SKUAD HARIMAU MALAYA

Malaysia bakal menentang singapura pada 23 julai 2011 bagi pra kelayakan piala dunia 2014. Jangan lupa untuk menyaksikan malaysia vs singapura pada tarikh yang ditetapkan . Sebelum ni, malaysia telah berjaya menewaskan taiwan  dan mara ke pusingan seterusnya iaitu menentang singapura.
Perlawanan pertama malaysia vs singapura akan diadakan di stadium singapura pada 23 julai 2011 manakala perlawanan timbal balik atau perlawanan kedua akan berlangsung si stadium nasional bukit jalil, malaysia pada 28 julai 2011. Berikut adalah tarikh penting mengenai perlawanan malaysia vs singapura bagi pra kelayakan piala dunia 2014.

Perlawanan Pertama First Leg (Away)
Singapura vs malaysia– (23 JULAI 2011)
Stadium Singapura
Perlawanan Kedua Second leg (Home)
singapura vs malaysia (28 JULAI 2011)
Stadium Nasional Bukit Jalil

Mari penyokong2 skuad Harimau Malaya kite ramai2 gegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil 28 JULAI 2011 nanti..


                                                         MALAYSIA BOLEH!!!!

komik yg best ~PENYIASAT REMAJA (hajime kindachi)





Sinopsis Komik..
Komik manga Penyiasat Remaja Hajime Kindaichi adalah mengenai seorang remaja lelaki iaitu Hajime kindaichi yang lemah dalam pelajaran di sekolah (maknenye result peksa die selalu gagal la), tidak handal dalam sukan dan perangai yang agak nakal. Eh apa yang bestnya pasal komik ini kalau semua keburukan ada dekat hero dia? Urmm..ada lagi..
Walaupun punya sikap kenakalan yang melanda, tetapi mempunyai bakat yang menakjubkan dalam penaakulan..penaakulan plak..? Penaakulan ni lebih kurang mentafsir apa yang sedang,tengah dan bakal berlaku(kire sixth sense la).
Kemahiran Kindaichi menafsir sesuatu kes telah membantu pihak polis menyelesaikan banyak kes terutama kes pembunuhan yang berprofil tinggi. Dalam komik ini ianya dibantu oleh watak tambahan iaitu Miyuki (rakan perempuan yang selalu mengikut kes Kindaichi dan yang digilai kindaichi tapi diorg tak couple pun..), Inspektor Kenmochi ( inspektor polis yang banyak meminta bantuan Kindaichi menyelesaikan masalah rumit dan dipanggil pakcik Kenmochi).Selain itu terdapat juga watak tambahan seperti Penguasa Akechi (org yang paling dibenci kindaichi), Juruboneka Neraka Youchi dan Pencuri Gentlemen.

Komik ini diterbitkan oleh syarikat Kodansha seawal tahun 1999 lagi (kiranya komik ini dah lebih dari 10 tahun). Di Malaysia, syarikat Comics House mendapat hakcipta untuk menterbitkan komik ini.
Menariknya komik ini boleh membuatkan pembaca berteka teki dan membuat penaakulan juga untuk mengetahui siapa pembunuh di akhir episode. Untuk pengetahuan anda juga komik ini ada episod-episod yang berlainan dan semuanya menarik..kepada yang tak pernah baca komik ini cubala baca,best sangat2.