Perth,Australia



ITINERARY PERTH




DAY 1  
(sampai jam 5.30am di Perth)
Ambil kereta sewa di Redspot di Terrace Street. Dari airport naik public bus, masalah sikit bila nak turun sebab kena tengok betul2 nama station kat bus stop,kalau bus stop tu dia lalu je jenuh la tak tau dah lepas station apa,disebabkan kebetulan driver bus ktrg naik ni baik,bila sampai destination dia stop dan bgtau dah sampai Terrace Street. (tambang naik bus airport- Elizabeth Quay(bandar) = AUD4.60)

Sewa kereta mesti ada kad kredit untuk mudahkan process dan biasanya diorg akan block dlm RM2000 (jika ada kerosakkan atau saman). Lepas pulangkan kereta dalam 4jam jika tiada saman dan apa2 kerosakkan yg di'block' RM2000 dari kredit kad tu akan dipulangkan semula.

Blue Boat House
 9am bergerak ke Blue boat House, ( tak smpai 10 minit dari bandar). Untuk parking sediakan duit kecil. 1 jam parking AUD 2. Lucky lagi ktrg tak perlu bayar sebab jumpe satu geng dari malaysia dah nak keluar,time kat ticket parking ada dalam 15minit cukupla utk pegi posing je pun.



Caversham Wildlife Park (45minit dari bandar perth)

Tiket masuk AUD 28 sorg. berhati-hati juga parking kereta area Caversham ni sebab banyak kes pecah kereta terjadi,parking berhampiran entrance atau tempat ramai org lagi bagus.
dalam Caversham ni ada beberapa show,boleh refer sini Caversham show

sama ke idok?? 😃
Rupe mcm tikus plak Kangaroo ni geli nak pegang hahaha
Lepas bergurau senda dgn kangaroo,ktrg bergerak ke Lancelin Sand dunes.

Lancelin Sand dunes (jarak 1 jam 45minit dari Caversham)
Untuk main pasir kat sini blh sewa sand board kat kedai Lucky 7, ada juga kedai lain sekitar nak ke tempat ni. sewa untuk satu board AUD 10 untuk 2 jam dan perlu letak deposit juga AUD 10 jika ada sebarang kerosakkan atau kehilangan board ni.



Digalakkan pakai cermin mata atau penutup hidung masa meluncur kat sini, pasir dia halus, sekali angin datang boleh makan pasir dibuatnya haha.
Dah hampir habis 2 jam kami bergerak balik selepas hantar board dan ambil semula deposit. Next destination ke Pinnacles pula. Memang kejar masa juga sebab dah plan nak pergi ke pinnacles ni petang.

Ke Pinnacles desert (1jam30mnt dari Sand dunes)
Entrance AUD 12 masuk satu kereta. Tapi masa ktrg nak masuk sini tak ada org jaga dah entrance,pintu kaunter depan dah macam tutup jadi tak tahu nak bayar kat sape,jadi ktrg masuk jela free😂. 




Kat sini ronda sekejap je sebab nanti nak balik ke Perth city semula dan lagi kejar masa supaya tak drive malam2. Katanya bahaya drive malam sebab banyak Kangaroo melintas.

Balik ke Perth city (dari pinnacles 2jam 30mnit)
Check in hostel kat Bambu Backpackers, Aberdeen Street.

DAY 2 

Mammoth Cave (3jam 50mnt)
Lepas breakfast terus check out dari Bambu Backpackers, terpaksa gerak awal sebab perjalanan ke Mammoth Cave agak jauh (kalau korg tak suka masuk cave boleh skip je yang ni) selain Mammoth cave ada lagi beberapa cave dan ada juga combo untuk masuk beberapa cave boleh refer sini Caves
Dalam Mammoth cave ni boleh tengok tulang2 atau rangka beberapa jenis haiwan di Australia. Masuk sini tak ada guide yang bawak tapi disediakan audio tour sekali headset. 



Ada pilihan Bahasa Melayu lagi audio tour set ni.
Sebelum sampai ke Mammoth Cave ni ktrg sempat singgah ke Cowaramup (bandar yang nak menuju ke Margaret river). Cowaramup ni boleh kata hampir kebanyakkan tempat ada replica lembu,agak menarik juga untuk singgah.





Cape Leeuwin Lighthouse (40minit dari Mammoth Cave)
(Entrance tutup jam 4.30pm)
Lepas meronda dalam Mammoth cave,bergerak ke Cape Leeuwin Lighthouse. View sepanjang perjalanan ke lighthouse ni pun superb!. 


kat sini tempat pertemuan Southern ocean dan Indian ocean


tanda amaran
Hamelin Bay (blh tgk sting rays)
On the way balik ke guesthouse sempat singgah pantai Hamelin Bay. Kat sini kalau kena dengan musim dan ‘luck’ nanti boleh tengok ikan sting ray berenang-renang di tepian. Masa ktrg gi tak ada sekor pun nak muncul😆


check in guesthouse di Discovery Holiday Park, Bunburry.

DAY 3
Canal Rocks (1hour)
Canal rocks ni kalau dari Hamelin Bay boleh je singgah tapi sebab tak sempat masa,terpaksa la ke sana hari berikutnya. Memang recommended dtg sini, masa ktrg ke sana tak ada org, atau sebab awal pagi ke camne tak tahula. View kat Canal rocks ni tersangatla cantik.



boleh turun ke tepian tapi berhati2la sebab byk batu2 

cantik tak??
Busselton Jetty (40minit dari Canal Rocks)
Lepas Canal Rocks bergerak pula ke Busselton Jetty. Busselton jetty merupakan jeti kayu terpanjang di dunia dengan 1841 meter atau 1.8km panjang. Boleh bejalan kaki sepanjang jeti atau dgn menaiki scenic train. Harga fee entrance boleh tengok sini Busselton Jetty Tickets.


scenic train,kepala keretapi tgh tukar arah


Lake Clifton Thrombolites (1hr 30min dari Busselton jetty)
Lepas Busselton Jetty next destination ialah Lake Clifton Thrombolites,yang menarik kat sini adalah terdapat thrombolites(living fossils) yg unik dan dah lama wujud sejak ratusan juta tahun dahulu😲,
Sepanjang jalan ada dibina laluan pejalan kaki untuk memelihara thrombolites ni dari pengunjung,manala tau ade kaki yg suka nak pijak2 ke pegang.  



Bukan batu.
Waktu sesuai datang ke sini sebelum air pasang,baru dapat tengok seperti gambar2 diatas,kalau tak bernasib baik mungkin hanya nampak timbul sikit2 je atau tak nampak dgn jelas.

Cape Peron Beach (1jam dari Lake Clifton)
Sebelum sampai ke Perth city singgah dulu ke Cape Peron,pantai sini memang cantik. Ada juga yang memancing dan kebetulan juga masa tu ada orang buat wedding photoshoot kat sana. Kalau ada wedding photoshoot tu maknanya tempat tu cantik la kan? Haha..



Balik Perth City dan check in 178 Backpackers Hostel, James Street.
Lepas check in terus pergi hantar kereta di Redspot lepas tu naik bas ke Elizabeth Quay. Di kawasan Perth city ni ktrg guna public transport je untuk jalan2, ada bus free untuk beberapa route dalam bandar.

Twilight Night Market (Forrest PI dekat dgn Perth train station.)
Sebelum balik ke hostel,singgah dulu di Twilight Night Market .Kat sini ada juga gerai makanan halal dan Twilight night market ni buka 4.30pm-9.30pm Friday Night only. Sambil2 tu bolehla tengok pasar malam diorg kan 😊




DAY 4 

Hari ke-4 meronda Fremantle dan E-shed markets.

Transport ktrg naik train ke Fremantle.(Ronda2 fremantle market,prison)




naik train sini.
E-Shed Markets
Berdekatan je dengan station railway Fremantle ni boleh singgah di E-shed markets. Rasanya ni tempat wajib dikunjungi org Malaysia kot untuk shopping souvenir bawa balik kat org kampung😍
Ada macam2 kat sini,beg,baju2 dan pelbagai lah kiranya.Harga juga antara yang paling murah di area Perth ni.




Kaili’s Fish Market Café –makan Fish n Chip
Sebelum balik ke hostel,marila mencuba Fish n chips yg sgt digembar gemburkan tu 👻. Nak try jugak apa yg sedap sgt tu..haha

view depan kedai Kaili's
Ni dia rupa fish n chips..besar dan bolehla..rasa sendiri la yer nanti.


hati2 makan sini mungkin anda berebut dgn burung2 yg ada😢
DAY 5 

Watertown,Wellington Street (brg2 branded murah kat sini)
sebenarnya kat sini tak ada dalam itinerary pun,sebab tidak terniat sekali untuk pergi shopping,tapi sebab jumpa beberapa tourist dari Malaysia masa tu diorg duk pakat suggest pergi sini jadi kami pun cuba la ke sana lagipun kat bandar Perth ni macam tak banyak tempat nak pergi (bg pencinta alam katanyer..haha)
Ok kat dalam mall sini memang boleh dikatakan macam JPO (Johor Premium Outlet) atau Mitsui Outlet la barang2 berjenama banyak yang ada diskaun. Kepada pencinta shopping berjaga2 la bila dah sampai sini ye😏

Disebabkan i olls penggemar Skechers jadi sempat jugakla merembat sepasang haha..

Ke Chocolate Factory kat Murray Street.
Yg ni kedai chocolate kat tengah2 bandar area Murray street. Banyak pilihan chocolate dan pilih la berhati2 ye takut terbeli yang ade wine ke apa plk. Biasanya ramai yg merembat chocolate tester katanya sedap,sedap ke tak jgn tanya saya sbb saya tak suka makan chocolate haha.


ni tester..
Stirling park
Kat sini lepak2 petang je sambil tengok org jogging,sebenarnya nak bergambar kat Bell tower tapi tunggu time yg cantik dulu.


Bell Tower (nice view around 6.30pm-7.30pm sunset)
Kalau kat bandar Perth ni, Bell tower memang jadi salah satu tempat yg dikunjungi juga selain Elizabeth Quay Bridge. Lagipun dua tempat ni berdekatan je satu sama lain.

time sunset,lawa sgt!
Elizabeth Quay Bridge
Boleh jalan2 meronda sini,ktrg pergi malam lepas ke Bell Tower. 



 DAY 6
London Court (ronda2 sekitar bandar)



Singgah Corica Pastries, 106 Aberdeen Street (beli Apple Strudels)
Sebelum balik kena rasa dulu pastry ni,memang sedap uii..tapi dinasihatkan jgn kedekut makan sorg,kena share 3org atau lebih..besar ni apple strudels ni,apple yg ada dalam tu memang fresh,nak bungkus bwk balik Malaysia pun boleh ni,pandai2la bungkus.


Check out dan balik Malaysia 4.30pm flight.

List Entrance Fee bbrp tempat :

Caversham park = AUD 28 sorg
Mammoth Cave = AUD 22.50 sorg
Cape Leeuwin lighthouse = AUD 8 sorg
Pinnacles. = AUD 12 masuk satu kereta
Sand dunes board = AUD 10 2jam sewa
Busselton jetty. = AUD 2.50 sorg (jln kaki)
Bus transperth airport = AUD 4.60 (sehala) ke Elizabeth Quay
Meter parking  kereta = AUD 2 utk sejam

Tips lain2:

Transport kt city blh naik free bus (blue,red,green&yellow cat-kena search laluan2)

Sewa kereta dlm Rm170-Rm200 sehari (book online awal2 dpt murah)

minyak kereta ktrg utk 3hari dlm rm300 (semua perjalanan utk 3hari dlm 1200km++)
Insurans kereta utk 3hari =RM212 (beli online-persediaan takut apa2 jadi)
Hostel backpackers =RM460 utk 5mlm (3hostel lain2)

-Boleh beli Simcard Optus kat Airport,bgtau berapa hari tiggal sana diorg akan suggest yg mana plan sesuai.

-Boleh sewa kereta dari Airport juga.

-Dalam bandar banyak free bus (blue,red,yellow,green) Cuma kena tahu laluan jer.

-Kalau drive kat bandar, sediakan duit AUD2..Itu utk sejam parking,cari mesin meter supaya tak kena saman.

-Jangan tinggalkan brg2 atau beg2 dalam kereta,masuk dlm bonet. Tempat hot pecah kereta area Caversham park dgn Blue boat house.

-Hati2 pilih Hostel Backpackers (kalau boleh elakkan area byk pub dan kelab malam)...

- Jangan lupa juga check operation time tempat2 yg korg nak pergi,kalau weekend tu mungkin kedai buka lambat jam 11am tutup jam 5pm.. banyak juga kedai tutup sblm jam 6ptg.