uyu kat korea

yg ni macam air vitagen

Aiskrim ni ada tanda halal

ni masa kat Municipal park,bersantai sambil hirup udara segar

Jadi apa lagi kalau sesiapa teringin boleh la ke sanaπŸ˜‰



























































No comments:

Post a Comment