South of Iceland March 2020
Ok dari London ke Iceland kami menaiki flight Easyjet direct
ke Iceland (Keflavik) Airport. Tujuan kami nak cover bahagian South Iceland
setakat yang termampu lagipun masa kami pergi ni pandemic covid-19 sudah mula
merebak ke banyak negara. Langkah2 penjagaan memang kami perlu sediakan dari
hand sanitizer,spray sanitizer pun bawa untuk spray kat seat flight,barang2 dan
juga bilik hotel. Rasanya masa tu kebanyakkan orang kat Malaysia pun belum ramai yg pakai
mask apa lagi hand sanitizer pun tak ramai yg ada. Sebab saya sendiri pun start pakai mask masa nak ke airport KLIA😅
Ok dah jom cerita pasal Iceland ✈
Matawang yang digunakan Iceland adalah Iceland Kronur (ISK) atau disebut Icelandic Krona (tudiaaa nervous dengan nama matawang ni kan👻)
The best moment bila flight dah hampir mendarat,ada beberapa snowflakes mula melekat di tingkap flight, mulanya saya ingat cermin retak haha tapi nasib baik sebelum ini pernah tengok kat google bentuk2 snowflakes yang wujud, ya memang excited sangat!
Kalau dapat tengok ice flakes yg mcm kartun frozen tu lagi
best kot.😀
Setibanya di airport,kami terus ambil kereta dan bergerak menuju ke destinasi. Sebelum itu kami singgah dulu untuk beli barang2 makanan untuk 5 hari di Iceland ni di pasaraya Bonus. Hanya beli sayur sayuran,kentang dan bawang,nampak vegetarian tak kami? haha. Sambal ikan bilis member dah bawak siap2 tu la penyelamat kepada selera kan.
![]() |
Walaupun gambar logo pasaraya ni cik oink oink tapi ada jual juga product halal disini. |
Seljalandfoss Waterfall.
Tempat 1st yang kami singgah di Seljalandfoss waterfall. Kat sini la salah satu lokasi penggambaran filem Dilwale dan kalau pergi musim winter suasana waterfall nampak lagi menarik kalau tak mesti korang akan kate “Kat Malaysia pun adeee”.😆
![]() |
bukan tido tapi pedih mata angin kuat haha |
![]() |
Air terjun ni memang mengalir ye tak beku pun. |
![]() |
makan sambil menikmati view kat luar yang cantik. |
Hari berikutnya selepas breakfast sambil menghadap view yang
super cantik kami check out dan bergerak ke area Sólheimasandur. Untuk sampai
ke tempat plane crash tu perlu berjalan kaki sejauh 4km sehala. Tapi jangan
risau untuk yg tak mampu berjalan jauh sekarang sudah ada shuttle untuk bawa
dengan bayaran sehala 1.800 (ISK) kami decide untuk berjalan kaki walaupun sejuk berangin
yang amat,bila lagi nak merasa kan.
![]() |
macam padang jarak padang terkukur..tak nampak apapun selain putih salji. |
![]() |
yeayyy dah nampak pesawat. |
Kat sini juga menjadi salah satu lokasi filem Dilwale atau
disebut Gerua,ntah apa tu Gerua sebab sis sendiri pun tak pernah tengok cerita
Dilwale ni,kalau tengok tak pernah habis dah tertido hahaha.
![]() |
shuttle dari parking ke crash plane. |
Reynisfjara
Black Sand Beach
Lepas berjalan dalam sejuk beku tu kami bergerak ke black sand beach. Antara destinasi popular juga dikalangan tourist,masa kami sampai air laut kuat sangat jadi tak berapa berani nak ke tepi pantai untuk bergambar,sebab ada juga amaran supaya tidak terlalu dekat dengan kawasan pantai, airnya boleh tetiba berubah jadi kuat,so berhati-hati jela. Pasir dipantai ni memang bewarna hitam,dan disebabkan masih musim sejuk jadi ada ais yg masih melekat di beberapa kawasan.
![]() |
kawasan sekitar black sand beach |
Petang check in dan bermalam di kawasan Hof.
![]() |
view dari dalam bilik😍 |
![]() |
kalau teringin nak buat teh ais bolehla ambil kan..😂 |
Diamond Beach
Lagi tempat yang wajib pergi kalau dah sampai bahagian South
of Iceland. Pecahan2 ais yg terjadi, menjadikan permandangan sangat berbeza dan
yang ni kat Malaysia tak ada yer melainkan berlaku dalam peti ais yg ada frost
hahaha.
Geysir Hot Spring
Kat sini boleh tengok ada beberapa letusan mata air dari
bawah tanah terjadi,tapi kena sabar menunggu sebab dalam 10-15min ada letusan
macam air pancut dari bawah tanah terjadi,dan boleh tahan besar juga kawasan
dia. Gambar jarang nak jadi kat sini sebab setiap kali keluar terkejut
pulak,masa tunggu sampai naik beku aim kamera kat tempat berasap yg kemungkinan
nak meletus tu.
![]() |
dari parking kereta ke bilik,salji paras lutut gaisss😁 |
![]() |
sunset menampakkan diri. |
![]() |
💗 |
![]() |
snow fall tengah lebat turun😘 |