Jalan-Jalan ke Kota Kinabalu,Sabah.

Assalamualaikum..semenjak dua menjak ni rajin plak rasa nak update blog, ok kali ni sy nak bercerita pasal percutian Sabah. Buat masa ni,dah dua kali ke Sabah,gara2 banyak tempat2 menarik kat sana jadi sekali pergi memang tak cukup,lain la kalau dpt cuti sebulan ke 2 bln direct memang dptla duk jelajah sana smpai puas kan..haha. Yang ni nak cerita masa 1st pergi sana:

Ok sekarang mari kita tengok ada apa yg menarik di bumi Sabah..
1st trip ke Sabah (Kota Kinabalu/Pulau2)

1st trip ke Sabah ktrg tak plan betul2 sebab dapat tiket murah rm12 return..haa murah kan? masa tu Airasia buat promosi jadi dgn selamba kami ke Sabah. Saya bersama officemate semuanya 7 org ke sana dan kami ambil pakej sebab malas nak pikir pasal sesat atau sibuk nak cari tempat..kami nak enjoy dan biar org bawak je..hehe. So kami ambil pakej YK Travel & Tours Services Sdn Bhd yg dikendalikan oleh seorg akak nama Yusreena yg sgt prihatin dan sentiasa betanya khabar sepanjang berada di sana..

Seafood yg segar byk pilihan.

Hari pertama: sampai KK dah hampir tghari,so van dr pakej tu dtg jemput kami di airport dan hantar ke hotel penginapan,jadi petang sampai ke malam ktrg ronda2 area KK,pasar malam dan makan2 berdekatan pasar filipina (hanya malam buka). Makan malam dengan seafood memang terbaik..ada dua pilihan tempat yang area pasar malam,ada satu tempat tu banyak pilihan seafood segar,kita blh pilih nak apa dan masak camana.tapi kat sini org2 tempatan cakap kena hati2 sbb ada yg ketuk pelanggan(kenakn harga mahal) lagi2 pelancong mcm kita, tips nya kalau boleh lepas pilih2 lauk suruh kira harga terus dan mintak resit terus,bkn apa takut kena tipu..macam2 cara masakan yg ada stim,bakar,masak 3 rasa,butter dll.
kitorg pilih ikan masak 3 rasa,udang masak butter,ikan masak stim,sotong goreng tepung dan sayur goreng semua rm100++..harga okla sebab kita blh berunding masa pilih seafood tu..(harga ikut timbangan).






Lepas dah kenyang makan2 tu kami menuju ke pasar malam yang dekat2 area situ tapi kena menapak sikitla,kat sana macam2 ada jual dari pearl,keychain,baju2 tshirt,hiasan rumah dll. Harga pearl bergantung pada pandainya anda tawar menawar. Kat sini ktrg shopping keychain dan ada yg beli gelang pearl cantik2. sebelum balik hotel kami singgah shopping makanan utk breakfast hari esok.

keychain byk pilihan.

kerongsang pearl.

2nd day: jam 6.30 lebih kurang camtu pagi di bumi Sabah dah terang, pakcik van jam dekat pukul 8 dah sampai kt bawah hotel nak bawa kami ke Jesselton Point Jetty. Kat sini nnti boat laju akan bawa ktrg ke pulau2. Ktrg pilih ke 2 pulau, Pulau Manukan dan Pulau Mamutik. Snorkeling juga disediakn sebb kami guna pakej jd harga utk sewa peralatan semua tak dapat dipastikan la ye..pengalaman yg best memang masa naik bot..fuh speed laju habis macam tak menyempat2 diorg drive..haha..kalau sapa2 rase nak naik 'Banana Boat' pun ada,ktrg naik di Pulau Mamutik. Memang best naik banana boat kt Sabah ni sebab diorg bawa kita ke tengah2 pulau tu untuk main. Maknanya ada boat laju yg bawa kita ke tgh laut dan main banana boat tu puas2..jatuh pn kt tgh2 laut bukan ke tepi pantai yer..haha..dah jatuh mula la imagine bukan2..takut pn ada tp yg pasti try la!..


ok memasing da pose ala2 model gtu..
peninggalan sejarah di pulau manukan.
lunch dkt pulau..menariknyooo lapar plk rase hehe

Untuk makan tghari juga trmasuk dlm pakej,jadi kami dihidang makanan buffet nasi dgn seafood yg dimsak mcm2..ketam stim,udang dan mcm2 la..rare betul makan seafood kt tepi pulau kan..agak lama juga ktrg di pulau dan sebelum jam 2ptg ktrg balik semula ke darat,kata mereka jika lewat lebih dr jam 2 air dah mula naik,bot tak boleh laju dan baju penumpang bot mgkin basah sebb kena air. Lepas sampai ke hotel masa untuk mandi dan bersiap2 semula digunakan sepantas yg mungkin sbb lpas tu ktrg akan dibawa ke perkampungan org asli,Mari-Mari Cultural Village yg terletak lebih kurang 25minit dr bandar KK. Dalam perjalanan ke sana pakcik driver ni singgah di satu kampung yg ada air terjun kat sana,boleh tahan juga cantik tempat tu tapi tak ada org sangat masa singgah tu pn kami je yg masuk..seram plak kan.





topi yg dipakai tu adalah hiasan dlm rumah tu sbnarnya.

boleh cuba juga aktiviti menyumpit.

Sampai ke Mari2 cultural village hari dah makin nak gelap,memang kami ambil sesi malam masuk ke sana sebab mengikut kata org sana masuk malam baru dapat rasa cam suasana perkampungan. Kat dalam sana ada 5 jenis rumah panjang dan cara hidup puak2 borneo yang berlainan,spt Kadazan Dusun,Murut,Rungus,Bajau. Kat dalam perkampungan ni jgk kta dpt cuba memasak makanan dlm buluh,cuba makanan mereka dan mcm2 lagi,best tak rugi dtg sini. Sebelum balik ktrg di hidangkan makan malam. Kebetulan pulak time dinner tu adalah malam sambutan Earth Hour,jadi ktrg makan bertemankan lilin..dalam Cultural village pn sambut Earth Hour ok..memang gelap benar la kak oii dlm hutan kot..hehe. Lepas balik dr Mari2 cultural village ni kami singgah lagi ke pasar malam sebb ada yang tak puas cari brg lagi.
Dinner masa Earth Hour.

3rd day(last..jap je trip ni)
hari ni ktrg jalan pagi2 ke Pasar Gaya yg memang famous hanya dibuka hari Ahad je..ronda2 kat sini boleh tahan banyak brg2 yg ada,tapi brg2 pearl mahal sikit dari pasar malam. Jadi kat sini ktrg cuci mata jela sambil tengok jualan2. Dah habis ke pasar gaya ktrg ke Pasar Filipina,kat sini tak ada apa sgt ktrg nak shopping sbb hanya brg2 kraftangan je yg ada,jadi ktrg ke pasar besar sebelah yg ada jual macam2 keropok,ikan masin,dan yg pasti keropok amplang ada disini,macam2 perasa lagi. Kat sini boleh bungkus kotak siap kalau beli banyak,diorg dah siap tahu cara2 ikat kotak versi yg dilulus oleh flight Mas,Airasia atau Malindo. Just bgitau je naik flight apa balik tu. Ok sekian dulu untuk cerita pertama kali ke Sabah dgn tiket flight RM12 pergi dan balik ok! haha jgn jeles ye..

JAKARTA 2011 bersama TEAM MALAYSIA


hai..lama tak update apa-apa kat blog ni..bukan berbulan2 tapi bertahun2 dah rupanya haha..ok ni nak post sekadar berkongsi pengalaman sepanjang join Team Malaysia Chanters..

 Jakarta/Palembang 2011
Ok yang ni 1st time chanters (Team Malaysia Supporters) dibawa ke oversea..Tujuan  tak lain tak bukan hanya untuk beri sepenuh sokongan kpd Athlete2 Malaysia pada Sukan Sea Jakarta/Palembang 2011. Seronok kot dpt pergi free dan kos ditanggung sepenuhnya oleh company kami.

beraksi dalam gelanggang Wushu..


sepanjang berlangsung nya Sukan Sea, kami sempat ke gelanggang wushu,karate,bowling,basikal,basketball dan yg paling penting sekali bola sepak. Oleh kerana event2 yg dijalankan agak jauh antara satu sama lain kami tidak dapat menyokong di semua sukan tambah2 lagi keadaan jalan di Jakarta yg selalu'macet'..
Di Jakarta juga kami sbg supporter dari Malaysia agak tidak dilayan elok tambah2 jika perlawanan melibatkan pasukan Malaysia dgn Indonesia (huhu kesian kan)..biasala bila ada penyokong fanatik kami terpaksa telan walau pahit..

bersama pemain wanita basketball di gelanggang basketball.


kami yg terpaksa bersila da di 'Boo' oleh penyokong2 Indonesia di Velodrom Rawamangun trek berbasikal yg mana Malaysia menang besar kt sane..

Apepun kami tetap memberi sepenuh sokongan dan yang paling penting dapat menyanyikan lagu Negaraku di negara orang..memang terbaikk!!

skuad berbasikal Malaysia meraih pingat emas.



dan sekarang cerita yang paling hangat masa Sea Games 2011 ni ialah kemenangan skuad bolasepak negara meraih ibu emas di Stadium Gelora Bung Karno yg penuh sensasi. Sebelum kami supporters dibenarkan masuk ke stadium,satu mesyuarat tertutup bersama Chef De Mission,terpaksa diadakan utk mendapatkan jaminan keselamatan dan hanya tak sampai 50 org sahaja termasuk beberapa org dari kedutaan Malaysia di sana. lepas diberi jaminan oleh pasukan keselamatan Indonesia, kami bergerak ke stadium secara konvoi 2 buah bas, sebuah bas player bersama petugas media dan sebuah lagi utk supporters. Kami diiringi oleh sebuah kereta polis,dan dalam 3@4 lagi polis bermotosikal.namun nasib kurang baik sampai je dalam perkarangan stadium Gelora Bung Karno,kedua2 bas dikepung oleh ribuan penyokong Indonesia.


Bas player Malaysia yg bergerak hadapan bas kami naiki dikepung.

sumber dari beritaharian.online (pic dari dalam bas player)

Bas tak dapat bergerak selama hampir 2 jam,digoncang dan dibaling botol air..hanya tuhan yang tahu perasaan kami yg ada dalam bas. Polis yg mengiringi kami juga tak mampu buat apa2,kereta polis yg paling depan pun kena panjat kat penyokong diorang sampai atas bumbung. Tapi ni la dipanggil pengalaman berharga kan..hehe..lama kelamaan bas yg membawa player dan supporters dpt melepasi kelautan penyokong berbaju merah+putih namun bas hanya dapat menurunkan kami semua di tengah2 padang bola dalam stadium. Unik kan?..1st time kot dibuat diperlawanan antarabangsa..haha,haaa moment yg ni sempat dirakam di akhbar2 tempatan yg mana kami berjalan di tgh2 padang menuju ke tempat duduk yg dijaga oleh beberapa org abang body builder bersama sederetan polis2. Kami dinasihatkan tidak terlalu terjerit cam sundal bolong dalam bersorak supaya tak membuatkan penyokong mereka panas. Nasib baik tempat duduk kami di VIP seat jadi penyokong2 dari Indonesia yg ada berdekatan juga yg membeli tiket VIP (jd diorg pnya fanatik tu tak adala mngancam keselamatan kami).

Pemain yg injured bersama2 supporters menanti debaran jaringan penalti.

Akhirnya kemenangan milik Malaysia dgn sepakan penalti yang sgt mendebarkan..satu kenangan indah buat kami yg pertama kali menghadapi situasi extreme camni hihi. Habis perlawanan pemain pasukan Malaysia dibawa keluar menggunakan Baracuda, dan kami supporters menaiki bas yang konvoi dgn pemain pasukan Indonesia utk mengelirukan penyokong2 di luar stadium. ok dibawah ni beberapa lagi gambar utk tatapan dan mungkin tak pernah dipapar oleh mana2 akhbar tempatan..hehe

Malaysia menang penalti 

ni la rupa tiket kami penyokong, berharga 1juta rupiah lebih krg rm350.

Safee Sali sempat dtg bersalaman dgn kami sbg tanda turut menyokong
(dia masa ni masih bersama pasukan Pelita Jaya)

gambar Baracuda yg sempat dirakam 

ketika masuk ke stadium Mas vs Myanmar
(bersama penyokong Indonesia yg dtg awal utk melihat Indonesia vs Vietnam)
Apa2 pun di luar gelanggang kehadiran kami di Indonesia tetap dilayan baik oleh segelintir masyarakat di sana, mereka lebih gemar memanggil kami Kak Ros (kartun upin ipin..pengaruh tv kuat sgt pon xboley jgk). Yg penting hari2 dpt makan best..terbaik...



itu saja coretan yang dah lama basi..akan bersambung nanti dengan cerita2 menarik di sepanjang perjalanan kami di Sukan Sea 2013 Myanmar.