Day
1 (OSAKA)
Di
Osaka ni kami stay dekat Shin Imamiya Hotel, dekat teramat dgn train station.Dan
kat Osaka ni jgn lepaskan peluang untuk beli Osaka Amazing Pass. Banyak
boleh dapat free entrance, dan juga naik macam2 boat, ferris wheel segala. Boleh refer sini Osaka Amazing Pass
Disebabkan
masa ktrg yang agak singkat kat Osaka jadi ktrg hanya beli 1 Day Pass,tapi
berbaloi2..jom tengok kat bawah ni mana tempat ktrg sempat redah dalam masa
sehari π΅
1. Umeda Sky Building
Ok tempat 1st ktrg
redah Umeda Sky Building, naik atas dan boleh tengok view bandar dari atas.
View bandar tu biasa je tapi yg unik ialah escalator naik ke skydeck.
HEP Ferris wheel
Ferris wheel ni berada kat atas
mall nama HEP, boleh tahan ramai juga tapi kena dtg awal mcm ktrg xperlu
beratur sampai je dah boleh terus naikπ
![]() |
HEP ferris wheel ni ada atas mall HEP |
Osaka castle agak jauh hampir
30mnt naik train. Kat sini memang kawasan yg sgt besar jadi kalau nak ronda
sini estimate dlm 2 jam. Kat sini juga dapat naik free boat
‘Osaka-jo-Gozabune’. Beli dulu tiket kat kaunter takut org ramai. Boleh refer
signboard utk ke jetty gozabune boat ni. Kalau sesat jugak boleh tanya pada
petugas2 yg ada kat kaunter information.
Tempozan Ferris Wheel (Osakako St
Exit 1)
![]() |
naik boat ni free guna Osaka Amazing Pass |
![]() |
sambil tggu turn naik boat sempat gi posing dulu π€ |
Ktrg sengaja pilih nak pergi naik
Tempozan ferris wheel ni waktu petang dah nak gelap sebab ada lampu kaler2 kat
wheel tu,cantik. Mengikut pembacaan saya sebelum ni, ramai yang tak dapat nak
naik sebab terlalu ramai dan kena beratur panjang tambah2 petang, tapi nasib
kami baik masa pergi tak perlu beratur tak ada orang terus dapat naik, We’re so
lucky! Siap boleh pilih nak gondola kaler apa lagi,so kami pilih transparent
gondola,terus nampak bawah tepi keliling,mesti try!
Tombori cruise (Namba
st –walk to Dotonbori)
![]() |
dtg sini petang2 cantik sebab lampu2 ferris wheel tukar2 kaler |
![]() |
transparent gondola. |
Last destination untuk pass Osaka ni, kat sini pun lucky jugak sebab kalau ikutkan malam2 ni susah
nak naik sebab terlalu ramai, suggested sblm korg pergi tmpat lain dtg kaunter
utk book tiket (book kaunter open from 1pm). Tapi kami tak sempat nak pergi
book dulu tapi rezeki masih ada lagi kosong masa pergi mlm tu siap blh pilih
time jugak so ktrg pilih jam 8.30pm sebab nak cari makan dulu lapar teramat.
Lepas makan baru dtg balik, enjoy sgt naik cruise ni menyusuri Dotonbori yg
memang meriah teramat pada waktu malam dgn lampu2, board iklan2 yg super giant
dan happening. Tour atas cruise ni ada makcik guide yg akan bercerita setiap
benda tapi tak paham satu ape pun sebab dia cakap jepun haha tapi makcik ni
sangat comel dan ceria pandai menghiburkan semua.
![]() |
naik boat ni free guna Osaka Amazing Pass |
Tips:
Tempat2 free dalam Osaka Amazing
Pass ni korg blh pilih yang sesuai dan mampu pergi,check jarak segala,bukan apa
takut kejar sana kejar sini apa pun tak boleh naik. Better buat plan dulu. Dan
train2 untuk ke tempat2 ni semua juga free guna pass. (kecuali JR line)
DAY 2 (Osaka)
Lepas check out kami letak
luggage kat hotel,Shin Imamiya hotel memang ada sedia tempat untuk simpan
luggage. Jadi bolehla ronda dgn senang hati. Niat di hati nak ronda Shinsekai
street lebih kurang 7minit dari hotel, tapi sebab takut tak sempat masa jadi
kami skip.
Keitakuen garden (Tennoji
station)
Park ni pun sebenarnya boleh guna pass Osaka amazing tapi sebab ktrg beli
1 Day je jadi bayar la sendiri fee
entrance, tak jadi hal la sebab fee die paling murah antara tempat2 dalam list
pass tu..haha. ok dekat dalam park ni banyak pokok2 bonsai dan kolam yang
cantik, memang sesuai untuk kaki ambil gambar pastu upload dalam facebook &
instagram π. kat
sini tak ramai org mungkin bukan tempat famous macam yg lain.
Namba-Dotonbori(street
food for lunch)
Ok kami ke sini lagi sebab malam tadi belum puas ronda sebab dah penat.
Jadi lagi sekali pergi untuk cari lunch. Sebenarnya boleh je kalau nak bawa
luggage terus sebab laluan train sama dgn tempat ktrg nak naik shinkansen
nanti. Tapi malas nak usung beg yg besar
gedabak tu jadi ktrg boleh ronda banyak tempat lagi. Misi kat sini nak rasa original takoyaki. Lepas jumpa halal takoyaki
area Dotonbori,nama kedai Creoru Takoyaki,terus beli saya dan Linda ambil jenis yg berlainan jd boleh tukar2..besar
juga takoyaki dia boleh tahan jugakla sedap.
Lepas tu ronda lagi saya jumpa
gerai grilled king crab,harga lain2 mengikut part yg kita nak,saya beli sepit king crab je dah harga 900yen….. tapi isi dia ya ampun sedapnye.
![]() |
sepit ketam je dapatπ |
![]() |
2 sepit harga 900yen huhuπ΅ |
Kat sini ada juga kedai Don Quijote yg jual makanan2 borong dan murah2.
Biskut kapal pun ada. Lepas habis ronda kami balik hotel semula untuk ambil
luggage.
Shin-Osaka Station (Shinkansen)
Disini la station shinkansen (bullet train) untuk ke Kyoto atau Tokyo.
Cara murah dan nak merasa sgt naik bullet train kan ini la salah satu caranya π. Walaupun hanya
15minit je dah sampai Kyoto sekurang2nya kami dah rasa naik bullet train,anda
bila lagi?..tanya je haha.
Nishiki market (Shijo station)
Sampai je kat Kyoto Station kami pergi simpan luggage dalam locker,ambil locker besar 700yen share
berdua dgn member. Locker besar tu boleh muat 2 backpack saiz 50-60L. haa dah
letak tu jangan lupa ambil gambar locker.(jap lagi saya cerita kenapaπ).Ok cari
train ke Shijo station kemudian jalan lebih kurang 7 minit sampai la di Nishiki
Market. Memang meriah betul sini banyak jual streetfood tapi dalam market,sushi
fresh pun ada. Jadi makan malam tu kami shopping kat sini jela sambil ronda2
cuci mata.
![]() |
butter scallops |
![]() |
lauk makan malam π |
![]() |
Roasted Chesnut |
![]() |
ketam sini lagi murah dari Osaka. |
Tapi diingatkan market ni tutup jam 6pm. Masa kami sampai pun dah
tak berapa ramai org sebab dorg ni jenis akan tutup on time,tak kira la ramai
org lagi ke tak,dah memang budaya diorg on time dalam apa jua perkara. Jadi lepas
beli makanan kami beredar dan balik ke Kyoto station ambil luggage.
Kyoto station
Sampai je Kyoto
Station ktrg tengok sesama sendiri,kat mana locker kita simpan luggage tadi?..
haha untuk pengetahuan korg Kyoto Station ni besar dan bertingkat2,lagi besar
dari Osaka Station. Tingkat berapa dan dimana locker tu berada memang kena guna
minda yg berfungsi untuk cari. So alangkah lucky lagi kali ni sebab lepas letak
beg tu, saya ambil gambar semua tempat sekeliling, bukan sahaja nombor locker
(nombor locker ade pun korg rase blh cari ke location?haha) abis semua kedai2 di
sekeliling saya ambil gambar,kebetulan lagi ada pulak Tourist information centre
dalam gambar tu so senang cari signboard ke tourist information centre tu.
![]() |
Tourist Information Centre Kyoto Station |
Tapi
bila sampai centre tu cari depan dia tak ada la pulak locker..camne tu? Saya
masuk dan tanya staff dalam tu rupanya ada 2 Tourist Information Centre dalam
Kyoto Station
( Nampak betapa besarnye station ni) dan satu lagi di tingkat
bawah. Lepas turun baru ktrg jumpa balik locker tu. So PERINGATAN untuk semua
setiap kali letak barang dalam locker pastikan korg ambil gambar sekitar atau
landmark untuk ke lokasi locker tersebut π.
Lepas tu kami check
in Kiwa guesthouse,host yang sgt ramah,tidak boleh berbahasa English langsung
tapi kami berkomunikasi guna google translate kat tab dia,canggih kan
hehe..tapi skrg masa tgh tulis blog ni Wakiko-san ni dah register kelas
bahasa inggeris setiap minggu ada kelas. Kadang dia akan message kat fb messager masa dalam kelas English untuk improvekan bahasa,sambil dibantu
cikgu bahasa inggeris dia. Padahal kita pun main hentam jer speaking English
dengan diorg ni tapi nampak memang diorg ni gigih sangat cuba belajar. Kat
Malaysia dari tadika dah ada subject English tapi tak pandai2 jugak,malu kat
diri sendiri rasa..haha
![]() |
with Wakiko-San |
Day 1 (Kyoto)
Arashiyama
Area (Saga-Arashiyama station)
![]() |
Kaunter dalam Saga Torokko station,sebelah dia kaunter boat Hozugawa |
Pagi2 lagi kami
keluar rumah sebab nak kejar time. Sampai di Saga Arashiyama kami terus ke
station sebelah (Saga Torokko Station). Kat dalam ni ada kaunter untuk naik
Romantic/Scenic train dan juga Hozugawa river boat. Pastikan anda sampai kat
kaunter ni sebelum jam 9am tiket memang cepat habis terutama Romantic train.
Harga tiket train 620Y dan Hozugawa boat 4400Y (xramai naik sebab mahal)
![]() |
Saga Torokko Station |
Bamboo groove.
Sambil tunggu turn nak naik train yang katanya
romantic tu ktrg jalan dulu ke Bamboo groove, jalan dalam 7minit sambil makan
chesnut panas2 dan follow signboard. Kawasan yg banyak pokok2 buluh ni memang
jadi tumpuan jadi pandai2 la cari port terbaik untuk bergambar.
Lepas tu kami
balik semula ke Torokko station tadi dan tunggu turn naik. Suggested pergi autumn
season memang sesuai naik train ni sebab view dia memang terbaik.
Winter pula
romantic train dan hozugawa boat tak beroperasi ya. Sampai di station Kameoka
Torokko station jalan keluar ada bus shuttle ke jetty Hozugawa boat. Lebih
kurang 20min perjalanan baru sampai jetty. Perjalanan Hozugawa boat ni akan
ambil masa lebih kurang 2jam,menyusuri sungai tanpa enjin dan guna tenaga
manusia sepenuhnya. Boatman yang mahir ada 3org satu boat bergilir2 kayuh dan
diorg ni expert sgt mengelak batu2 segala.
Last boat akan berhenti di kawasan jambatan
Togetsukyo Bridge dan dalam 20min jalan ke Saga Arashiyama station semula.
Memang berbaloi dapat merasai pengalaman naik boat dan train sambil menikmati
permandangan yang cantik.
![]() |
bye abg2 boat |
Sebelum balik ke station Saga Arashiyama kita ronda2 dulu kawasan.
Fushima Inari (Inari Station)
Kami singgah pula di Fushima Inari. Tempat
tumpuan ramai pelancong memang agak ramai, ada juga gerai2 street food
di sekitar kami hanya cuci mata je kat sini. (kalau datang petang memang penuh dan sesak nak bergambar pun payah,so ktrg pun jenguk je ptg tu dan balik,pagi2 esk singgah lagi sekali baru tenang haha.
![]() |
dikatakan tiang2 ni semua dicatit nama2 penderma |
![]() |
nampak tu tenang sungguh tak ada org lalu lalang π |
Dah seharian jum balik ke guesthouse tapi
sebelum tu kami singgah kedai BIC camera beli jam baby G dan G shock memang
murah sebab boleh dapat separuh harga murah dari yg jual kat Malaysia. lepas tu singgah makan kat kedai Ayam-ya makan ramen semestinya π
Day 2 (Kyoto)
Eikando park (keage station)
Check out dan tumpang luggage kat guesthouse
kemudian ktrg teruskan pergi ronda Eikando park. Trip ni memang banyak masuk
taman2 sebab taman2 di Japan ni nampak cantik bila masukknya musim luruh, daun
yang pelbagai warna memang lain dari taman2 di negara kita.
Gion area- Higashima st
Lepas meronda di Eikando park kami ke Gion.
Kat sini Cuma nak pergi makan halal yakiniku di kedai Gion Yakiniku Naritaya.
Agak mahal tapi bolehla kan nak merasa makan nasi dengan daging grill japan
style.
![]() |
harga ikut jenis bahagian daging |
Shinkgoyoku/teramachi street (Shijo station)
Kedai2 ini sebenarnya bersambung dengan
Nishiki market tapi disebabkan hari 1st kitorg ke Nishiki market tu
dah kesuntukkan masa jadi terpaksalah repeat balik ronda Nishiki market dan
seterusnya ke Teramachi street. Kat sini ada kedai yg jual T-shirt murah boleh
ronda2 cari.
Ok menjelang petang kami balik ke guesthouse
ambil beg dan ke Kyoto Station. Di hadapan Kyoto Station (cross jalan) ada bus
stop dimana ada bus limousine direct ke Kansai Airport. Perjalanan lebih kurang
2 jam bergantung pada traffic. Sila rancang perjalanan anda π.
Sebelum berlepas pulang sempat lagi kami ronda
dalam airport dan singgah di Daiso,beli apa2 yang belum cukup. Ok di bawah ini
saya sharekan beberapa tips yang mungkin berguna untuk yang nak jalan ke Japan.
TIPS
- Kena beli simcard atau ada pocket wifi utk memudahkan perjalanan,line train dan map.
- Locker utk backpacker luggage yg besar muat 2 bijik 50L-60L(blh share dgn member)
- Pastikan ada suica card utk mudah access ke mane2 train,blh reload kat mesin mcm touch n go.
- Bas 2jam perjalanan dari Tokyo ke Fuji (Kawaguchiko). Boleh book online siap2. pastikan sampai seawal pagi ke sana supaya tak perlu beratur utk naik fujikyu bas(blh beli pass 2Days utk ke tourist attraction(saya ambil red and green line-check laluan dulu)
- Dari Tokyo-Osaka atau sebaliknya, boleh pilih naik flight utk jimat masa,murah dari naik bullet train(1jam 15mnt). Flight tambang murah ex. Peach airline,vanilla air,jetstar dll.
- Kalau nak merasa naik bullet train, naik je dari Osaka-Kyoto atau sebaliknya(15mint je) asalkan blh rasa naik bullet train J
- Kalau nak makan seafood@streetfood better makan di Nishiki market,Kyoto(murah dr Osaka)
- Di Osaka boleh beli Osaka Amazing Pass, byk tempat free blh masuk atau naik cruise free,train pun free..berbaloi sangat2.
- Souvenir kalau nak murah dalam Daiso J..Daiso paling byk pilihan di Harajuku. Kalau cari green tea halal masuk Laox. Kedai Laox paling best byk pilihan green tea kat Shinjuku.
- Tshirt murah area teramachi street..Jalan straight je dari Nishiki market. (800Y-1000Y)
- Most tourist attractions, spt fushima inari,Arashiyama area,Fuji area biasanya ramai org,jadi recommended sampai awal pagi.
No comments:
Post a Comment