New Zealand (South)
Moeraki Boulders Beach
Perjalanan kat bahagian South,NZ ni bermula dengan Moeraki Boulders Beach. Pelbagai saiz batu2 berbentuk bulat ada kat sini dan menjadi antara tarikan menarik.
![]() |
nampak tak ada Jalur Gemilang kat jalan nak masuk ke sini |
![]() |
mcm telur dinosour pun ade jgk |
Kawasan ni berdekatan dengan Moeraki Boulders Beach, dicadangkan datang pada waktu petang dan kemungkinan kalau nasib baik dapat tengok penguins mendarat kat area pesisir pantai kat situ. Tapi masa ktrg pegi tak muncul pulak😐
![]() |
kat belakang board ni je lighthouse dia |
![]() |
toilet pun bentuk lighthouse |
![]() |
view kat campersite |
![]() |
masak dinner..amboi posing member pun haha |
Hari kedua di sini ktrg bergerak pula ke Queenstown. Berhajatnya nak naik zipline kat AJ Hackett Bungy Camp tapi nasib kurang baik hari tu hujan dan aktiviti zipline kena stop sekejap,disebabkan tak nak buang masa ktrg terus bergerak ke Glenorchy.
![]() |
Cherry blossom dah meriah kat tepi2 jalan area Queenstown |
Lake Wakatipu.
Sebelum ke Glenorchy singgah dulu di Lake Wakatipu. Memang sini main singgah2 je semua kadang2 nampak view tepi jalan yg cantik pun boleh berhenti 3-4 kali sebelum sampai ke destinasi.
![]() |
nasib ade cik itik yg sudi posing |
Glenorchy.
View memang terbaik kat sini,Glenorchy hanya pekan kecil tapi memang ada view yg sangat awesome!
Ok malam tu ktrg stay kat Mrs Wooly Camp Glenorchy. Kat sini pun ada campsite tapi memandangkan hari tu hujan dan cuaca agak sejuk so ktrg ambil bilik. Berjumpa dgn boss dia sendiri(tak tahula kalo itu owner dia) yg melayan ktrg pada masa tu dan dia bagi diskaun lagi. Bilik yg die bagi pun bilik untuk 4org tapi hanya ktrg berdua je guna. View kat Mrs Wooly Camp Glenorchy ni pun dah cukup awesome.
![]() |
bahagian dapur. Semua lengkap. |
![]() |
View depan bilik |
Hari berikutnya turun balik dan singgah di beberapa tempat yang menarik.
Waitiki district
On the way ke Clay Cliffs
Clay Cliffs
Next kami ke campersite Twizel.
![]() |
Kucing NZ bulu mcm karpet..besar plk tu kucing ni geramnye nak bwk balik Malaysia |
![]() |
ikan salmon fresh banyak kat sini |
Lake Pukaki (view masa tu terbaik) 😍
Lepas dapat view yg awesome kat Lake Pukaki, teruskan perjalanan ke Lake Tekapo pula,kat sini lepak lama sikit sambil picnic.
lepas makan ronda kat Lake Tekapo bridge
Last campersite utk bermalam ktrg singgah kat Geraldine sebelum bergerak balik ke Christchurch.
menghabiskan semua bahan mentah kat dalam peti ais sebab keesokkan hari terus hantar campervan kat Christchurh.
menghabiskan semua bahan mentah kat dalam peti ais sebab keesokkan hari terus hantar campervan kat Christchurh.
![]() |
bebola lamb dgn chicken fillet crispy..haha |
Christchurh
Disebabkan hari masa sampai tu tak sempat ronda2 bandar Christchurh,jadi sebelum hantar campervan ktrg singgah dulu kawasan bandar Christchurh.
![]() |
cherry blossom kat tepi2 jalan je ni |
![]() |
jumpa kedai H&M besar jugak.. |
![]() |
Aiskrim ni ada tanda halal,walaupun sejuk beli jugak sebab excited jumpa aiskrim halal😎 |
lepas ronda sekejap hantar campervan area airport, naik uber dan ke Jucy Snooze,bermalam kat sana sebelum fly ke Sydney esoknya.
![]() |
tempat berehat sambil minum2 kopi |
![]() |
capsule style |
Dan berakhirla penjelajahan untuk New Zealand kali ni, kalau ada rezeki Insya Allah boleh repeat lagi😍
![]() |
Route sepanjang perjalanan ktrg kat NZ |