Hai Salam PKP semua, masih lagi dalam Fasa 1 di KL tak boleh la nak keluar jalan ke mana2 lagi,duk terperap jela dekat rumah. Apapun saya dah settle vaksin dua dos yer tak sabar nak pergi meronda nehhh..
Ok dah sebab tak ada apa nak buat weekend kita pun mula la rajin2 kan diri memasak,boleh je nak order delivery kan laju je sampai depan rumah,tapi saja la nak asah bakat memasak sebab dulu selain berangan nak jadi ahli kajibumi la,doktor gigi la sis nak jadi chef haha..dahla merapu nampak tak banyak masa sangat neh💁
Jom tengok resepi dan cara memasak laksa utara,yg ni versi laksa penang kot..ntahla saya pun tak tahu beza laksa utara kedah,penang atau perak tu. Resepi ni dikongsi oleh macam2 org pastu sebab kadang2 tak rajin nak tulis resepi masa org cakap,last2 bercampur aduk semua dengan resepi org lain2 haha. Tapi setakat ni bila sis buat laksa guna resepi ni ramai yang kata sedap,kuah pekat..terima kasih kpd yg pernah bagi resepi.
Bahan-bahan yg diperlukan:
4-5 ekor saiz sedeharna Ikan kembung atau selayang (direbus dengan garam+gula melaka+ asam keping)
air rebusan ikan
2 ulas besar atau 5 ulas kecil bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang bunga kantan
sedikit bawang holland
segengam daun kesom
1 batang serai (ketuk)
cili giling atau cili kering(dikisar)
belacan
garam dan gula
![]() |
air rebusan ikan kalau dibuang neh tak ada la sebahagian nikmat sedap kuah laksa😆 |
![]() |
buat dua bahagian ikan rebus ni |
![]() |
satu bahagian di kisar halus dan satu lagi biarkan isi dia ketul2 |
![]() |
tulang pun ada function tau..kisar hancur tulang ikan ni termasuk kepala ikan |
![]() |
make sure kena tapis dulu yer dan air dia kita simpan untuk masuk dalam kuah juga |
![]() |
lepas tapis tadi sisa2 tulang ni bolehla buang.. |
Ok next kisarkan pula bawang merah,bawang putih,bawang holland
![]() |
bunga kantan harga kayangan huhu beli kat aeon je semua bahan |
![]() |
kisar halus satu batang bunga kantan lagi satu potong utk masuk dalam kuah |
![]() |
masukkan bunga kantan dan daun kesom |
![]() |
belacan secubit atau ikut selera. Belacan sis ni kiut sebab kawan dari Sabah yg bagi |
![]() |
masukkan asam keping kalau jenis besar letak 2 keping cukup dah sebab air rebusan ikan sebelum ni pun dah ada rasa masam |
![]() |
jangan dilupa cili giling yang ni ikut tahap kepedasan masing2 saya letak dlm 3 sudu jer |
![]() |
nampak tak kuah dah pekat😊 |
![]() |
last sekali baru masukkan ikan ketul2 ni |
Lepas semua bahan dah ada dalam periuk jangan lupa masukkan garam dan gula ikut citarasa masing2 Saya punya kuah ni memang tak masukkan ajinomoto atau sebarang perasa jadi kalau anda suka makan kuah yang ada ajinomoto dipersilakan tambah, nanti tak lalu makan pulakk kan😂.
![]() |
masa ni salad dah habis dalam peti😅 |